Perbezaan Yang Terbukti Dengan Memo Plus Gold – PMR 9A

Posted on February 7, 2013 · Posted in Testimoni
Ahmad Hasbullah bersama ibu tersayang sedang menunjukkan slip peperiksaan yang menunjukkan keputusan yang cemerlang

Ahmad Hasbullah bersama ibu tersayang sedang menunjukkan slip peperiksaan yang menunjukkan keputusan yang cemerlang

Nama saya ialah Ahmad Hasbullah Bin Abdul Kadir, seorang pelajar di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kepada Allah kerana terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh pada tahun 2010 selepas mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR  2009. Bila menyebut tentang alam persekolahan kebanyakan pelajar seperti saya pasti mengimpikan untuk  menjadi pelajar cemerlang serta meneruskan kecemerlangan dalam setiap peperiksaan yang diduduki.

Disebabkan saya bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), pihak sekolah telah menetapkan  sasaran tinggi kepada setiap pelajar untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan utama seperti PMR dan SPM .Ini menyebabkan  saya berasa sangat bimbang dan kadang-kadang agak tertekan, terutama apabila setiap kali peperiksaan menjelang tiba. Walaupun saya telah berusaha untuk mendapat keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan, namun saya berasa amat kecewa kerana saya masih gagal untuk mencapai tahap SBP dalam beberapa mata pelajaran teras.

Setelah itu, saya mula berusaha dengan lebih gigih lagi dalam usaha meningkatkan prestasi pembelajaran saya. Malangnya setiap kali sesi pembelajaran bermula, saya mudah merasa letih dan tidak dapat mengelakkan rasa mengantuk terutamanya pada waktu tengahari. Disebabkan itu, saya tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran yang diajar oleh guru dan akhirnya saya sendiri hilang fokus dan tidak faham mata pelajaran tersebut sehingga saya selalu mengalami tekanan.

Sijil Pencapaian   - Johan Pertandigan Hafazan Peringkat Daerah Hulu Langat

Sijil Pencapaian – Johan Pertandigan Hafazan Peringkat Daerah Hulu Langat

Alhamdulillah , keadaan yang dihadapi oleh saya dapat dikesan oleh kedua ibubapa saya. Mereka berasa sangat risau dan cuba mencari jalan yang terbaik untuk membantu saya menangani masalah ini. Pada awal bulan Februari 2012 ketika saya dalam Tingkatan 3, ibubapa saya telah memperkenalkan saya dengan MEMO PLUS GOLD, satu supplement yang dikatakan dapat merangsang dan meningkatkan keupayaan ingatan pelajar. Pada mulanya saya agak ragu-ragu dan tidak percaya dengan produk ini, tetapi setelah membaca testimoni-testimoni dari pengguna produk ini sendiri dan juga setelah diyakinkan oleh bapa saya, saya merasakan tidak rugi jika saya mencubanya. Dengan berbekalkan keyakinan yang tinggi kepada produk ini dan juga doa dari kedua ibu bapa saya, Alhamdulillah, setelah beberapa minggu saya mula merasakan perubahan yang ketara terhadap akademik dan  sikap saya sendiri.

Semasa berada di dalam kelas, saya berasa lebih cergas, fokus  dan tidak lagi berasa lesu seperti yang saya selalu saya alami sebelum mengambil MEMO PLUS GOLD. Saya juga berasa bersemangat untuk pergi ke sekolah memandangkan saya tidak lagi selalu dimarahi oleh guru. Selain itu, saya juga dapat memberi tumpuan sepenuhnya perhatian kepada guru yang mengajar di dalam kelas serta tidak berasa mengantuk lagi. Guru-guru yang mengajar di dalam kelas juga terkejut dengan perubahan prestasi saya yang semakin meningkat. Walaupun saya bersyukur ke hadrat illahi kerana telah mendapat 4A 5B dalam percubaan PMR 2012 tetapi saya berasa sangat sedih dan kecewa dengan keputusan ini sekali gus memberi kebimbangan dan tekanan kepada diri saya.

Sejak mengambil MEMO PLUS GOLD ini, selain daripada prestasi akademik saya yang semakin meningkat, saya juga

mencapai kejayaan dalam bidang kokurikulum. Sejak daripada Tingkatan 1 lagi saya melibatkan diri dalam pertandingan hafazan.Dengan pengambilan MEMO PLUS GOLD, saya lebih mudah menghafaz Al-Quran dan Alhamdulillah kini saya sudah pun menghafaz 3 juzuk Al-Quran. Saya juga telah mewakili sekolah dalam pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran [MTQ] dan Majlis Ihtifal. Alhamdulillah, saya berjaya menjadi Johan Peringkat Daerah Hulu Langat dan seterusnya mendapat Naib Johan Peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan.

Slip peperiksaan PMR 2012 Ahmad Hasbullah

Slip peperiksaan PMR 2012 Ahmad Hasbullah

Selain USAHA, seseorang itu mestilah TAWAKAL untuk berjaya. Setelah selesai menduduki PMR tahun ini, saya serahkan segalanya kepada Allah dan berdoa agar saya dapat mencapai keputusan yang cemerlang memandangkan saya telah berusaha yang terbaik. Dan kini, saya berasa amat bangga kerana berjaya mencapai keputusan cemerlang dengan 9A dalam PMR 2012. Sungguh terharu bila melihat ibu saya mengalir air mata kegembiraan dan senyuman kebanggaan di muka bapa sebaik saya menunjuk slip keputusan peperiksaan tersebut di dewan sekolah.

Saya amat berterima kasih kepada semua guru guru serta kedua ibu bapa  yang tidak pernah merasa jemu memberi tunjuk ajar serta nasihat dan dorongan yang diberikan kepada saya. Seterusnya penghargaan yang tidak terhingga ingin saya ucapkan kepada Syarikat Oze Marketing kerana menghasilkan produk Memo Plus Gold yang banyak membantu saya  mencapai kecemerlangan dalam bidang akedemik dan sahsiah diri saya. Walau pun peperiksaan telah tamat, ibu bapa saya masih menyuruh serta mengingati saya mengambil MEMO PLUS GOLD secara berterusan supaya prestasi minda saya sentiasa berada pada tahap optimum sebelum melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 nanti. Sekali lagi terima kasih MEMO PLUS GOLD.

Oleh: Adik Ahmad Hasbullah Bin Abdul Kadir

 

Pembelian Memo Plus Gold atas Talian Internet, Klik Dan Pesan Sekarang!

Sila Pilih Destinasi Penghantaran, Semananjung Atau Timur Malaysia dibawah.


Pilih Semananjung Atau Timur Malaysia:
NO. Telepon Anda



Penggunaan efektif

Dos: Bagi dewasa, satu kapsul dua kali sehari selepas makan dan bagi kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) satu kapsul sehari selepas sarapan. Pengguna disarankan supaya terus mengambil MEMO PLUS GOLD sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mendapatkan kesan yang ketara, selepas tempoh itu pengguna boleh mengambil satu kapsul sehari jika mahu.

Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.