Strategi Pengajaran Yang Efektif

Posted on June 18, 2013 · Posted in Pengetahuan am

Kebanyakan orang bercita-cita untuk menjadi guru kerana seni mengajar itu sendiri. Sukar digambarkan bagaimanakah perasaannya sekiranya pelajar kita faham apa yang kita ajarkan untuk kali pertama. Perasaan itu sungguh hebat! Anugerah yang paling hebat bagi seorang insan yang bergelar guru ialah apabila pelajar datang kembali menemuinya dan menyatakan bahawa “Cikgulah orang yang berjaya membawa perbezaan dan mengubah hidup saya”, dan ianya merupakan kata-kata yang amat menyenangkan bagi seorang guru. Terdapat beberapa strategi pengajaran yang efektif boleh dipraktikkan oleh guru dalam usaha untuk menarik minat murid dalam pembelajaran supaya mereka berjaya dengan cemerlang.

Strategi Pengajaran Yang Efektif

Mulakan dengan Asas

Terdapat beberapa strategi yang digunakan oleh seorang guru yang hebat bagi memastikan dia tahu apa yang perlu diajar dan apa yang sepatutnya dipelajari oleh pelajarnya dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Berikut merupakan beberapa strategi pengajaran daripada beberapa guru yang berjaya :

  • Rancangan Pengajaran – Strategi pengajaran yang paling penting ialah menyediakan rancangan pengajaran sebelum mengajar. Terdapat beberapa jenis rancangan pengajaran seperti Rancangan Pengajaran Harian, Rancangan Pengajaran Mingguan dan Rancangan Pengajaran Tahunan. Rancangan pengajaran ini perlu dibuat bagi memastikan guru berada dalam skop topik pengajaran yang betul mengikut silibus yang telah ditetapkan selain daripada memastikan murid dapat belajar dalam waktu yang secukupnya. Rancangan Pengajaran Tahunan merangkumi pembahagian bab untuk sesuatu mata peajaran yang dirancang untuk pengajaran sepanjang tahun bermula dari awal sesi persekolahan sehinggalah ke hujung tahun. Rancangan Pengajaran Mingguan pula membahagikan topik-topik di dalam bab setiap mata pelajaran dengan lebih terperinci untuk pengajaran selama lima hari seminggu manakala Rancangan Pengajaran Harian terdiri daripada maklumat terperinci tentang perancangan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang akan diadakan setiap hari merangkumi topik dan aktiviti yang dirancang untuk topik tersebut. Pastikan anda merancang dengan baik supaya semua murid dapat melibatkan diri dengan aktif dan menunjukkan minat yang tinggi sepanjang sesi P&P dijalankan.

  • Jangkaan – Pada hari pertama anda menjejakkan kai ke kelas, salah satu daripada teknik pengajaran yang paling penting ialah dengan menetapkan jangkaan terhadap pelajar anda dan wujudkan peraturan kelas anda. Jangkaan ini termasuklah sikap, penglibatan dan akibat daripada melanggar peraturan kelas. Pastikan anda menggunakan pendekatan positif bagi mendekati setiap pelajar di dalam kelas anda. Maklumkan kepada mereka bahawa anda berharap mereka dapat menunjukkan sikap yang baik serta bina persekitaran yang selamat dan mesra supaya pelajar tidak segan silu untuk mengajukan sebarang soalan sekiranya tidak faham atau mengalami kesulitan. Jangan sesekali bertolak ansur dengan pelajar yang mengada-ngada mahupun mengejek atau membuli pelajar lain.

Jenis-jenis Teknik Pengajaran

Memandangkan setiap pelajar mempunyai perbezaan individu, pastikan anda menggunakan strategi pengajaran yang pelbagai supaya semua pelajar dapat mengikuti sesi P&P dengan bagi. Teknik pengajaran termasuklah menggunakan teknik yang berbeza secara efektif.

  • Gunakan Soalan – Selain daripada hanya mengamalkan “chalk and talk” sepanjang kelas diajalankan, anda boleh mengajukan soalan kepada pelajar anda. Ini merupakan teknik yang baik bagi memastikan pelajar melibatkan diri dengan aktif selain membuatkan mereka berfikir kembali apa yang telah mereka pelajari dan mengaitkannya dengan kehidupan pada hari ini. Soalan yang diajukan sebolehnya berkisar mengenai persekitaran pelajar supaya wujud perkaitan antara apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian dan mengapa pentingnya mereka memahami sesuatu maklumat itu. Cubalah untuk mewujudkan pembelajaran dua hala yang aktif supaya sesi P&P mejadi lebih menarik!

  • Main Peranan – Salah satu cara terbaik bagi melibatkan murid sepenuhnya dalam sesi P&P ialah melalui main peranan. Sebagai contoh, dalam sesi P&P bagi mata pelajaran Sejarah, cuba wujudkan watak yang terlibat dan minta pelajar main peranan bagi watak tersebut. Selepas itu, lakukan perbincangan tentang aktiviti main peranan yang telah dijalankan. Kadang kala guru juga boleh mendakan aktiviti seperti “Main Perana Guru” dimana pelajar dikehendaki main peranan sebagai guru dan mengulangi semula apa yang telah diajarkan oleh guru sebelum ini. Sekiranya mereka dapat menerangkan dengan baik apa yang telah mereka pelajari sebelum ini, cara ini sememangnya terbukti berkesan.

  • Pembelajaran Koperatif – Teknik ini sagat berkesan bagi mewujudkan kerjasama antara setiap pelajar. Caranya ialah dengan menulis satu teks maklumat di atas papa hitam yang mana dalam teks tersebut mempunyai beberapa kesilapan. Bahagikan pelajar kepada tiga kumpulan dan arahkan setiap kumpulan supaya mencari kesipalan tersebut dalam kumpulan masing-masing secara senyap. Kumpulan yang sudah siap mencari semua kesilapan diminta mengangkat tangan. Maklumkan kepada mereka bahawa ini merupakan satu pertandingan – pastikan kumpulan yang mengangkat tangan benar-benar sudah mencatatkan teks maklumat tersebut dan menjumpai semua kesilapan, bukannya sekadar mengangkat tangan kerana kumpulan lain sudahpun mengangkat tangan.

Pengalaman Merupakan Guru Yang Terbaik

Setiap guru terutamanya guru baru pasti teruja untuk mempraktikkan strategi pengajaran yang diyakini mampu untuk menarik minat dan perhatian pelajar. Namun, tahukah anda bahawa strategi yang terhebat dalam usaha untuk menjadi seorang guru yang berkualiti ialah melalui pengalaman menghadapi pelajar yang tidak berapa bijak dalam pelajaran dan mencari alternatif dan strategi yang tepat untuk membantu mereka berjaya dan menjadi pelajar yang cemerlang.

Pautan Rujukkan:

1. University of Michigan
2. George Mason University

Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.