10,000 Langkah ke arah Kesihatan

Posted on June 24, 2014 · Posted in Pengetahuan am

Kenapa 10,000 langkah?

  • Berjalan 10,000 langkah membantu membakar 300 hingga 350 Kalori
  • Berjalan dalam tempoh 60 minit dengan jarak sejauh 4.8 Km akan membakar sehingga 265 kalori = Sama dengan sekeping roti canai tu..
  • Berjalan kaki 1km = 1200 langkah
  • 10,000 Langkah = 7 hingga 8 km
  • 10,000 Langkah = Berenang tanpa henti selama 90 minit
  • 10,000 Langkah = Berbasikal selama 70 minit
  • 10,000 Langkah = Bermain bola sepak selama 90 minit

 

Jom kita lihat di antara faedah berjalan kaki:

1. Dapat menyihatkan dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.

2. Mengawal tekanan darah. Dapat elak penyakit darah tinggi dan strok.

3. Meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah, sekaligus mencegah penyakit kencing manis.

4. Dapat mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi sihat, mantap dan berotot.

5. Dapat mengurangkan tekanan yang sedang dihadapi. Membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membantu seseorang itu berasa seronok, tenang dan riang.

6. Mengekalkan kekuatan otot dan tulang. Mengurangkan risiko atau masalah tulang rapuh.

7. Orang lelaki yang berjalan 30 minit sehari dapat mengurangkan risiko mendapat kanser prostat dengan begitu ketara, dan mampu mengurangkan risiko mendapat kanser kolon sebanyak 60%.

 Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.