Manusia melihat, melakukan, belajar dan memerhatikanbanyak perkara dalam kehidupan seharian yang mana memerlukan kita untuk menguatkan daya ingatan bagi melakukan semua itu. Kini, bukanlah suatu perkara yang luar biasa sekiranya kita bertemu dengan mereka yang mempunyai masalah ingatan di mana mereka tidak dapat mengingati banyak perkara yang telah dilakukan. Secara umumnya, terdapat banyak cara untuk meningkatkan daya ingatan seseorang. Antaranya ialah latihan otak, pengambilan makanan yang sihat dan jauhi tekanan. Terdapat beberapa jenis penguat daya ingatan termasuklah pengambilan nutrien dan juga dengan cara semula jadi.
Bayam:
Walaupun sayur ini jarang ditemui, sebenarnya ia sangat baik untuk kesihatan kerana kaya dengan asid folik. Malahan, ia bukan sahaja membantu mengelak daripada hilang ingatan tetapi juga membantu mengembalikan ingatan yang hilang. Ia juga digunakan untuk mengawal penyakit Alzheimer kerana asid folik sangat bagus untuk membantu merawat penyakit ini. Kita dinasihatkan untuk mengamalkan pengambilan bayam dalam pemakanan seharian memandangkan ia memainkan peranan yang penting bagi mengekalkan kesihatan otak kita.
Ikan :
Ikan dan makanan lain yang kaya dengan Omega-6 dan minyak ikan Omega-6 sangat penting untuk otak. Bahan-bahan di dalam makanan ini membantu otak untuk berfungsi sepenuhnya, meningkatkan tahap IQ dan proses visual. Walaubagaimanapun, kita tidak digalakkan untuk mengambil ikan dalam kuantiti yang banyak setiap hari (kurang daripada 3 kali seminggu) bagi mengelakkan tahap merkuri yang tinggi.
Beri Biru :
Kajian menunjukkan bahawa buah ini sangat menakjubkan kerana ia dapat mengekalkan otak yang sihat dan meningkatkan daya ingatan. Di dalam buah ini terdapat antosianin yang mana sangat baik bagi menguatkan ingatan. Terdapat juga bahan lain yang membantu untuk melindungi kesihatan otak kita.
Anggur :
Buah yang kecil dan manis ini juga sangat bagus dalam meningkatkan daya ingatan kita. Tidak kiralah anggur yang berwarna apa pun, kandungan antosianin dan quercetin di dalamnya diyakini mampu menguatkan daya ingatan.
Terung :
Tanaman ini mengandungi tahap anti oksidan antosianin yang sangat tinggi yang mana baik sebagai penguat daya ingatan. Nasunin yang turut dijumpai dalam tanaman ini juga bagus untuk kesihatan otak. Anti oksidan bagus untuk melawan dan membunuh penyakit yang menyebabkan mikroorganisma.
Bawang :
Bawang merah mempunyai antosianin dan quercetin yang diakui umum mampu melawan masalah hilang daya ingatan dan membolehkan otak berfungsi dengan baik. Bawang merah dan bawang besar pula kaya dengan quercetin. Ia amat bagus untuk meningkat daya ingatan.
Brokoli, Epal, Kismis Hitam, Kobis, Asparagus, Ubi Keledek dan Tembikai:
Kesemua tumbuhan di atas sangat kaya dengan asid folik, antosianin, vitamin, anti oksidan dan Nasunin yang mana sangat penting untuk pernafasan dan penguat daya ingatan.
Terdapat juga beberapa cara semulajadi yang digunakan untuk menambahbaik daya ingatan seperti :
Rehat dan tidur secukupnya – Selepas penat bekerja seharian, badan memerlukan rehat secukupnya. Memandangkan otak merupakan sebahagian daripada bahagian badan, ia juga memerlukan rehat. Sebab utama mengapa kita perlu tidur untuk merehatkan otak kita ialah bagi membolehkan semua maklumat yang dipelajari ditukarkan kepada ingatan kekal. Proses ini selalunya berlaku semasa kita tidur, oleh itu semakin kerap seseorang itu tidur, semakin tinggi peluangnya untuk menyalurkan maklumat kepada otak untuk disimpan dan diingat.
Jauhi tekanan – Otak anda pasti akan berfungsi dengan tenang sekiranya anda menjauhi apa jua jenis tekanan. Apabila seseorang itu berada dalam tekanan, dia pasti akan memikirkan banyak perkara sekaligus memaksa otak untuk bekerja melebihi kemampuan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa keadaan di mana kita tidak dapat mengelak daripada menghadapi tekanan. Dalam keadaan ini apa yang perlu kita lakukan adalah mempertimbangkan saluran yang boleh mengurangkan tekanan tersebut dan membuatkan kita melupakannya. Sesi yoga, mandian air panas, aroma terapi dan menonton wayang merupakan antara penguat ingatan semula jadi memandangkan kesemua aktiviti tersebut menjauhkan kita daripada tekanan.
Di samping itu, di antara penguat ingatan semula jadi yang lain ialah dengan menjauhi tabiat buruk seperti merokok dan mengambil minuman beralkohol. Secara umumnya, pengambilan alkohol dan merokok akan menyebabkan saluran darah yang membawa darah ke otak semakin sempit. Apabila keadaan ini berlaku, pengudaraan dan peredaran darah semakin lemah yang mana secara langsung akan menyebabkan otak kita semakin tidak sihat. Sekiranya nutrien mengambil masa yang lama untuk sampai ke otak, otak pasti hanya dapat bekerja dalam kadar yang rendah. Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku, cubalah untuk mengamalkan semua cara bagi menguatkan ingatan yang telah diterangkan sebelum ini.