Seorang jururawat telah merekodkan penyesalan yang selalu di dengari dari pesakit yang hampir meninggal dunia. Kebanyakkannya adalah penyesalan akibat terlampau sibuk mencari wang sehingga melupakan ikatan kekeluargaan. Apakah penyesalan yang kamu ada sekiranya inilah hari terakhir kamu hidup?
Menurut sebuah buku 5 penyesalan seseorang yang di ambang kematian adalah seperti berikut :
1. “ Alangkah bagusnya jika aku hidup untuk diri sendiri, bukannya hidup untuk memuaskan hati orang lain”
Ini merupakan penyesalan paling biasa. Ketika mereka sihat mereka hidup untuk memuaskan hati masyarakat. Bekerja kuat untuk mempunyai pendapatan tinggi, rumah yang cantik dan membeli benda mahal untuk di banggakan. Akhirnya mereka lupa akan impian lain yang mereka ada.
2. “ Alangkah bagusnya jika aku tidak bekerja terlalu kuat”
Biasanya penyesalan ini datangnya dari kaum lelaki. Mereka telah terlepas masa untuk bersama anak-anak yang membesar dan masa bersama isteri mereka. Mereka sesal kebanyakkan masa mereka di habiskan dengan bekerja.
3. “ Alangkah bagusnya jika aku berani meluahkan perasaan”
Ramai manusia yang menyekat perasaan mereka supaya keamanan di capai dengan orang lain. Akhirnya mereka hanya hidup hanya sekadar melakukan rutin harian yang sama dan tidak dapat melihat sejauh mana mereka dapat pergi. Kebanyakkan dari mereka akhirnya menjadi seorang yang sukar di dekati dan sentiasa suka menyalahkan orang lain.
4. “ Alangkah bagusnya jika aku sentiasa menjaga persahabatan aku”.
Biasanya ramai tidak menyedari kelebihan seorang kawan lama sehinggalah hari terakhir mereka dan ketika itu susah untuk mencari kawan-kawan itu semula. Ramai yang terlampau sibuk dengan kehidupan sendiri sehingga melepaskan persahabatan yang erat sedikit demi sedikit. Ramai yang rindukan kawan-kawan rapat ketika di ambang kematian.
5. “ Alngkah baiknya jika aku selalu gembira”
Ini juga salah satu perkara biasa yang di sesalkan. Ramai yang tidak sedar bahawa kegembiraan merupakan satu pilihan. Mereka terlampau terikat dengan tabiat lama. Mereka sentiasa di zon selesa sehinggakan tidak mahu perubahan berlaku. Mereka lupa untuk bergembira dan melakukan sesuatu secara spontan. Sementara di dalam hati mereka inginkan kegembiraan seperti yang mereka kecapi di masa muda.
Apakah penyesalan kamu setakat ini? Dan adakah kamu akan mengubahnya sebelum kamu meninggal dunia? Jangan biarkan penyesalan ini menghantui hidup anda di kemudian hari dan ubah cara hidup kamu sekarang.