Apabila mempelajari tentang keseluruhan sistem tubuh badan, perkara utama yang perlu difokuskan adalah mengenai kesihatan otak kerana ia merupakan bahagian penting yang perlu dilindungi. Badan kita terdiri daripada pelbagai bahagian dari urat terkecil sehinggalah organ terbesar iaitu kulit. Bahagian-bahagian ini memainkan peranan yang berbeza-beza seperti sebagai perlidungan, mencernakan makan dan sebagainya. Otak merupakan bahagian yang paling penting kepada sistem tubuh manusia; sebahagian daripadanya berfungsi untuk meningkatkan daya ingat, menajamkan tahap intelek dan membantu dalam membuat keputusan. Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kemahiran fungsi otak, antaranya:
Melatih Otak:
Bekerja keras tanpa sebarang rehat membuatkan kita menjadi seseorang yang membosankan. Tubuh memerlukan senaman untuk kekal sihat dan perkara yang sama juga berlaku kepada otak. Terdapat pelbagai permainan menguji minda dan beberapa aktiviti serta latihan melibatkan aspek kognitif yang melibatkan beberapa bahagian otak. Salah satu senaman otak yang sangat disyorkan oleh pakar yang menganggapnya sebagai senaman ‘nuerobic’ ialah teka teki, menyelesaikan ‘puzzles’, kaedah peta minda, mandi sambil menutup mata, makan sambil menutup mata dan menggunakan tangan bukan dominan untuk memberus gigi dan menyikat rambut.
Mencuba sesuatu yang baru:
Mencuba perkara baru dapat membantu otak anda kekal aktif sepanjang masa. Aktiviti yang biasa dilakukan akan membosankan dan melemahkan daya penerokaan otak kerana ia merupakan perkara yang sering difikirkan. Semakin kerap otak dilatih untuk kekal aktif semakin kurang kadar berlakunya kemerosotan otak. Antara aktiviti menarik yang boleh dicuba ialah mempelajari bahasa asing seperti bahasa Jerman, memahami karya-karya penulisan serta mempelajari bagaimana seni muzik atau seni tari mereka. Aktiviti-aktiviti ini dapat menggerakkan minda dan memperolehi sesuatu daripadanya.
Jika ingin mempelajari seni tari yang baru, tarian Tango amat disyorkan bagi mereka yang ingin mengekalkan keaktifan otak. Tarian tango bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan kesabaran, kemahiran, keazaman dan tumpuan yang tinggi. Lagu yang dimainkan semasa tarian tango adalah perlahan dan tenang, penari perlu memahami rima dan bergerak seiring dengannya. Ia merupakan satu aktiviti fizikal yang mengekalkan kesihatan otak. Mempelajari tarian ini juga dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer’s kerana tarian unik ini memerlukan kita untuk menghafal langkah-langkah yang memberi pengukuhan kepada otak.
Tidur:
Tidur adalah sangat penting kerana ia merupakan ruang untuk otak berehat setelah seharian menggunakannya. Ini akan memberi laluan kepada otak untuk kembali bertenaga dan memproses maklumat. Setiap individu memerlukan 6-8 jam masa tidur setiap hari.
Pemakanan Yang Sihat:
Makanan yang berkhasiat bukan sahaja menyihatkan otak malah seluruh tubuh manusia. Makanan yang kaya dengan asid lemak Omega-3, kobis merah, halia, tomato. kuning telur, beri, kekacang, avocado, ikan dan makanan tambahan seperti minyak ikan merupakan sumber yang terbaik untuk menggalakan fungsi-fungsi dan kesihatan otak.
Bersosial Dengan Semua Orang:
Apabila individu duduk setempat berbual, berkongsi idea, berbincang mengenai sesuatu penyelesaian masalah dan bergelak tawa bersama, mereka akan membantu otak untuk lebih kuat dan sihat. Ini kerana kemahiran kognitif dan minda seseoran dapat ditingkatkan melalui perbincangan dan perbualan. Aktiviti intelektual sangat penting buat otak.
Dapat keriangan dalam hidup, hindari daripada tekanan dan sentiasa mencuba aktiviti baru. Jangan terlalu fokus dan paksa minda anda untuk tertakluk kepada satu aktiviti sahaja, pelbagaikannya pada setiap hari. Ini akan membantu otak anda untuk mengembang dengan baik. Selain k eke gym anda boleh mencuba senamrobik yoga sebagai aktiviti sampingan untuk mengekalkan kesihatan otak.