5 Tips Mudah untuk Mengekalkan Ketajaman Daya Ingatan Anda

Posted on May 2, 2013 · Posted in Pengetahuan am
5 Tips Mudah untuk Mengekalkan Ketajaman Daya Ingatan Anda

Image credit: irstone /

Mengapa lebih penting kepada kita untuk mengekalkan daya ingatan berbanding cuba meningkatkannya menggunakan Penggalak Memori? Kadangkala, garis kesalahan pada bahagian kerak memori akan melibatkan perkara yang remeh temeh seperti terlupa anak kunci di dalam rumah dan terpaksa berpatah balik untuk mendapatkannya. Perkara yang lebih mengecewakan jika pintu tersebut telah dikunci tetapi anak kuncinya di dalam dan tiada kunci simpanan pada anda.

Seorang lelaki berkata, “Kawan-kawan saya mengenali diri saya melalui dua perkara. Pertama ialah kehebatan daya ingatan saya dan keduanya ialah –Err, Maaf saya tak dapat mengingatnya!”. Perkara yang lebih memalukan apabila terpaksa menggelarkan sahabat handai dengan satu nama “khas” kerana anda tidak mampu mengingatinya. Kadangkala, anda tidak dapat menumpukan perhatian terhadap perbualan dengan seseorang kerana cuba mengingati kembali dimana anda pernah menemuinya.

Berdasarkan Wikipedia, menurut ahli psikologi, daya ingatan adalah suatu proses mengekod maklumat, menyimpan dan mengolahnya semula. Kehilangan daya ingatan ialah ketidakmampuan untuk mengingat atau mengumpul semula maklumat yang telah disimpan. Secara saintifiknya simptom ini dikenali sebagai amnesia atau pelupa.

Terdapat dua jenis memori iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Memori jangka masa pendek dikawal oleh lobus parietal dan frontal otak manakala memori jangka masa panjang merupakan tugas hippocampus. Sekarang mungkin anda jelas mengapa mangsa kemalangan kadangkala tidak dapat mengingat perkara yang berlaku semalam tetapi mampu mengimbas kembali perkara-perkara silam seperti hari pertama menerima anugerah cemerlang.

Hippocampus memerlukan asid lemak Omega 3 supaya sel otak pada bahagian ini dapat berfungsi dengan baik yakni daya ingatan yang kuat. Memori jangka masa pendek mempunyai ruangan yang amat terhad dan hanya membenarkan imbasan semula hanya beberapa saat. Maklumat tidak akan pernah tersimpan lama pada bahagian ini.

Namun, kegagalan dalam mengingat berlaku pada kedua-dua bahagian. Kurang perhatian dan tumpuan akan menyebabkan maklumat tidak disimpan dengan baik dan mengakibatkan proses mengolah maklumat tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Masalah ingatan jangka masa pendek disebut Amnesia, Alzheimer pula gejala bagi masalah ingatan jangka masa panjang yang disebabkan oleh peningkatan usia dan kesan diet yang tidak seimbang. Memori akan lenyap mengikut peredaran masa namun ia boleh dielakkan dengan mengamalkan diet, senaman dan penggalak daya ingatan. Tekanan juga memberikan kesan kepada memori kerana hormone yang dihasilkan semasa keadaan tertekan akan menganggu fungsi-fungsi sel ingatan.

Berikut merupakan beberapa tips untuk mengekalkan ketajaman daya ingatan:

Kekal Aktif:

Setiap orang samada ibu di rumah mahupun Jurulatih aktiviti fizikal sering mengingatkan kita untuk sentiasa membiasakan kaki untuk berjalan. Sesetengah daripada kita sentiasa peka mengenai fakta bahawa hidup yang sentiasa kekal aktif dan kerap berjalan-jalan akan membantu dalam mengurangkan berat badan dan memperbaiki fungsi otak. Ini kerana hidup aktif dapat meningkatkan sistem peredaran darah terutamanya kepada otak. Pererdaran darah yang baik akan terhindar daripada penyakit strok dan pendarahan serta melancarkan bekalan oksigen kepada tubuh.

Melatih Minda:

Otak merupakan otot pada tubuh begitu juga dengan daya ingatan. Jadi anda perlu merangsang dan memastikannya aktif. Ambil sedikit masa, pejamkan mata anda pada waktu malam dan lakukan sedikit imbasan. Ingat kembali apa yang telah anda lakukan seharian dan cuba susun mengikut aturannya. Kaedah ini salah satu cara untuk melatih dan menggalakan minda anda.

Ambil Makanan Yang Menajamkan Minda:

Makanan seperti keledek, bendi, bayam, oren, lobak, susu, badam dan ikan terkenal sebagai makanan yang menajamkan minda. Ikan merupakan elemen yang paling penting untuk minda kerana ia mengandungi Omega 3, asid lemak yang paling diperlukan oleh neuron untuk mengekalkan dan meningkatkan kemampuan otak.

Berhenti Merokok:

Jangan merokok walaupun hanya pada hujung minggu. Kandungan nikotin mampu menghakis dan melenyapkan pelbagai elemen dalam tubuh dan minda. Kafein juga merupakan satu faktor yang akan merosakkan sel dalam otak.
Tangani Tekanan: Tekanan merupakan halangan kepada proses penyimpanan maklumat. Tekanan akan menganggu fokus dan perhatian anda terhadap maklumat yang ingin dikod dan disimpan. Apabila anda tertekan, kandungan kortisol dalam tubuh akan meningkat dalam dadah yang memberi kesan kepada fungsi otak dan daya ingatan. Oleh itu, jadikan rakan dan kegembiraan sebagai penggalak kepada memori bagi menghalang tekanan dalam hidup.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.