Apabila berbincang mengenai kesihatan terutamanya perkara yang agak sensitif seperti penurunan dan penambahan berat badan, perkembangan otak dan daya ingatananda tidak perlu bergantung hanya kepada maklumat di internet sahaja. Fakta-fakta dibawah telah diutarakan oleh Ann Kulze dalam hasil kajian dan penulisannya ‘A Simple Plan for Permanent Weight Loss’ dan Steven Pratt MD penulis ‘Superfoods Rx serta pendapat beberapa pakar daripada BBC dan artikel yang dimuat turun dalam laman Wikipedia.
Otak merupakan organ yang paling penting kepada manusia. Ia memerlukan pemakanan yang sihat seperti bahagian-bahagian tubuh lain yang memerlukan diet tertentu. Otak berfungsi mengawal keseluruhan fungsi tubuh badan, oleh itu penting untuk kita untuk menjaganya dengan baik. Sel-sel otak akan mula merosak apabila menginjak usia 20 tahun! Namun, kesihatan otak dapat dikekalkan walaupun menginjak usia tua jika pengambilan makanan berkhasiat serta gaya hidup sihat diamalkan.
Berikut merupakan beberapa makanan yang telah terbukti dapat meningkatkan dan melancarkan peranan serta fungsi otak.
Beri Biru: Kandungan yang terdapat di dalam beri biru dapat mengawal dan mengurangkan tekanan dan perasaan gemuruh dalam diri. Tekanan akan meningkatkan usia otak ke arah umur yang sering berpenyakit Alzheimer. Beri biru dapat meningkatkan fungsi dan keupayaan otak. Ingat, kegagalan fungsi otak merupakan simptom utama yang menunjukkan kerosakan sel otak.
Ikan: Sel-sel pada otak iaitu neuron merupakan asas struktur dan fungsi otak. Ia dilapisi dengan lapisan asid lemak iaitu Omega 3. Ikan kaya dengan kandungan Omega 3 yang membantu otak untuk mengekalkan fungsinya dalam jangka masa yang lebih panjang. Sekali ia rosak, anda takkan dapat pulihkannya semula.
Kekacang: Kekacang kaya dengan kandungan vitamin E. Penurunan tahap kognitif seseorang dapat diperlambatkan dengan kandungan vitamin E yang cukup. Jadi. Dapatkan makanan tambahan seperti vitamin jika anda menyedari diet yang diamalkan tidak seimbang.
Avokado: Cuba kurangkan makanan yang berlemak kerana kandungannya yang tinggi akan menyebabkan kolestrol. Avokado dapat membantu menurunkan tekanan darah dan menstabilkan fungsi-fungsi otak.
Bijirin: Bijirin seperti gandum, barli, oat dan bubut megandungi serat dan vitamin E. Ia dapat membantu peeradaran darah ke organ-organ termasuklah otak. Ini dapat membantu mengelakkan daripada berlakunya serangan strok serta meningkatkan fungsi otak kerana kelancaran peedaran oksigen telah berlaku.
Kekacang: Gula ibarat minyak kepada otak. Apabila seseorang itu pengsan ia akan diberikan dengan cairan glukos dengan secepat mungkin. Kekacang dapat membantu menstabiljan kandungan gula dalam badan. Walaubagaimanapun, kandungan gula yang tinggi akan mengakibatkan diabetis manakala kekurangan gula dalam tubuh akan membahayakan organ-organ.
Tomato: Tomato mengandungi lycopen yang membantu menghalang tisu otak daripada rosak. Tisu otak yang telah rosak tidak dapat dipulihkan dan digantikan apabila ia telah terjejas. Kandungan oxalate yang tinggi dalam tomato akan memberikan kesan kepada biah pinggang jika ia tidak diambil dalam sukatan yang betul.
Biji Labu: Zink kebiasaanya digunakan untuk merawat masalah rambut gugur dan gangguan emosi. Namun kekurangan kandungan zink dalam badan akan membantutkan daya ingatan dan pemikiran seseorang. Pengambilan dua biji benih labu sehari sebagai satu pemakanan sihat dapat menstabilkan keperluan Zink dalam tubuh untuk melaksanakan tugas mereka.
Otak sering diabaikan apabila strategi untuk diet disusun terutamanya mengenai makanan yang patut dan tidak patut diambil. Kita perlu sedar fungsi seluruh tubuh badan termasuklah merancangkan pelan diet telah dikawal selia oleh otak. Oleh itu, penting bagi anda untuk memilih makanan yang sihat supaya otak dapat berfungsi dengan baik samada ketika anda remaja ataupun menginjak usia 70an. Jika anda mendapati diet yang diamalkan tidak seimbang, penggunaan ‘multivitamins’ dan mineral kompleks dapat membantu tubuh untuk mendapatkan nutriens yang secukupnya. Otak juga memerlukan makanan seimbang seperti tubuh badan anda yang lain.