Mempunyai ijazah akan meningkatkan lagi peluang kamu untuk mendapat pekerjaan. Walaupun ijazah tidak menjamin kejayaan seseorang di dalam kerjaya pilihannya, ia meningkatkan peluang untuk di ambil bekerja. Selain itu, ia juga memberikan peluang untuk menerokai peluang lain di dalam pilihan mereka. Ia juga membantu perkembangan sosial dengan tahap pembelajaran yang lebih tinggi.
Tanpa pelajaran, kehidupan amat sukar di fahami dan di terokai. Pendidikan memberikan peluang untuk belajar dan berkembang. Bukan sahaja itu, malahan hidup akan menjadi sukar jika kamu tidak belajar untuk bergaul dengan orang lain di sekolah. Ini tidak bermakna kamu terpaksa ke kolej tetapi sekurang-kurangnya habiskan persekolahan kamu.
Memang betul sesetengah orang di kurniakan bakat semulajadi, tetapi itu tidak bermakna mereka tidak perlu belajar. Pendidikan bukan sekadar menunjukkan betapa pintarnya kamu tetapi usaha kamu dalam melakukan sesuatu dengan kebolehan yang kamu ada. Pendidikan tidak menyekat seseorang melainkan mereka tidak mahu belajar dan memahami apa yang mereka pelajari. Malahan, pendidikan melebarkan sayap kamu dalam melakukan sesuatu dengan lebih baik lagi. Kamu hanya perlu menerima apa yang di ajar kepada kamu. Hidup memang kompleks, tidak mudah di percayai, sukar, menyekat kebebasan dan sebagainya. Tapi dengan pendidikan kamu dapat membuat keputusan di mana wang kamu perlu di simpan, apa insuran yang perlu kamu beli dan pekerjaan apa yang sesuai dengan diri kamu.
Bukanlah satu rahsia apabila di katakan, seseorang dengan diploma lebih mudah mendapat pekerjaan yang baik dari seorang pelajar dengan sijil sekolah menengah. Jika semua orang mempunyai pendidikan pastinya kita tidak perlukan sistem kebajikkan kerana kita mampu untuk mendapatkan pendapatan yang cukup. Pembelajaran tidak perlu berhenti pada satu tahap sahaja kerana tiada had untuk mendapatkan ilmu. Kamu tidak mungkin boleh mendapatkan pekerjaan untuk setiap sektor tetapi sekurang-kurangnya kamu mempunyai ijazah untuk sesuatu bidang . Bukan sahaja orang lain boleh tahu kelebihan kamu malahan kamu juga boleh tahu tahap kamu dalam mendapatkan ilmu. Kamu akan lebih berjaya dengan mempunyai pendidikan yang lebih tinggi dari sekolah menengah dan ini bukan soal duit sahaja.
Ini mengaitkan hidup kamu dengan kebolehan kamu juga. Tidakkah kamu lebih lega mengetahui kamu bagus di dalam sesuatu perkara? Oleh itu teruskan menuntut ilmu untuk masa depan yang lebih baik.