Dengan hanya melayari internet dan melakukan carian ‘How To Improve Memory’, jumlah carian yang terhasil adalah sangat mengejutkan. Jika satu artikel dibaca setiap minit, ia akan mengambil masa 12638 tahun untuk menghabiskan keseluruhan senarai; dan sudah pasti dalam tempoh masa itu, lebih banyak yang akan ditulis. Lebih daripada lima juta orang didiagnosis mengidapi penyakit Alzeimear (nyanyuk) atau Demensia (sakit mental) setiap tahun, maka penting bagi setiap orang melatih otak mereka dan mengukukuhkan daya ingatan.
Terdapat beberapa perkara yang amat penting untuk terus meningkatkan keupayaan mengingat, termasuk yang berikut:
1. Mencabar minda pada setiap hari.
Ingat bahawa minda terdiri neuron dan sinaps seperti perkhidmatan dan laluan penghantaran; lebih banyak ia digunakan, lebih baik keadaannya. Otak adalah satu sistem yang sangat dinamik dan apabila ia dirangsang, ingatan terpelihara, dan otak menjadi lebih kuat. Terdapat banyak permainan di internet yang membantu merangsang minda, dan mengambil masa satu jam sehari (sama seperti orang ramai perlu melatih badan mereka) untuk melatih minda dengan latihan otak yang berbeza dan ia terbukti berfaedah.
2. Makan makanan berkhasiat setiap hari.
Sesetengah orang menganggap keupayaan berfikir mereka tidak seperti yang diharapkan, dan apabila doktor mula menganalisis corak pemakanan yang diambil; memberikan penjelasan kepada masalah yang mereka hadapi. Terdapat beberapa makanan tambahan yang mampu membantu meningkatkan keupayaan dan memanjangkan hayat otak boleh didapati di kedai-kedai. Makanan yang kaya dengan antioksidan sangat baik untuk otak, dan sudah tentu pelbagai buah-buahan mahupun sayur-sayuran sangat membantu otak serta seluruh badan.
a. Sebagaimana lemak yang membahayakan tubuh, ia juga berbahaya kepada otak. Saintis telah menemui bahawa asid lemak Omega-3 dan Omega-6 adalah elemen penting kepada membran luar sel-sel di dalam otak kerana isyarat melalui lemak sel membran ketika bergerak, dan asid lemak membantu membekalkan otak dengan membran yang sihat. Minyak walnut dan minyak canola sangat membantu mengekalkan keseimbangan tubuh badan.
b. Ramai orang menghadapi masalah penghadaman gula disebabkan insulin kepada kandungan gula yang seimbang, atau ketidakseimbangan dalam keadaan yang lain. Walau bagaimanapun, gula boleh membuat seseorang lebih peka, ia hanya perlu mengenal pasti amaun yang betul dan tidak berlebihan.
c. Karbohidrat telah mendapat reputasi yang buruk disebabkan program diet yang hangat berada di pasaran kini. Namun, otak memerlukan sejumlah karbohidrat setiap hari untuk ia kekal sihat dan baik. Sekali lagi, segala-galanya perlu seimbang dan sederhana.
d. Tidak ada pil ajaib yang boleh membuatkan sesiapa sahaja lebih bijak, tetapi kafein telah dibuktikan membantu meningkatkan tumpuan dan fokus. Jadi, sama ada sumbernya adalah coklat, kopi (gelap yang lebih baik), atau minuman tenaga, sejumlah kecil kafein boleh membantu menjadikan seseorang lebih peka.
e. Dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan mengingat, jangan lupa untuk makan sarapan pagi. Ia adalah satu fakta yang diketahui selama bertahun-tahun bahawa pelajar yang makan sarapan yang sihat menunjukkan prestasi yang lebih baik di sekolah dan lebih bersedia. Pengambilan makanan yang seimbang yang terdiri daripada tenusu, bijirin, dan buah-buahan merupakan permulaan yang sempurna setiap hari untuk otak melakukan tugas harian. Avokado adalah makanan yang baik untuk ditambah ke dalam hidangan kerana ia membekalkan lemak yang baik untuk diet.
3. Cuba untuk kekal positif dan gembira.
Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang berfikiran positif kurang berkemungkinan untuk menunjukkan tanda-tanda awal Alzheimer atau Demensia. Elakkan tekanan dan kemarahan dalam kehidupan seharian kerana kemurungan mempunyai kesan jangka panjang yang buruk kepada otak.
4. Beri perhatian kepada apa yang dikatakan oleh orang lain.
Ingat bahawa penunggang lembu hanya mempunyai lapan saat untuk duduk di atas lembu jantan, anda tidak menunggang lembu jantan dan tempoh perhatian diberikan perlu banyak lagi.
Terdapat banyak kaedah Bagaimana Untuk Meningkatkan Keupayaan Mengingat yang dibincangkan di seluruh dunia pada hari ini, dan pastinya banyak teknik boleh didapati di internet. Dapatkan di luar sana dan sematkan dalam otak untuk melakukan beberapa senaman otak setiap hari, serta pastikan sentiasa bersikap dan berpandangan positif pada sepanjang masa.