Bagaimana Untuk Memaksimumkan Pulangan Pembelajaran Kendiri

Posted on March 3, 2013 · Posted in Teknik Membelajar Efektif

Pembelajaran jarak jauh, pembelajaran dalam talian dan belajar di rumah boleh dikategorikan sebagai pembelajaran kendiri. Pembelajaran seperti ini kini lebih mudah, selesa dan efektif berbanding pembelajaran di kelas. Kesedaran mengenai pembelajaran dalam talian hampir sedekad yang lalu telahpun menjadi kenyataan bagi kebanyakan masyarakat. Persoalannya di sini, bagaimanakah kita dapat memastikan bahawa pembelajaran kendiri mampu memberikan pulangan yang maksimum kepada para pelajar dan memastikan bahawa teknik berbeza yang digunakan adalah efektif dan berorientasikan pencapaian? Sebenarnya terdapat pelbagai cara boleh dilakukan namun apa yang pasti anda perlulah mempertimbangkan kebkan dan keburukan pembelajaran kendiri ini terlebih dahulu sepertimana yang digariskan di bawah :

Bagaimana Untuk Memaksimumkan Pulangan Pembelajaran Kendiri

Pertama sekali, pastikan anda tidak mengasak apa sahaja yang and baca. Selalunya apabila anda belajar sendirian, anda pasti akan cenderung untuk membaca sebanyak mana yang boleh dan tiada rancangan pembelajaran yang rapi. Mungkin pada mulanya keadaan ini tidak memberikan apa-apa masalah, namun lama-kelamaan maklumat yang dapat diingat akan semakin berkurangan. Jadi adalah lebih baik sekiranya anda memahami konsep topik pembacaan anda itu terlebih dahulu.

Selain itu, anda juga perlulah berdedikasi dalam apa jua yang ingin anda pelajari. Mungkin anda berpendapat bahawa belajar sendiri tidak memerlukan anda untuk menjadi serius dan berbdedikasi, namun sebenarnya pembelajaran kendiri amat menuntut anda untuk menjadi seorang yang komited dan berdisiplin memandangkan tiada siapa yang akan memaksa anda untuk belajar. Semuanya bergantung pada diri anda sendiri.

Dalam pada itu, tetapkan matlamat yang realistik supaya anda tiak tertekan dengan perancangan yang dibuat. Pembelajaran kendiri boleh menjadi cabaran yang besar sekiranya anda meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Sebagai manusia biasa, anda perlu ingat bahawa banyak perkara yang tidak mampu kita lakukan. Oleh itu, kenali diri anda dan tetapkan matlamat yang spesifik dan realistik.

Di samping itu, anda juga perlu menyedari kemampuan dan keupayaan diri anda. Sekiranya anda hanya mampu untuk belajar selama 2 jam, maka berbuatlah demikian. Setiap individu adalah berbeza. Ada yang mampu belajar untuk 2 jam berturut-turut da nada yang hanya dapat fokus selama 45 minit. Oleh itu, pembelajaran kendiri menuntut anda mengenali diri anda dan tabiat belajar anda sama ada sukakan persekitaran yang sunyi atau diiringi muzik, mahupun mampu belajar untuk jangka masa yang lama ataupun sekejap.

Kadang kala belajar sendirian boleh menyebabkan anda berasa bosan. Oleh itu, sertailah komuniti belajar yang mana membolehkan anda belajar bersama orang lain dan saling menguji antara satu sama lain sekaligus membolehkan anda meningkatkan tahap pemahaman anda.

Berikut merupakan tips-tips pembelajaran kendiri yang efektif :

  • Anda perlu menanamkan minat yang mendalam dalam pelajaran supaya anda lebih bermotivasi untuk menuntut ilmu.Minat akan memacu anda kearah kejayaan sekaligus membantu anda untuk lebih fokus dalam apa yang anda lakukan.
  • Gunakan kesempatan yang ada untuk belajar dalam apa jua keadaan dama ada melalui internet, buku, majalah atau telefon bimbit anda. Gunakan masa minum pagi anda untuk membaca akhbar mahupun semasa anda berada di dalam kenderaan awam untuk membaca buku. Dengan ini, anda pasti dapat memaksimumkan masa anda untuk belajar secara tidak langsung.
  • Tukarlah bahan bacaan anda dari semasa ke semasa dengan pelbagai jenis bahan lain selain buku seperti internet, radio mahupun mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan anda.
  • Anda juga haruslah sentiasa beringat bahawa banyak cabaran dan halangan perlu dihadapi. Oleh itu, persiapkanlah diri anda bagi menangani segala cabaran yang mendatang kerana pasti ada hikmah di sebaliknya.

Pembelajaran kendiri boleh menjadi sangat menyeronokkan sekiranya anda melakukannya dengan cara yang betul sekaligus anda pasti akan tersenyum tatkala melihat hasilnya kelak.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.