Bagaimana Untuk Menggandakan Kejayaan Anak Anda

Posted on July 29, 2012 · Posted in Teknik Membelajar Efektif

Tentulah sesuatu yang membahagiakan melihat anak-anak kita berjaya dalam hidup, betul tak? Sekarang, anda boleh tambah kebahagiaan ini. Anda boleh bantu anak anda membesar menjadi seorang yang lebih berjaya dan berkeyakinan. Di sini kami kongsikan bagaimana anda boleh lakukannya. Ikut enam cara ini:

1 Bantulah anak anda bina harga diri yang tinggi

Perkara ini penting sangat. Anak-anak yang ada harga diri yang rendah, yang rasa kurang keyakinan, akan dapati mereka susah untuk berjaya. Anda boleh gunakan satu cara mudah tetapi sangat efektif untuk menambah harga diri anak-anak anda. Selalulah ingatkan mereka kualiti baik dan kejayaan mereka. Dan cara yang paling baik ialah “anggaplah anak-anak anda Seolah-Olah mereka memang bijak.” Anda boleh buat ini secara semula jadi jika anda ingat semua yang mereka telah lakukan selama ini.

Raikan pencapaian-pencapaian mereka dengan senyuman yang LEBAR pada muka anda :) Teknik mudah ini membantu menguatkan keyakinan pada diri mereka. Ia membuatkan mereka percaya yang mereka BOLEH mencapai apa yang mereka mahu.

2 Galakkan anak anda untuk berkerja kearah matlamat yang berguna

Semasa berbual-bual dengan ramai anak-anak, dan semasa mengendalikan seminar kami, kami perhatikan yang anak-anak yang tidak ada matlamat yang jelas menunjukkan minat yang kurang dalam pembelajaran. Dengan itu pencapaian mereka kurang, begitu juga gred mereka rendah. Menggalakkan anak-anak anda untuk membentuk matlamat kerjaya mereka lebih awal adalah cara yang terbaik untuk mengarahkan pemikiran dan kehidupan masa depan mereka.

Ini juga adalah satu cara yang berkesan untuk mendorong anak-anak anda untuk menggunakan masa dan tenaga dengan cara yang terbaik. Ini adalah cara yang terbaik untuk menggunakan tenaga kreatif tinggi mereka. Bukan ini sahaja, malah menetapkan matlamat juga boleh menghalang minda mereka dari pemikiran yang boleh membinasakan begitu juga ‘kawan-kawan!’ Oleh itu, galakkan anak-anak anda untuk membina matlamat; seperti matlamat pembelajaran atau matlamat kerjaya, dan PENGARUHI mereka untuk mencapai yang terbaik. Beri mereka kebebasan untuk membina matlamat yang mereka INGIN capai.

Semasa membina matlamat. Pastikan yang anda tidak memaksa minat ANDA pada mereka. Walaubagaimanapun, anda boleh memandu mereka membuat keputusan yang betul, jika mereka nampak keliru atau tidak dapat membuat keputusan dengan jelas. Apabila ia menjadi “impian” anak-anak boleh mencapainya dengan mudah. Apabila matlamat telah dipilih, tugas ibu bapa ialah untuk menyediakan mereka bahan-bahan yang boleh membuatkan perjalanan kejayaan mereka lebih menyeronokkan.

3 Biarkan anak-anak anda memilih impian mereka

Ramai anak-anak menghadapi masalah sebab mereka memilih mata pelajaran yang salah untuk pengajian tinggi mereka, atau mereka memilih kerjaya yang salah yang tidak sesuai dengan mereka. Anak-anak anda boleh menghindari pelbagai masalah dan kegagalan jika mereka memilih perkara-perkara yang selari dengan minat dan kekuatan mereka.

Ini bermakna, anak-anak anda mesti memilih pembelajaran dan kerjaya berdasarkan kekuatan, bakat dan minat mereka. Jangan memaksa impian anda ke atas anak-anak anda. Jika pilihan anda sesuai dengan apa yang mereka sukai, bagus. Umpamanya, jika anak lelaki anda suka pada musik, maka eloklah jika dia memilih kerjaya berdasarkan musik. Jika anak perempuan anda bagus dalam matematik, tentulah baik jika dia memilih untuk menyambung pelajaran dan kerjaya berdasarkan matematik.

Pilihan-pilihan yang begini yang berdasarkan kekuatan, minat dan bakat anak-anak membantu mereka belajar dengan pantas dan maju dengan lebih baik. Perhatikan kerja apa yang anak-anak anda minat. Apa yang mereka minati? Mata pelajaran apa yang mereka selalu mendapat markah yang tinggi, SELALUNYA. Juga tanyakan pada mereka apa yang mereka ingin capai, impikan dan minati. Semua maklumat ini membantu anak-anak anda memilih kelayakan atau kerjaya atau perniagaan yang sesuai dengan mereka. Dan mereka boleh mencapainya dengan mudah.

4 Ajarlah anak-anak anda cara untuk membina dan menggunakan kuasa minda.

Ini sangat-sangat penting dalam arus gaya hidup yang pantas kini, persaingan yang sengit dan timbunan bahan pembelajaran yang anak-anak perlu pelajari. Terdapat cara istimewa menguasai minda, seperti program tersendiri, pembayangan, cadangan sendiri yang positif dan sebagainya. Cara penguasaan minda ini membantu anak-anak untuk istirehat dan menggunakan minda mereka dengan lebih cekap. Jadi, tentulah baik jika anda belajar sendiri cara-cara ini dan mengajarnya pada anak-anak anda.

5 Bantulah anak-anak anda untuk berfikiran optimis tentang masa depan mereka

Setiap hari anak-anak melihat kegagalan, orang yang tidak ada pekerjaan, pembuangan kerja, keganasan, dan perkara-perkara yang sedih sekeliling mereka samada melalui media atau berlaku pada orang-orang yang mereka kenal. Perkara-perkara negatif ini boleh mengecewakan anak-anak. Ia boleh membuat mereka hilang minat dalam pelajaran, kerjaya dan penghidupan. Ia boleh membuat mereka fikir tak banyak peluang untuk berjaya. Pemikiran yang begini juga boleh membuat mereka bimbang tentang masa depan mereka.

Anda boleh halang perkara ini dari berlaku. Terutama sekali dengan mengajar anak-anak anda untuk menukar masalah kepada penyelesaian. Alihkan pandangan anak-anak anda kepada orang-orang yang telah mencapai kejayaan. Manakala ada orang yang hidup dalam keadaan yang menyayat hati, ada juga beribu-ribu orang lagi yang mendapat pekerjaan yang baik, menghimpun kekayaan, mengisi impian mereka dan hidup bahagia. Dengan berfikiran positif begini, anak-anak anda tidak akan kecewa. Mereka akan lebih yakin tentang masa depan mereka dan bekerja keras untuk mencapai impian mereka.

6 Kekalkan tahap tenaga anak-anak anda

 Kesakitan boleh pengaruhi kebolehan pembelajaran anak-anak anda dan tahap pencapaian mereka. Bantulah anak-anak anda untuk kekal sihat dan bertenaga. Galakkan mereka untuk makan makanan yang sihat dan berkhasiat, minum air yang cukup, tidur secukupnya dan bersenam selalu. Pastikan yang mereka CERIA selalu. Ini membantu tubuh dan minda mereka berfungsi pada tahap tenaga yang tinggi.

Apabila tubuh dan minda mereka berfungsi pada tahap tenaga yang tinggi, anak-anak anda boleh belajar lebih, kerja lebih dan menikmati hidup dengan lebih lagi. Mangapa tidak menjadi contoh dan model yang baik pada anak-anak anda dari “SEKARANG?” Dengan menggunakan cara-cara yang sihat ini di dalam hidup anda sendiri; sebab anak-anak lebih dipengaruhi oleh tindakan ibu bapa berbanding dengan guru-guru atau pensyarah mereka! Jadikan anak-anak anda pelajar yang cemerlang dan luar biasa. walau apa pun pencapaian mereka sekarang dengan Memo Plus Gold hari ini.

Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.