Ibu Menyelamatkan Anak Perempuannya Daripada Terus Hanyut Dalam Kekecewaan

Posted on September 28, 2015 · Posted in Testimoni

Ibu Menyelamatkan Anak Perempuannya Daripada Terus Hanyut Dalam Kekecewaan

Kami tidak pernah terfikir perkara ini akan berlaku kepada anak perempuan kami.

Sebenarnya, anak perempuan saya Niki Renee Nelver, adalah seorang pelajar yang cemerlang. Dua tahun sebelum ini, dia memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR dengan 6A dan 1B. Waktu mula-mula naik ke tingkatan empat, dia sangat bersemangat, malah sering menyebut-nyebut betapa dia sangat suka akan mata pelajaran sains.

Dengan keputusan PMR yang baik, dan minat yang mendalam terhadap mata pelajaran sains, Niki mengambil keputusan untuk masuk ke aliran sains. Tidak lama selepas itu, keterujaannya bertukar menjadi mimpi ngeri.

Dia sudah bersiap sedia untuk menjadi seorang doktor, apabila segala-galanya tiba-tiba berubah.

Kami sangat terkejut apabila prestasi akademik Niki di tingkatan empat merosot dengan mendadak. Dia tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas dan merasa susah hendak mengingati apa yang sudah dipelajarinya.

Dia mula gagal dalam beberapa mata pelajaran, dan kejayaan akademik yang dikecapnya selama ini sedikit demi sedikit mula terlepas dari genggamannya.

Keputusan peperiksaannya merosot ke paras yang tidak pernah terbayang di fikiran sebelum ini.

 

Niki amat tertekan dengan keadaan itu. Dia mula menghabiskan banyak masa bermain permainan di telefon bimbitnya hingga pelajarannya terabai. Sebagai ibu yang prihatin, saya cuba mencari punca mengapa Niki jadi begitu. Kata Niki, “Saya perlu rehatkan minda saya supaya dapat mengingati apa yang dipelajari di sekolah.”

Saya dan suami saya tahu kami perlu segera bertindak.

Kami semakin bimbang apabila menyedari peperiksaan SPM hanya tinggal dua bulan sahaja lagi. Niki tidak punya banyak masa untuk membaiki pencapaiannya.

Tanpa diduga sesuatu yang menakjubkan berlaku…

Suatu hari, sedang suami saya membelek-belek akhbar Harian Metro, dia terjumpa cerita yang persis seperti kisah kami. Dia menunjukkan artikel itu kepada saya dan meminta saya membacanya dengan suara yang kuat.

Saya rasa seperti bermimpi. Mungkin pada waktu itu saya sudah hampir putus asa, atau itu memang jawapan kepada doa saya; apa pun, saya merasa sangat teruja.

Saya menunjukkan artikel itu kepada Niki. Kami sama-sama membaca testimoni seorang pengguna yang menyatakan, “Dengan Memo Plus Gold, apa yang saya pelajari di sekolah kini semuanya tersemat di ingatan. Yang paling saya suka, saya dapat mengingat semula apa yang telah saya pelajari, bila-bila masa yang saya mahu.”

Mulanya saya tidak percaya.

Rasa hampa yang saya alami bertukar menjadi rasa teruja. Adakah ini penyelesaian kepada masalah Niki?

Dengan pantas saya membuat carian untuk Memo Plus Gold di Google. Wow! 1.6 juta hasil carian! Menakjubkan! Saya membaca sepintas lalu testimoni pelajar lain. Semuanya memuji-muji kehebatan Memo Plus Gold. Saya juga menyedari ada antara pelajar tersebut yang mengambil Memo Pus Gold dalam tempoh yang lebih lama sebelum memperoleh prestasi yang memuaskan dalam pelajaran.

Peperiksaan Niki hanya dua bulan sahaja lagi. Masa yang sangat singkat. Saya terfikir, “Sempatkah Niki berubah?” Namun Niki tidak merasa begitu. Dia memujuk saya, “Mak, belikanlah untuk saya, tolonglah.” Kerana sayang akan anak, saya turutkan permintaannya.

Sebab saya, ibunya, sudah tidak sanggup lagi melihat dia menderita.

Prestasi akademik Niki pada waktu itu sangat mengecewakan. Dia hanya memperoleh 6B, 1C, 2D dan 1E dalam peperiksaan pertengahan tahunnya.

Ibu Menyelamatkan Anak Perempuannya Daripada Terus Hanyut Dalam Kekecewaan

Jadi, saya pun segera menghubungi wakil penjual Memo Plus Gold yang terdekat. Dengan rasa hampir putus asa saya hanya bertanya satu soalan kepadanya, “Mampukah Memo Plus Gold membantu anak saya?”

Dengan penuh yakin dia berkata, “Jika beribu-ribu sudah berjaya berubah, mengapa tidak anak Puan?”, tambahnya lagi, “Lagi mudah seseorang pelajar mengingati pelajarannya, lagi dia akan seronok belajar.”

Namun, saya masih ragu-ragu!

Pada waktu Niki mula mengambil Memo Plus Gold, peperiksaan percubaan SPMnya hanya tinggal dua minggu sahaja lagi dan saya memang tidak yakin dia dapat berubah dalam masa yang singkat itu.

Niki mula mengambil Memo Plus Gold sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang. Dalam tempoh beberapa hari sahaja kami sudah dapat melihat perubahan yang menakjubkan pada dirinya. Dia lebih bertenaga dan tidak lagi merasa mengantuk sewaktu belajar.

Tanpa kami sedari, prestasi pelajaran Niki naik dengan mendadak.

Tidak lama selepas Niki mula mengambil Memo Plus Gold, dia menduduki peperiksaan percubaan, dan berjaya memperoleh 2A, 2B, 4C dan 2G. Setelah beberapa minggu mengambil Memo Plus Gold, sikap Niki berubah sama sekali.

Minatnya untuk belajar kini berkobar-kobar dan dia telah meminta ayahnya membelikan lebih banyak buku kerja. Di wajahnya terpancar keyakinan. Dia telah dapat mengejar semua pelajaran yang tertinggal dan markahnya mula menunjukkan peningkatan.

Alangkah gembiranya rasa hati saya apabila dia beritahu saya, sekarang dia merasa lebih yakin dengan diri dan masa depannya, dan dia sudah mampu memahami apa yang diajar dengan cepat dan mengingati semua yang dipelajarinya.

 

Orang lain juga perasan akan perbezaan positif pada Niki.

Guru Niki dengan gembiranya memberitahu saya prestasi Niki telah jauh lebih baik daripada dahulu. Sebagai bukti dia menunjukkan markah peperiksaan mata pelajaran Kimia telah meningkat daripada 19/50 kepada 40/50. Niki juga lapornya, kini memberi perhatian, lebih peka dengan apa yang berlaku di dalam kelas dan fokus dalam pelajarannya.

Ahli keluarga yang lain juga perasan akan perubahannya itu. Sekarang Niki menghabiskan masa mengulangkaji pelajarannya dan tidak lagi menghabiskan masa bermain permainan di telefon bimbitnya.

Terima kasih Tuhan

Hanya dua bulan selepas mengambil Memo Plus Gold secara berterusan, Niki memperoleh keputusan yang amat memuaskan dalam peperiksaan SPM, iaitu 5A, 3B dan 2C.

Ibu Menyelamatkan Anak Perempuannya Daripada Terus Hanyut Dalam Kekecewaan

Pencapaian Niki yang mengagumkan ini memberi saya kepercayaan untuk memberi Memo Plus Gold kepada dua adik Niki supaya mereka juga berpeluang memperoleh keputusan mengagumkan dalam peperiksaan UPSR dan PT3 mereka.

Berapakah nilai pencetus kejayaan Niki ini?

Dengan harga serendah RM69.85 di Sabah dan Sarawak (RM63.50 di Semenanjung Malaysia) untuk 60 kapsul Memo Gold Plus, saya akan terus memberi Memo Plus Gold kepada Niki dan adik-adiknya.  Saya percaya Memo Plus Gold telah mengembalikan semangat Niki yang hilang hingga dia dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi di Labuan dan terus mencatatkan prestasi yang cemerlang. Saya tidak ragu-ragu lagi, Niki pasti akan mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.