8 Tips Tingkatkan Kebahagiaan dalam Keluarga

Posted on December 31, 2012 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa mendidik anak-anak merupakan satu perkara yang sukar dalam kehidupan mereka yang bergelar ibu bapa. Ia bukan sahaja memerlukan perhatian yang tinggi semasa mendidik tetapi juga menuntut penjagaan penuh sehingga 24 jam sehari, 7 hari seminggu yang ganjarannya akan dapat dikecapi pada kehidupan akan datang. Walaubagaimanapun, keperluan penjagaan anak-anak ini kadangkala turut melibatkan kesihatan fizikal serta tahap emosi seseorang penjaga. Keadaan ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada keseluruhan ahli keluarga.
Kemahiran keibubapaan
Berikut merupakan beberapa tips penjagaan anak-anak untuk meningkatkan kebahagiaan dalam keluarga.

1. Tidak terlalu mengharapkan kesempurnaan.

Secara tradisinya, kebanyakkan ibu bapa Asia cenderung untuk mengamalkan konsep ‘autokrasi’ dalam mendidik anak-anak. Keadaan ini selalunya disokong oleh keinginan atau jangkaan bahawa keluarga akan menjadi sempurna apabila kuasa penuh diamalkan. Kesan setelah anak-anak gagal untuk memenuhi jangkaan yang diharapkan, ibu bapa akan tertekan dan kadangkala melepaskan tekanan tersebut kepada anak-anak. Secara zahirnya, ibu bapa sendiri tidak ditakdirkan untuk menjadi sempurna dan keadaan ini sama seperti anak-anak kita yang juga tidak mungkin akan sempurna. Jangkaan kepada kesempurnaan dalam sesebuah keluarga pastinya akan mengakibatkan kekecewaan serta tekanan dalam hidup.

2. Belajar menyesuaikan diri dengan dunia baru.

Kaedah mendidik anak-anak di Asia amat berbeza dengan kaedah yang diamalkan oleh ibu bapa di Barat. Kebanyakkan ibu bapa Asia gemar menggunakan kaedah tradisional semasa mendidik anak-anak sama sebagaimana ajaran yang diamalkan ibu bapa mereka yang terdahulu. Walaubagaimanapun, tahun demi tahun kehidupan telah banyak berubah terutama setelah bermulanya era digital dalam kehidupan masa kini. Penting bagi setiap ibu bapa Asia belajar menyesuaikan diri dan mengubah kemahiran mendidik mereka seiring dengan peredaran masa. Kaedah mendidik anda perlu lebih konsisten dengan gaya hidup semasa dan perlu mengambil kira trend-trend yang terkini.

3. Belajar menguruskan stress.

Ibu bapa amat mudah untuk menguasai dan mempengaruhi anak-anak. Jadi, apabila wujudnya perasaan tertekan dalam diri ibu bapa, secara tidak langsung akan mewujudkan persekitaran yang tertekan di rumah. Lebih memburukkan keadaan apabila ibu bapa cenderung untuk mempamerkan perasaan negatif mereka kepada anak-anak. Bagi mengatasi masalah ini, ibu bapa mendapatkan tips pengurusan tekanan.

4. Fokus kepada perhubungan.

Kebanyakkan ibu bapa Asia hilang fokus hubungan mereka bersama anak-anak. Keadaan ini menunjukkan mengapa didikan ‘autokrasi’ sangat serasi dalam keluarga Asia. Ironinya, interkasi para ibu bapa dengan anak-anak adalah berdasarkan hubungan yang dijalinkan antara mereka. Jika kita mempunyai hubungan yang baik bersama anak-anak, lebih mudah untuk kita mendisiplinkan mereka secara berkesan. Tetapi, jika anda tidak memainkan peranan yang bijak dalam perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak, tiada sebarang dorongan untuk menyakinkan anak-anak supaya menghormati permintaan serta mentaati anda tanpa disuruh atau dipaksa.

5. Bersedia belajar daripada anak.

Ramai di antara ibu bapa Asia yang sangat tradisional dan memandang tinggi peranan serta status mereka sebagai ibu bapa. Keadaan ini menyebabkan mereka sukar merelakan diri untuk belajar daripada anak-anak mereka yang juga penting dalam meningkatkan kebahagiaan keluarga.

6. Ambil masa meraikan.

Hadirkan perasaan meraikan dalam keluarga dengan mencari sebab-sebab majlis meraikan perlu diadakan. Raikan hari ulang tahun atau pun berita baik dari tempat kerja mahupun kejayaan anak-anak dalam projek sekolah. Majlis meraikan ini boleh mendatangkan keajaiban dalam ikatan antaran ibu bapa dan anak-anak.

7. Ketawa bersama-sama.

Cuba untuk membuat anak-anak ketawa dari masa ke semasa, dan apabila mereka merasakan sesuatu yang lucu, ketawa bersama-sama mereka juga. Walaupun ada ketikanya anak-anak anda ketawa kepada perkara biasa, hanya turut sama ketawa dengan mereka. Ketawa dapat meningkatkan mood anda di rumah serta menjadikan tempat yang menyeronokkan kepada anak-anak, bukanlah tempat yang mereka jangka hanya perlu mematuhi arahan.

8. Masa untuk diri sendiri.

Tugas ibu bapa ibarat jam yang berputar tanpa henti, tetapi ia tidak bermakna anda tidak boleh mengambil beberapa jam untuk diri sendiri pada setiap minggu. Ibu bapa juga perlu menjadi diri sendiri, jika anda tidak berpuas hati dengan kehidupan sendiri, ianya sukar untuk anda menjadi gembira bersama-sama dengan anak-anak. Anda juga memerlukan masa dengan orang dewasa lain seperti sahabat, saudara-mara atau pasangan anda sendiri. Dan jika keperluan bagi meluangkan masa untuk diri sendiri memerlukan bantuan daripada pihak luar seperti mendapatkan bantuan professional atau meminta bantuan keluarga terdekat untuk meluangkan masa dengan anak-anak ada, tiada apa yang perlu dirisaukan tentang keperluan itu, hanya lakukannya.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.