Kepentingan Pendidikan Universiti

Posted on March 23, 2014 · Posted in Pengetahuan am

Di dalam keadaan masyarakat sekarang, ramai yang berpendapat memperolehi ijazah dari universiti adalah kepentingan yang di besar-besarkan. Tetapi ini adalah tidak benar. Malahan, seseorang yang memperolehi ijazah mempunyai pendapatan 2 kali ganda daripada seseorang tanpa sebarang sijil. Malangnya terdapat banyak khabar tentang kesukaran pelajar yang mempunyai ijazah untuk mendapat kerja yang menyebabkan ramai pelajar lepasan sekolah membuat keputusan untuk tidak meneruskan pengajian. Ramai orang gagal melihat ijazah sebagai satu pencapaian yang berguna tanpa mengira keadaan ekonomi kita. Tawaran untuk pelajar lepasan university pasti ada. Melalui artikel ini kita akan membincangkan faedah mempunyai ijazah di dalam dunia yang mencabar ini.

Jawatan kosong dan Mendapatkan Ijazah di Universiti

Beberapa tahun yang lepas, ramai yang mencari kerja dapat mencari kerja yang baik tanpa sebarang ijazah. Tetapi, sekarang, kebanyakkan kerja ini tidak wujud lagi kerana di gantikan dengan teknologi moden atau memerlukan ijazah.

Gaji dan kehidupan yang lebih baik

Statistik menunjukkan, lepasan ijazah memperolehi purata pendapatan RM36,000 setahun dan mereka juga mempunyai kehidupan yang lebih baik. Dengan pekerjaan yang baik mereka mempunyai banyak faedah melalui pekerjaan mereka seperti pelan kesihatan, pelan bersara dan berkemungkinan untuk naik pangkat dengan gaji yang lebih tinggi.

Persaingan di tempat kerja

Oleh kerana persaingan di dalam perniagaan semakin sengit, maka jawatan yang akan di isi pastinya oleh pekerja yang terbaik dengan kelulusan yang terbaik. Syarikat pastinya akan memperolehi keuntungan apabila mereka mempunyai pekerja yang berpendidikan tinggi dan boleh di latih dengan mudah. Oleh itu pastinya pekerja berkelulusan university lebih mudah di pilih berbanding lepasan sekolah.

Adakah kos mengambil ijazah berbaloi?

Selalu pelajar tidak menghabiskan pengajian kerana kos pengajian yang tinggi. Kos ini juga menjadi sebab untuk sesetangah keluarga menghantar anak mereka ke universiti di sebabkan keadaan ekonomi. Memang tidak syak lagi bahawa kos pengajian boleh menjadi amat mahal. Tapi realitinya, kamu akan menanggung akibatnya sepanjang hayat jika kamu tidak meneruskan pengajian.

Berita baiknya, ada banyak cara untuk kamu memperolehi duit bagi membayar yuran kamu seperti PTPTN, biasiswa dan bantuan pusat zakat. Kamu juga boleh menjimatkan duit dengan meneruskan pengajian di universiti awam berbanding swasta. Yang kamu perlukan hanyalah keazaman untuk berjaya dan mencari jalan keluar.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.