Kuku Cermin Diri Anda

Posted on November 21, 2015 · Posted in Pengetahuan am

Masihkah kita ingat semasa di bangku sekolah, guru akan memantau kebersihan anak muridnya dengan melihat kuku sama ada panjang atau pendek, bersih atau kotor.

Ini kerana kuku sering dinilai sebagai penanda aras utama dalam bab penjagaan kesihatan dan kebersihan. Kuku yang bersih mencerminkan kebersihan yang tinggi pada diri seseorang.

Ia berpandukan kepada penggunaan tangan untuk sebarang pekerjaan seperti makan, bermain, menulis dan sebagainya. Justeru, kuku menjadi penentu sama ada ia sesuai untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu.

Sebagai contoh, sebelum makan kita perlu memastikan tangan bersih dan jika kuku panjang, kotoran yang ada di celah kuku perlu dibersihkan.

Untuk mendapatkan kesihatan badan yang baik, kuku memainkan peranan penting kerana segala bakteria yang dipegang atau tidak sengaja ketika melakukan sebarang kerja akan masuk ke dalam badan menerusi tangan ke dalam mulut.

Ruangan Kesihatan minggu ini membincangkan cara yang sesuai untuk membersihkan tangan terutamanya kuku. – www.webmd.com

1) Kuku sentiasa bersih dan kering

– Kuku perlu dibersihkan dan dijaga agar sentiasa kering kerana tangan atau kuku yang basah mudah untuk menyimpan bakteria yang menyebabkan penyakit. Gunakan kain bersih atau kapas untuk membersihkan celah kuku jika terdapat kotoran. Gunakan sarung tangan untuk tujuan membasuh, berkebun atau kerja-kerja lain untuk memastikan kuku sentiasa bersih.

2) Gunakan pemotong kuku tajam

– Untuk memotong kuku yang panjang, penggunaan pemotong kuku yang tajam amat disarankan. Ia akan memberikan potongan yang kemas dan tidak meninggalkan kawasan yang boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan menyimpan kotoran. Pastikan di celah kuku bersih dan lebihan kuku dipotong kemas.

3) Gunakan pembersih dan pelembap tangan

– Apabila menggunakan pembersih dan pelembap tangan, gosok juga pada bahagian kuku dan kutikel bagi membersihkan kawasan yang tidak dapat dicapai oleh pemotong. Pelembap dan pembersih akan membantu menyerap di celah-celah kuku bagi memberikan kebersihan kuku yang menyeluruh.

4) Gunakan krim kuku

– Krim kuku boleh didapati di farmasi untuk menguatkan kuku dan menghindarkan kuku daripada terkena penyakit seperti kuku terbelah, rapuh dan juga kulat kuku. Penggunaan krim ini mampu memberikan kuku lebih sihat dan kuat. Terdapat krim kuku bervitamin untuk memberikan makanan kepada kuku anda.

5) Pantau kuku anda!

– Bagi sesetengah orang, kuku sering dilupakan, tetapi masalah yang dihadapi pada kuku sama ada kuku kaki atau kuku tangan akan membuatkan seseorang itu mengalami masalah kesihatan. Jika terdapat sebarang pendarahan atau keraguan, lebih baik berjumpa doktor untuk nasihat lanjut.

Sumber : Utusan MalaysiaMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.