Kemurungan atau “ depression” adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ini boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh keluarga. Kemurungan juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat. Ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simptom-simptomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Jom lihat 11 langkah untuk mengatasi kemurungan yang dialami.
- Belajar menjadi tenang dan bersabar
- Jangan terlalu meletakkan harapan/matlamat yang tinggi sehingga sukar dicapai
- Rancang tugas agar teratur dan anda boleh melakukannya satu persatu
- Jangan terlalu mengharapkan sesuatu
- Elakkan bersendirian…habiskan masa dengan orang yang tersayang atau dengan hobi yang anda gemari
- Libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfirkir secara positif
- Setiap keputusan yang berat harus dibincang dengan pihak kedua, dan melihatnya secara objektif. Ataupun mengambil keputusan setelah masalah kemurungan itu selesai.
- Tingkatkan keyakinan diri dengan menyertai kursus motivasi
- Berusaha dengan membantu diri anda sendiri dengan sebaik mungkin
- Jangan menyalahkan diri sendiri jika menemui kegagalan
- Jika anda mengenalpasti diri berada dalam kemurungan, jangan malu untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang pakar. Anda boleh berjumpa dengan kaunselor atau ahli psikologi bagi membantu anda.
Sebagai sampingan, anda juga boleh mengambil Memo Plus Gold dalam mengatasi kemurungan ini. Cergaskan minda dan berfikiran positiflah dengan Memo Plus Gold ya.