Maafkan Diri Kamu untuk Berjaya

Posted on March 25, 2014 · Posted in Pengetahuan am

Jika kamu di dalam perjalanan untuk perkembangan diri, kamu perlu belajar untuk memaafkan diri kamu untuk melihat perkembangan terbabit. Sebelum kamu mula mengatakan idea ini tidak berguna, mari saya berikan satu contoh.

Ingatkah kamu ketika kamu mula belajar menunggang basikal? Saya pasti kamu tidak terus duduk dan terus pandai mengayuhnya. Sebaliknya, kamu jatuh beberapa kali sebelum kamu belajar bagaimana untuk mengimbangi diri kamu dan mengayuh basikal itu pada masa yang sama. Apabila kamu berjaya untuk mengimbangi, kamu pastinya perlu memastikan kamu boleh mengarahkan basikal itu kea rah yang kamu mahu pula. Sebagai contoh berpusing di kawasan yang sempit tanpa melanggar sesuatu.

Sesetengah orang pasti tidak mengambil kira memaafkan sebagai proses yang perlu apabila belajar menunggang basikal tetapi ianya sesuatu yang patut di fikirkan. Apa akan berlaku jika pertama kali kamu jatuh dan kamu terus berputus asa kerana merasakan kamu tidak mempunyai keseimbangan badan? Mungkin kamu rasa ianya mengarut. Tetapi kamu tidak berputus asa dan ini bermakna kamu memaafkan diri kamu atas kesilapan kamu dan kembali berusaha sehingga berjaya.

Nampaknya kita lebih mudah memaafkan diri kita apabila gagal dalam percubaan untuk melakukan sesuatu. Mungkin kerana kita tahu pasti ada kesilapan untuk setiap percubaan. Jadi, kenapa kita tidak mahu memaafkan diri kita apabila kesilapan berlaku ketika kita mencipta kehidupan yang sempurna untuk diri kita?

Kebanyakkan dari kita menghukum diri sendiri lebih kuat dari sesetengah orang. Oleh itu bagaimana kita seharusnya belajar apabila tiada ruang bagi kita melakukan kesilapan? Jika kamu memaafkan diri kamu kerana tidak sempurna dari awal lagi atau memaafkan diri kamu atas kesilapan yang bakal berlaku pertama kali sesuatu dilakukan maka kamu boleh melangkah ke hadapan. Jika tidak, kamu akan membantutkan perkembangan diri kamu dan sentiasa tersekat di tempat kamu sekarang.

Semua orang melakukan kesilapan. Kita semua adalah manusia dan ia berlaku tanpa kita sedari. Dengan tidak membenarkan diri kamu melakukan sesuatu kerana takut membuatkan kamu ketinggalan. Kamu pastinya tidak mendapat kebaikkan, begitu juga orang lain. Oleh itu, jika kamu mahukan perkembangan belajarlah untuk memaafkan diri kamu dan terus berusaha sehingga berjaya.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.