Tahukah anda bahawa fungsi otak boleh diprogramkan supaya dapat bekerja secara optimum dan meningkatkan daya ingatan? Memo Plus Gold merupakan ekstrak unik dari Brahmi (Bacopa Monnieri), herba semula jadi turun temurun yang diciptakan oleh Allah untuk seluruh umat manusia. Institut Penyelidikan Dadah Pusat di India telah bekerja keras untuk mensintesis unsur-unsur yang baik untuk kesihatan yang terdapat dalam Brahmi dan menggabungkannya menjadi Memo Plus Gold.
Dalam dunia yang penuh persaingan kini, pencapaian akademik yang cemerlang amat diperlukan. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk membantu anak-anak supaya dapat belajar dengan lebih efisien dan berjaya bukan sahaja dalam bidag akademik, tetapi juga bidang kokurikulum yang lain. Adalah lebih mudah untuk mengenalpasti masalah pembelajaran anak anda semasa mereka masih kecil lagi. Kebanyakan kanak-kanak berkebolehan untuk mengumpul maklumat, menyimpan dan mengingat semula apabila diperlukan. Walaubagaimanapun, kanak-kanak cenderung untuk bertukar daripada satu aktiviti kepada aktiviti yang lain dalam masa yang tetap. Perkara ini terjadi disebablan fungsi sel otak yang lemah, bukannya kerana kanak-kanak itu mahu melakukan sedemikian.
Sekiranya anda dapat mengesan bahawa anak anda mempunyai kebolehan belajar yang lemah, cubalah selami masalahnya dan bantulah sedaya upaya supaya anak kita berjaya di dalam pelajaran dan juga dalam kehidupannya. Kelebihan Brahmi dalam membantu kanak-kanak untuk belajar dengan lebih baik sudah terbukti keberkesanannya sejak beribu-ribu tahun dahulu dan kini Memo Plus Gold datang dengan ekstrak unik daripada Brahmi (Bacopa Monnieri) yang mempunyai pelbagai manfaat.
Hanya dengan pengambilan dua kapsul setiap hari yakni satu kapsul selepas makan pada waktu pagi dan malam, anak anda pasti berpeluang untuk berubah daripada murid yang berpencapaian rendah kepada murid yang cemerlang. Memo Plus Gold dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Oleh itu, tidak mustahil untuk anda menyediakan suplemen ini untuk anak anda sepanjang tahun persekolahannya.
Sebaik sahaja anak anda mengambil Memo Plus Gold secara tetap, anda boleh melihat perubahannya sedikit demi sedikit terutama dalam pelajaran. Selain meningkatkan pencapaian akademik anak anda, Memo Plus Gold juga bertindak dengan berkesan dalam menangkis pelbagai penyakit yang sering menjejaskan kesihatan kanak-kanak. Sebagai contoh ialah selsema, batuk, asma dan beberapa lagi masalah saraf serta lain-lain.
Kesimpulannya, Memo Plus Gold merupakan pilihan yang tepat dalam memastikan pencapaian akademik anak anda meningkat sekaligus memperbaiki kesihatan mereka. Selain itu, anda juga tidak perlu risau kerana ramuan herba ini bebas daripada sebarang kesan sampingan yang boleh membahayakan kesihatan. Bahan-bahan yang terdapat dalam Memo Plus Gold juga bertindak untuk menurunkan suhu badan, anti oksida dan anti keradangan. Oleh itu, ianya juga sesuai untuk orang dewasa yang menghadapi masalah keguguran rambut, sakit sendi, selsema dan batuk yang kerap, asma dan epilepsi.