Menjaga Kesihatan Rambut

Posted on May 27, 2014 · Posted in Pengetahuan am

Rambut merupakan mahkota perempuan dan juga pelindung kepada kepala kita. Kesihatan rambut juga bermakna keyakinan kepada diri kita. Jom lihat apa yang kita boleh lakukan dalam melindungi rambut dan kesihatan kita dengan pemakanan yang betul.

Protein

Ikan, telur dan susu kerana ia merupakan nutrien yang penting untuk rambut.

Vitamin A

Sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A dan beta kerotena yang penting untuk mengekalkan kesihatan tisu kulit kepala.

Vitamin B

Rambut memerlukan vitamin B bagi meningkatkan metabolism sel kulit kepala dan pastikan anda mengambil lebih banyak susu, bijirin penuh dan sayuran hijau.

Vitamin C

Boleh didapati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang merupakan antioksidan semula jadi. Ia memastikan pembentukan kolagen.

Zink

Penting untuk rambut keran kekurangan zink boleh menyebabkan rambut kering dan kulit kepala berminyak. Ia boleh diperoleh daripada daging, makanan laut, telur dan susu.

Kuprum

Penting untuk mengekalkan warna dan struktur rambut. Berada dalam bijirin penuh, tiram, legume dan kekacang.

Zat besi

Aprikot, brokoli dan kacang merah panggang dapat menambah baik bekalan darah dan oksigen pada bahagian rambut.

Iodin

Makanan laut dan sayur-sayuran untuk membantu mengawal hormone tiroid.

Air putih

Minum banyak air bagi menjamin kelembapan rambut dan kulit kepala.

 

Sumber:  Akhbar Kosmo, 6 Mac 2012.

 Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.