Nilai Kegagalan

Posted on February 27, 2014 · Posted in Uncategorized

mountainclimberSMApakah  rahsia kejayaan ?

Keputusan yang betul.

Bagaimana kamu tahu, kamu melakukan keputusan yang betul?

Melalui pengalaman.

Bagaimana kamu mendapatkan pengalaman?

Apabila kamu  melakukan keputusan yang salah.

A.P.J. Abdul Kalam (former President of India)

Ada pepatah lama yang mengatakan “cabaran adalah satu peluang, bukannya ancaman”. Kita harus melihat kegagalan sebagai satu cara untuk kita mempelajari cara yang berbeza bagi menangani kegagalan terbabit.

Theodore Roosevelt berkata; “Seorang yang tidak pernah melakukan kesilapan adalah seorang yang tidak pernah melakukan apa-apa”, dan ia adalah benar kerana dengan melakukan kesilapanlah kita belajar cara untuk membetulkan keadaan. Manusia biasanya belajar dari kesilapan.

Kita takut untuk melakukan kesilapan atau kerja berisiko kerana selalu di ingatkan tentang akibat buruk dari kegagalan kita. Dan ini amat mengecewakan kerana dengan itu kita menghalang diri kita untuk maju ke hadapan akibat takut melakukan kesilapan. Melakukan kesilapan tidak sama dengan bertindak sebagai seorang yang kreatif, tetapi jika kamu sanggup mengambil risiko untuk melakukan kesilapan maka kamu boleh berubah menjadi lebih kreatif dari sebelumnya. Jika minda kamu sentiasa di buru ketakutan tentang risiko yang bakal kamu hadapi maka ia akan sentiasa kekal di tempat paling selamat. Dan kamu menggunakan penyelesaian yang sama setiap kali. Mungkin penyelesaian itu berupa pengelakkan ataupun menolak untuk melakukan sesuatu kerana takutkan risiko.

Tidak mengapa untuk gagal, malahan ianya sangat perlu di dalam kehidupan seorang manusia. Tetapi jika kamu mengelak untuk mengambil risiko atau untuk mencuba perkara baru, terutamanya akibat takut pandangan orang maka kamu akan di hantui rasa tidak puas lebih dari rasa gagal.Kegagalan adalah benda yang telah berlalu dan ianya tidak wujud di masa hadapan. Tetapi tertanya-tanya terhadap apa yang boleh kamu capai jika kamu mengambil risiko, kekecewaan itu akan menghantui kamu setiap hari. Jadi ambil risiko dan kembangkan diri kamu. Berhenti berfikir tentang risiko kegagalan dan ambil peluang itu untuk mendapatkan pengalaman baru.

credit picture to : Bruce WoodcockMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.