Saya Jester Daniel Jayes, berumur 18 tahun dan merupakan anak sulung daripada 3 orang adik-beradik. Sebagai seorang anak sulung sudah menjadi kemestian untuk saya menjadi contoh kepada adik-beradik saya terutamanya dalam aspek pendidikan. Namun seperti pepatah inggeris pernah berkata, “Life Is Not A Bed Of Roses”. Untuk menjadi contoh bukanlah perkara yang mudah bagi saya. Saya perlu menempuhi pelbagai kesukaran. Apa tidaknya, dengan tanggungjawab sebagai anak sulung kepada keluarga. Kesukaran yang paling utama pada diri saya adalah dari segi pendidikan. Saya lemah dalam aspek pembelajaran.
Di sekolah saya berada di aliran Sains. Seperti yang diketahui empat subjek utama aliran Sains adalah Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan. Kempat-empat subjek ini amat sukar bagi saya dan sentiasa memeningkan saya. Sama ada dengan mata yang terbuka mahupun mata yang tertutup, apa yang saya dapat lihat hanya nombor dan simbol sahaja. Ditambah pula dengan subjek umum iaitu Sejarah yang banyak memerlukan saya mengingati tarikh dan peristiwa. Dengan corak sistem pendidikan yang semakin maju, pembelajaran juga berlainan dengan masa yang lalu. Walaupun saya belajar bersungguh-sungguh dan bekerja keras, masih ada banyak yang saya tidak faham. Bagi saya, ini benar-benar merupakan suatu cabaran yang besar.
Subjek Matematik tambahan, ia menjadi subjek yang paling rumit kepada saya, kerana subjek ini memerlukan saya memahami teori dan konsepnya, jika tidak, saya tidak dapat menyelesaikan masalah sekiranya soalan berputar atau bertukar. Oleh itu tahap fokus dan pemahaman yang tinggi, sangat diperlukan dalam keseluruhan teori dan konsep, dengan itu barulah soalan mampu dijawap dengan lancar walaupun soalan itu berputar belit. Atas sebab perkara-perkara berikut, saya hilang fokus dan hilang minat terhadap subjek-subjek tersebut.
Pada suatu hari, semasa saya khusyuk membelek suratkhabar, saya telah terbaca disatu keratan tentang perkongsian kejayaan seorang pelajar setelah mengamalkan produk Memo Plus Gold. Hanya dengan harga mampu milik RM65.90 (SS) bagi 60 biji kapsul sekotak tidaklah merugikan saya untuk mencuba produk ini.
Saya mula mengamalkan Memo Plus Gold pada pertengahan bulan Mei 2013, iaitu lebih kurang 3 bulan sebelum saya menduduki peperiksaan percubaan SPM. Pada awalnya tiada sebarang perubahan yang signifikan dapat saya lihat pada diri saya, namun ia tidak melunturkan semangat saya untuk terus mengamalkannya. Setelah beberapa bulan pengambilan, saya dapat lihat perubahan pada diri saya sedikit demi sedikit. Jika dahulu saya berasa mengantuk dan tidak bermaya apabila sesi persekolahan bermula, kini saya mulai berasa cergas setiap hari. Walaupun keputusan peperiksaan percubaan SPM yang saya perolehi tidaklah seperti yang diharapkan, ia tidak melemahkan semangat saya untuk terus yakin dengan Memo Plus Gold. Ini kerana perubahan yang ketara dapat saya rasakan pada diri saya melalui peningkatan dalam memahami pembelajaran. Sebelum saya mengamalkan produk ini, ilmu-ilmu yang diajarkan oleh guru-guru amat sukar diingati dan difahami tetapi kini semakin mudah untuk difahami dan kebolehan penghafalan saya juga semakin meningkat. Saya terus nekad mengamalkan Memo Plus Gold sehingga peperiksaan SPM tiba.
Masih jelas dalam memori saya semasa saya menjawab soalan SPM 2013, pada waktu itu semua mata pelajaran yang telah saya pelajari menjadi mudah untuk diingati kembali, malah semasa menjawab kertas soalan saya berasa cergas dan tenang.
Tibanya hari yang amat bermakna, 20 Mac 2014 di mana semua calon SPM 2013 termasuk saya sendiri datang kembali melangkah masuk ke dalam sekolah. Slip keputusan peperiksaan SPM pun diambil. Disaat saya melihat keputusan yang saya perolehi, kegembiraan yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Keputusan yang tidak saya jangkakan. Saya memperoleh 8A 1B. Subjek Matematik Tambahan yang sebelum ini saya gagal pada peperiksaan percubaan, kini saya peroleh A! Biologi dan Kimia yang dulu D kini A! Fizik dan Sejarah yang dulu C kini A!
Saya berasa amat bersyukur kerana berkat doa, usaha dan dorongan daripada ibubapa serta dengan pengambilan Memo Plus Gold secara konsisten, saya telah memperoleh keputusan yang cemerlang bagi saya berbanding dengan peperiksaan percubaan SPM dan peperiksaan-peperiksaan sekolah yang sebelum ini. Saya dan kedua orang tua saya amat gembira dengan keputusan yang telah saya perolehi. Dengan 6 bulan pengambilannya, ia telah mengubah roda kehidupan saya, kini saya berasa lebih efisyen, kompeten dan yakin pada diri saya.
Sehingga sekarang saya serta adik-beradik saya masih meneruskan pengambilan Memo Plus Gold. Ia telah membantu hidup saya untuk merangkul keputusan cemerlang. Kini masa untuk anda melangkah ke hadapan. Biarkan perkongsian saya menjadi sahutan untuk anda bertindak.