Sama ada kita sedar atau tidak, pelbagai jenis herba purba dengan ciri-ciri keistimewaan semulajadi diciptakan Allah kepada manusia. Salah satu kelebihan utama penggunaan herba tradisional ini ialah tiada kesan sampingan jika hendak dibandingkan dengan ubat-ubatan moden pada masa kini. Memo Plus Gold, ekstrak unik dari Brahmi yang merupakan herba terkenal dalam membaikpulih memori telah menemui beberapa cara untuk memperbaiki fungsi metabolik tubuh manusia.
Bahan anti oksidan yang terdapat dalam Brahmi membantu menenangkan saraf dan mengurangkan tekanan. Tekanan dan kebimbangan merupakan antara punca utama yang mendorong kepada pelbagai jenis penyakit dalam zaman moden kini yang mana sekiranya tiada rawatan susulan diambil ianya boleh menyebabkan penyakit yang lebih serius dan menjejaskan kehidupan individu terbabit. Pengambilan Memo Plus Gold yakni ekstrak Brahmi secara tetap diyakini mampu mengatasi masalah ini dan mengawal prestasi anda supaya sentiasa baik dalam apa jua yang anda lakukan.
Pelbagai jenis toksia akan terkumpul dalam saluran darah sepanjang hayat kita. Sebahagian toksin ini akan dikeluarka melalui proses semulajadi melalui perkumuhan. Sebahagian lagi kekal dalam sistem metabolik dan berpotensi untuk mendorong kepada lebih banyak masalah di masa hadapan. Nikotin, kafein dan alcohol bukanlah satu-satunya sumber toksin dalam sistem badan anda. Tanpa anda sedar, toksin juga boleh memasuki sistem dan berada di dalam sauran darah anda. Brahmi juga membantu untuk menyahtoksikkan sistem sekaligus membuka jalan kepada peredaran darah yang lebih baik. Bahan dalam Brahmi ini juga sangat bermanfaat untuk individu yang sedang berjuang untuk keluar dari pelbagai jenis ketagihan. Selain itu, Brahmi juga berfungsi sebagai anti keradangan dan bagus untuk menurunkan suhu badan. Oleh yang demikian, Brahmi menjadi antara ubat yang efektif untuk melawan sakit asma, selsema, sakit sendi, radang, batuk kronik dan juga masalah yang berkaitan dengan hati dan banyak lagi.
Brahmi turut memberikan sumbangan yang besar untuk merawat beberapa penyakit lain termasuklah :
- SPI (sindrom gangguan usus) yang berpunca daripada tekanan
- Batuk kronik
- Insomnia
- Keguguran rambut
- Kemurungan
- Kerosakan saraf
- Sawan
- Ketagihan
- ADD
Walaupun Memo Plus Gold terkenal sebagai pembaik pulih memori terutamanya bagi meningkatkan pencapaian akademik kanak-kanak, ekstrak unik Brahmi yang terdapat dalam Memo Plus Gold ini juga bertindak sebagai perangsang am yang komprehensif bagi semua lapisan umur. Sekiranya anda sudah mencuba Memo Plus Gold untuk anak anda, mungkin sudah tiba masanya untuk anda sendiri merasai manfaatnya untuk diri anda sendiri.