Program Kembali Otak Kamu

Posted on March 29, 2014 · Posted in Uncategorized

Kamu mempunyai kuasa untuk melatih minda kamu untuk berfikir daripada membiarkan permikiran yang negatif menguasai diri kamu. Matlamat kamu adalah untuk menjadi seorang yang berdedikasi dan fokus supaya kamu boleh membuat keputusan sendiri berbanding membiarkan diri kamu di kuasai dunia di sekeliling kamu. Minda yang tidak di latih mempunyai emosi yang tidak stabil kerana permikiran yang terlampau di kuasai oleh perkara di sekitar kamu. Tumpukan perhatian kepada apa yang kamu mahu dengan perasaan gembira dan ingin tahu.

Ingat, seperti bumi, otak kamu tidak memilih apa yang boleh di tanam. Ia akan tumbuh dengan subur sebagai lalang ataupun bunga yang cantik. Oleh itu, pilihlah benih yang baik untuk di tanam di fikiran kamu supaya menjadi tabiat yang baik.

Ianya mudah sekali, hidup kamu adalah apa yang kamu percayai kerana minda separa sedar tidak mengetahui perbezaan antara realiti dan fantasi. Jika kamu menumpukan perhatian terhadap perkara yang kamu tidak mahu maka kamu mencipta permintaan untuk merasai pengalaman tersebut.

Jadi sentiasa berikan tumpuan kepada perkara yang kamu mahu. Sebagai contoh, ungkapkan kepada diri kamu kata-kata positif seperti “ berat badanku sangat sesuai dengan tubuh dan cara hidupku”. Jadi kamu sebenarnya memastikan tabiat kamu akan mengikuti program yang telah kamu berikan pada minda kamu.

Jika kamu memikirkan ianya takdir kamu untuk gemuk, miskin, pemalas dan sebagainya maka kamu sedang memprogramkan otak kamu untuk menjadi seperti yang kamu fikirkan. Walaupun ianya tidak benar tetapi dengan terlampau memikirkan, ianya akan menjadi perbuatan yang menjadikan ianya satu realiti.

Hati-hati dengan arahan yang kamu berikan kepada otak kamu. Perbualan dalaman bercampur dengan kepercayaan kamu akan mencipta satu perasaan. Perbualan yang negatif pastinya menghalang kamu dari mencapai kejayaan dan berusaha. Sentiasa berwaspada kerana kata-kata kamu boleh menjadi kenyataan. Jika kamu mempunyai tabiat seperti, “ Aku tidak dapat berhenti, kerana aku telah melakukan perkara ini sepanjang hidupku”, maka kamu memprogramkan diri kamu untuk menjadi lemah.

Elakkan perbualan dalaman yang negatif seperti “ aku tidak mampu melakukan , aku tidak faham atau aku nampak bodoh”. Ubah segala perbualan negatif ini menjadi perkara positif supaya ianya dapat mengubah tabiat kita. Ingat, tumpukan perhatian kepada apa yang kamu mahu. Pastikan ianya mudah dan memberi keyakinan kepada diri kamu.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.