Tambahkan Kecergasan, Tingkatkan Prestasi dan Kreativiti, Kunci Kejayaan Pelajar Universiti Malaya

Posted on October 1, 2012 · Posted in Memo Plus Gold, Testimoni

“Setiap manusia pasti mempunyai impian dan keinginan dalam hidupnya. Bagi kamu yang bercita-cita tinggi, sudah semestinya impianmu juga besar seperti mengimpikan untuk menjadi seorang jutawan, memiliki kereta mewah, rumah besar, menjawat jawatan yang tinggi, memiliki perniagaan sendiri dan sebagainya. Manakala bagi yang sukakan kesederhanaan, impian kamu tentunya akan lebih bersifat sederhana misalnya memadai hanya dengan ada kerja yang baik, memiliki kereta, mempunyai rumah yang selesa dan sebagainya. Tidak kira sama ada besar atau kecil impian seseorang itu, apa yang lebih penting ialah kamu ada sesuatu yang ingin dicapai dalam hidup. Harus diingat seseorang yang hidup tanpa impian diibaratkan seperti menjalani sebuah kehidupan yang kosong ataupun tidak bermakna.” – Petikan daripada buku Jadi ‘Cool’ + Positif : Psikologi Suka-suka ; Psikologi Diri : Mengejar Impian, terbitan Grup Buku Karangkraf (2011) pada perenggan pertama dan kedua mukasurat 181.

Nur Syazwana Johari Memo Plus Gold Testimoni

Nur Syazwana bersama lukisan hasil karyanya

Sebagai seorang pelajar, sudah tentunya saya mengimpikan masa depan yang cerah; mempunyai kerjaya sendiri dan dapat menyara kedua ibu bapa seperti mana mereka menyara saya sewaktu saya masih kecil lagi. Setiap ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk permata hati mereka. Mereka sanggup bersengkang mata siang dan malam menjaga anak-anak tanpa mengira penat dan lelah walaupun kedua ibu bapa kita adalah ibu bapa yang bekerjaya. Sudah seharusnya seorang anak memikul tanggungjawab untuk merealisasikan impian kedua ibu bapa yang ingin melihat kita berjaya.

Kisah saya bersama Memo Plus Gold bermula ketika saya berada di tingkatan enam atas pada tahun 2008. Ketika itu, saya banyak mengikuti kelas-kelas tambahan yang diadakan di sekolah, tambahan pula saya sibuk menyelesaikan projek akhir untuk subjek Pendidikan Visual. Disamping itu saya juga perlu  melaksanakan tugas-tugas sebagai pengawas perpustakaan. Saya dan rakan-rakan pelajar yang lain sering kali pulang lewat ke rumah. Pada hari Sabtu dan Ahad pula, kami perlu mengikuti kelas tambahan dan menyiapkan projek akhir di sekolah. Setiap malam saya akan tidur lewat dan pada keesokan paginya akan bangun awal. Begitulah rutin harian saya sejak berada di tingkatan enam atas. Adakalanya saya tertidur di dalam kelas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kadangkala, saya berasa sangat letih untuk melakukan aktiviti-aktiviti di sekolah terutamanya pada hari ko-kurikulum. Tumpuan saya pada mata pelajaran yang diajar juga sering terganggu kerana saya tidak dapat fokus akibat keletihan dan mengantuk.

Pada suatu hari, saya dan ibu disarankan oleh ibu saudara saya untuk mengamalkan Memo Plus Gold.  Pada awalnya, kami seolah-olah tidak yakin kerana kami tidak mengetahui secara terperinci tentang kelebihan Memo Plus Gold ini. Tetapi, setelah diberikan penerangan yang jelas oleh ibu saudara saya, barulah kami mengambil keputusan untuk mencubanya. Pada awal pemakanan, saya tidak merasakan akan perubahan yang berlaku dalam diri sehinggalah rakan sekelas saya menegur bahawa saya tidak lagi tidur di dalam kelas tidak kira sama ada sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran walaupun pelbagai aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut. Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti, saya tetap masih bertenaga dan nampak segar.  Tumpuan saya di dalam kelas semakin baik. Selepas ujian bulanan kedua, saya telah dipilih sebagai mentor kepada para pelajar lain untuk mata pelajaran Pengajian Am bagi kelas kami memandangkan prestasi saya yang meningkat bagi mata pelajran tersebut.

‛ Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang ’ yang bermaksud sesuatu perkara yang kita inginkan tidak akan datang tanpa usaha yang gigih. Itulah yang saya lakukan. Saya teruskan usaha dengan gigih untuk belajar dengan bersungguh-sungguh disamping mengamalkan Memo Plus Gold untuk meningkatkan daya tumpuan, kecergasan dan tahap daya ingatan saya. Akhirnya, apabila keputusan STPM dikeluarkan saya telah mendapat keputusan yang baik sehingga saya dapat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di Universiti Malaya.

Saya telah melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Tari). Saya masih mengamalkan  Memo Plus Gold hingga kini. Hasil daripada itu, saya dapati bahawa saya mudah untuk menerima pengajaran di dalam kelas terutamanya sewaktu kelas praktikal. Walaupun gerak tari yang dilakukan agak sukar, saya tetap boleh menerimanya dan melakukannya. Saya juga dapat mengingati pelbagai jenis tarian yang diajar. Alhamdulillah, dengan bantuan Memo Plus Gold dan berkat usaha saya serta doa dan restu daripada ibu bapa, saya mendapat keputusan yang baik pada setiap semester. Saya juga kerap menggungguli tempat teratas dalam pertandingan seni persembahan tari yang diadakan di Universiti Malaya. Saya juga mewakili kumpulan persembahan Universiti Malaya ke acara-acara formal di seluruh negara.

Mudah-mudahan, dengan mengamalkan Memo Plus Gold, saya dapat mengekalkan tahap kesihatan dan meningkatkan prestasi saya dengan lebih baik sampai bila-bila. Bak kata pepatah, `Nak seribu daya tak nak seribu dalih’ kerana  setiap perkara yang kita lakukan perlulah dilakukan dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang alasan jika kita memang mahukannya. Terima kasih saya ucapkan kepada syarikat Oze Marketing Sdn Bhd yang memasarkan Memo Plus Gold di Malaysia.

Pembelian Memo Plus Gold atas Talian Internet, Klik Dan Pesan Sekarang!

Sila Pilih Destinasi Penghantaran, Semananjung Atau Timur Malaysia dibawah.


Pilih Semananjung Atau Timur Malaysia:
NO. Telepon Anda




Penggunaan efektif

Dos: Bagi dewasa, satu kapsul dua kali sehari selepas makan dan bagi kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) satu kapsul sehari selepas sarapan. Pengguna disarankan supaya terus mengambil MEMO PLUS GOLD sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mendapatkan kesan yang ketara, selepas tempoh itu pengguna boleh mengambil satu kapsul sehari jika mahu.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.