Teknik Meningkatkan Daya Ingatan Anda

Posted on May 13, 2013 · Posted in Pengetahuan am
Teknik Meningkatkan Daya Ingatan Anda

Teknik Meningkatkan Daya Ingatan Anda

Teknik meningkatkan daya ingatan merupakan kaedah untuk memperbaiki dan meningkatkan daya ingatan setiap individu. Kita memerlukan ingatan yang tajam supaya dapat mengingat segala maklumat penting yang dipelajari atau diperolehi pada setiap hari. Tubuh badan manusia tidaklah sebegitu rumit sepertimana yang selalu kita fikirkan. Ia hanya memerlukan pemakanan yang sihat serta senaman yang cukup termasuk otak supaya dapat berfungsi dengan baik. Berdasarkan teknik, salah satu untuk mengasah daya ingatan ialah sentiasa tenang, yakin dan bebas daripada tekanan hidup. Apabila seseorang sering tertekan, mereka akan membebankan minda dengan memikir terlalu banyak. Semakin kerap kita berfikir dalam keadaan tertekan, semakin tinggi kebarangkalian melupakan pelbagai perkara dalam memori. Namun begitu, kehidupan kita akan sentiasa dikelilingi dengan masalah jadi tekanan dalam hidup juga merupakan salah satu rutin hidup.

Tidur Yang Mencukupi:

Rehat dan tidur yang mencukupi juga merupakan salah satu teknik yang sering diamalkan oleh setiap orang. Dewasa ini, kita lebih sibuk untuk mengejar wang, pekerjaan sehingga terlupa otak dan keseluruhan tubuhn memerlukan rehat. Sekarang anda perlu tahu bahawa tubuh badan manusia dewasa memerlukan 6-8 jam masa tidur. Apabila otak telah kepenatan dan tidak direhatkan, ia cenderung untuk melupakan pelbagai perkara. Tidur sekejap di siang hari juga perlu supaya otak mendapat kembali tenaga untuk mengolah semula maklumat yang diterima.

Pemakanan Yang Sihat:

Terdapat pelbagai jenis makanan yang dikhususkan untuk meningkatkan daya ingatan. Pemakanan daripada diet yang seimbang merupakan contoh makanan yang terbaik. Antara makanan yang baik untuk otak termasuklah beri biru, kentang, epal, avocado, ikan dan minyak ikan, bayam dan makanan tambahan Omega-3 kerana ia mengandungi vitamin B12, antocyanin, nasunin dan antioksidan yang dapat membersihkan badan daripada toksik dan mikro organism. Bahan-bahan yang terdapat dalam makanan ini baik untuk mengekalkan kesihatan pada otak.

Senaman Minda:

Seperti mana tubuh badan yang penat dan memerlukan rehat, otak juga akan berkarat dan memerlukan latihan. Bagi mengekalkan keaktifan otak dan tidak mudah terlupa, otak mesti sentiasa berfikir. Anda boleh mencuba dan mengambil bahagian dalam permainan seperti ‘puzzles’, uji minda dan teka teki. Ini akan membantu otak untuk kekal cergas dan mengekalkan apa yang dialami. Apabila melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini, minda kita akan sentiasa aktif berfikir.

Bayangan:

Kaedah ini sering diaplikasikan dalam sesi yoga dimana individu diminta untuk membayangkan sesuatu. Sebagai contoh, apabila kita telah berada dalam postur menegak dan tangan didepakan serta bermeditasikan tentang sesuatu. Seseorang perlu membayangkan melakukan sesuatu dengan memejamkan mata sambil mengawal pernafasan dan merasakan melakukan perkara tersebut secara meditasi. Bayangan membantu individu untuk menyimpan dan mengingat sesuatu. Apabila minda telah ditajamkan, maka akan lebih mudah untuk mengingati sesuatu pada masa hadapan.

Pengulangan:

Mengulang sesuatu berulang-ulang kali akan mengelakkan seseorang daripada terlupa dan meningkatkan kemampuan otak. Perkara yang diulang berulang-ulang kali akan mengukuhkan ingatan seseorang. Pengulangan adalah lebih memudahkan kepada otak untuk memahami dan tidak melupakannya.
Melakukan aktiviti yang pelbagai juga antara teknik lain yang menajamkan daya ingatan. Jika anda seringkali melakukan aktiviti yang sama pada setiap minggu, cuba pelbagaikannya dengan mencuba aktiviti baru bagi menggalakan otak untuk berfikir pelbagai perspektif. Otak perlu didedahkan dengan persekitaran dan dunia yang berbeza supaya dapat meningkatkan simpanan memorinya. Aplikasikan teknik meningkatkan daya ingatan untuk menajamkan minda anda.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.