Tips Mendidik Anak Anda Mengenai Latihan Ke Tandas

Posted on February 26, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Satu isu yang sering menjadi bualan ibu bapa apabila membesarkan anak-anak ialah mengenai latihan ke tandas. Pastinya anda akan mendengar pelbagai rencah nasihat tentang bagaimana dan bila boleh dimulakan, tetapi sebenarnya latihan ke tandas bergantung kepada anak-anak itu sendiri. Terdapat beberapa tips mendidik mengenai latihan ke tandas yang perlu diketahui oleh para ibu bapa sebelum melatih mereka.

Perkara yang paling diutamakan dalam topik ini ialah anda tidak dapat melatih anak-anak untuk menggunakan tandas jika mereka masih belum bersedia. Tiada had umur tertentu bila kanak-kanak mencapai tahap kematangan fizikal untuk memulakan latihan ke tandas. Terdapat beberapa petunjuk apabila kanak-kanak sudah bersedia untuk memulakannya, antaranya:

  • Mereka tidur sepanjang malam tanpa membasahkan lampin.
  • Aktiviti pembuangan mereka berlaku pada jangka masa yang tetap setiap hari.
  • Mereka mula menunjukkan minat terhadap apa yang boleh berlaku di dalam tandas.

Perkembangan sistem perkumuhan kanak-kanak lelaki lebih lambat berkembang berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Ini merupakan kitaran biologi bagi diri mereka dan kebanyakan kanak-kanak lelaki tidak dapat dilatih sehingga mereka berumur dua tahun ke atas.

Tips Mendidik Anak Anda Mengenai Latihan Ke Tandas

Salah satu tips mendidik dalam peringkat ini ialah ibu bapa perlu sentiasa konsisten melatih mereka. Bawa anak-anak bersama setiap kali ingin menggunakan kemudahan di dalam tandas. Letakkan mereka di tandas duduk kecil yang dikhaskan untuk kanak-kanak manakala anda menggunakan yang sedia ada. Cuba bernyanyi dan bercakap-cakap bersama supaya mereka merasa tertarik bersama anda. Ini merupakan langkah pertama untuk membina pengetahuan mengenai latihan ke tandas kepada mereka.

Antara tips mendidik lain mengenai latihan ke tandas ialah anda tidak perlu merotan mereka apabila tidak ke tandas. Berikan penghargaan seperti menyanyi dan menari apabila mereka berjaya dan cuba tenangkan mereka apabila tidak sempat ke tandas. Ingatkan kepada anak-anak bahawa mereka perlu ke tandas dan jangan sesekali memperkecilkan atau memarahi mereka. Pakar dalam mendidik kanak-kanak berpendapat peneguhan positif mampu membuahkan kejayaan dengan lebih cepat berbanding memukul atau mendenda mereka.

Terdapat sesetengah tandas duduk kanak-kanak yang menghasilkan bunyi apabila sisa kumuhan melalui mangkuk tandas tersebut. Alat ini dapat menggalakkan serta membantu para ibu bapa untuk melatih anak-anak menggunakan tandas. Ada sesetengah ibu bapa yang meletakkan sebalang gula-gula seperti M&M’s sebagai ganjaran apabila setiap kali anak mereka menggunakan tandas. Kaedah ini juga dapat menggalakkan anak-anak menggunakan tandas berbanding membuang di seluar mereka sendiri.

Berikut merupakan beberapa tips mendidik anak-anak mengenai latihan ke tandas yang dicadangkan oleh pakar:

  • Bersabar dan berikan mereka masa untuk belajar kemahiran baru.
  • Jangan mudah putus asa.
  • Jangan cuba ubah daripada seluar dalam kepada lampin bayi. Jika anda sudah mengenakan seluar dalam pada mereka, kekalkan sehingga anak-anak terbiasa ke tandas.
  • Melatih anak-anak pada musim bunga dan panas lebih mudah kerana pada waktu ini mereka kurang menggunakan pakaian dan kebarangkalian untuk pakaian kotor akibat ‘kebocoran’ adalah sedikit.
  • Mengambil makanan pada masa yang tetap akan membantu anda untuk menanggarkan waktu pencernaan dan perkumuhan mereka. Cara ini dapat membolehkan anda merancang waktu yang sesuai untuk membawa mereka ke tandas bagi mengelakkan ‘kebocoran’.
  • Jangan sesekali membandingkan tahap kemampuan kanak-kanak untuk latihan ini kerana setiap orang akan belajar perkara yang berbeza pada kadar umur yang berlainan dalam hidup mereka.
  • Perhatikan tindak-tanduk mereka seperti berdiam diri, bersembunyi ataupun memegang celah kelangkang dan bawa mereka ke tandas apabila berkelakuan sedemikian.
  • Sentiasa bersama anak-anak apabila mereka berada di dalam tandas bagi menggalakan dan memastikan keselamatan mereka. Kadang-kadang, kanak-kanak mengambil masa beberapa minit sebelum memulakan aktiviti pembuangan. Jadi lakukan sesuatu yang dapat membuatkan mereka duduk lebih lama di tandas tersebut.

Sumber: Tips-tips mendidik mengenai latihan ke tandas merupakan tajuk yang paling digemari untuk dikongsi. Walaubagaimanapun, tips-tips ini jarang memberitahu anda bahawa setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mereka memerlukan kesediaan untuk memulakan latihan ke tandas.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.