Kita perlu menggunakan bantuan yang ada apabila membesarkan anak-anak remaja kerana mereka akan mengalami perubahan yang ketara apabila melangkah peringkat remaja sebelum memasuki alam dewasa. Tips mendidik bagi anak-anak remaja berbeza untuk setiap individu walaupun berada dalam keluarga yang sama. Pada lingkungan umur ini, anak-anak lebih kerap menguji kesabaran ibu bapa mereka berbanding dengan apa yang dilakukan semasa masih kecil. Sepatutnya ia bukanlah kejutan buat kita semua kerana perkara ini sudahpun dilalui bersama-sama dengan ibu bapa kita dahulu. Namun apabila ianya berlaku, kita tergopoh-gapah mencari panduan mengenai tips-tips mendidik supaya mendapat gambaran bagi mengatasinya.
Terdapat pelbagai info penting berkaitan tips-tips mendidik dalam buku-buku betujuan untuk membantu ibu bapa yang menghadapi masalah dengan ahli keluarga yang lebih muda. Namun bukan semua yang terdapat di dalam buku akan membantu setiap situasi dan masalah yang dihadapi kerana tidak ada dua individu dan keluarga yang mempunyai situasi sama keseluruhannya. Jika anda memerlukan bantuan ataupun tips-tips mendidik, cuba dapatkannya daripada mereka yang berpengalaman seperti pengarang buku, rakan yang boleh dipercayai dan ahli keluarga.
Tips mendidik anak-anak remaja adalah berbeza dengan kaedah yang anda gunakan semasa mereka kanak-kanak kerana anda berhadapan dengan individu yang lebih bijak dan sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu apabila makin dewasa. Anak-anak pada peringkat ini mahu dilayan sama rata oleh ibu bapa kerana sering menganggap perkara kecil yang dilakukan mereka perlu diberikan penghormatan. Penting untuk mengajar anak-anak menghormati mereka yang lebih tua, rakan-rakan dan orang yang lebih muda sebelum mereka remaja lagi supaya apabila dewasa mereka sudah dapat mempraktikannya. Kunci utama yang disarankan dalam kebanyakan tips mendidik untuk membesarkan anak-anak ialah kehormatan, kepercayaan, kejujuran dan berkomunikasi secara terbuka.
Tips mendidik anak-anak remaja juga mementingkan teknik berkomunikasi yang berkesan. Remaja perlu dilayan seperti orang dewasa dan ia merupakan suatu proses yang tidak dapat dielakkan. Mereka perlu menyiapkan diri mereka untuk cabaran masa depan, jika telah memulakannya daripada awal ibu bapa tidak akan bersusah payah dan sakit kepala dengan masalah mereka kelak. Bagi ibu bapa yang tidak pasti bagaimana untuk mendekati topik perbincangan bersama anak-anak, mulakan dengan soalan bersifat jujur dan terbuka kepada mereka. Pendekatan yang bersifat mengugut akan menakutkan anak-anak dan menggagalkan proses komunikasi anda. Ibu bapa perlu bersikap lebih terbuka dengan anak-anak semasa membincangkan sesuatu masalah yang timbul supaya ia dapat diselesaikan sebelum menjadi lebih teruk.
Tips mendidik lain ialah mewujudkan peraturan bagi setiap ahli rumah untuk dipatuhi dan denda akan dikenakan kepada sesiapa yang melanggarinya. Anak-anak yang dikenakan peraturan terhadap mereka akan sentiasa berhati-hati kerana tahu jika peraturan tersebut diingkari, mereka akan berhadapan dengan hukuman. Keadaan ini akan mengurangkan kemungkinan untuk anak-anak mencabar kuasa ibu bapa. Walaubagaimanapun, garis panduan yang ditetapkan mestilah berdasarkan pengalaman, pendapat ibu bapa daripada generasi sebelumnya dan model tingkah laku sosial yang boleh diterima pada zaman ini.
Perlu diingatkan bahawa terdapat banyak pendapat dalam tips-tips mendidik para remaja, sesetengah daripadanya berjaya diimplementasikan dan berjaya mengekalkan hubungan sihat dengan anak-anak. Namun, terdapat beberapa tips mendidik yang tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam situasi keluarga anda dan boleh diabaikan terus tanpa mendatangkan kesan buruk. Ibu bapa perlu bertindak bijak untuk memilih kaedah yang sesuai bagi diamalkan untuk keluarga mereka. Setiap keluarga perlu menentukan sendiri kaedah mana yang lebih berhasil dan membuahkan hasil yang memuaskan.
Sumber: Jika anda menghadapi masalah terhadap sesuatu isu atau masalah melibatkan anak-anak remaja, cuba dapatkan buku-buku mengenai tips-tips mendidik yang berkesan. Buku ini akan menjelaskan tips-tips mendidik yang telah digunakan oleh para ibu bapa yang dikumpulkan sejak beberapa generasi sebelumnya.