Obesiti Dalam Kalangan Kanak-kanak

Posted on October 26, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Obesiti Dalam Kalangan Kanak-kanak

Zaman anak-kanak bagi zaman generasi dahulu yang mana kini sudah berusia hampir setengah abad adalah sangat aktif kerana pada waktu dahulu tidak ada komputer mahupun televisyen selain tidak banyak kerja sekolah yang memerlukan mereka duduk di kerusi dan meja buat berjam-jam lamanya. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada masa kini menjadi mangsa komputer apabila menghabiskan berjam-jam masa di hadapan komputer selain sering kali menonton televisyen dan ketagih bermain permainan video. Kanak-kanak turut dibebani kerja sekolah dan kesemua ini sekaligus membuatkan mereka terikat untuk sentiasa berada dalam rumah dan menjadi obes.

Sesetengah kanak-kanak mungkin menyatakan bahawa gen adalah penyebab mereka menghidap obesiti, namun secara amnya terdapat dua sebab utama yang menyebabkan kanak-kanak menjadi obesiti – makan secara berlebihan dan kurang bersenam. Apabila kanak-kanak dipujuk untuk makan banyak kerana makanan yang baik membantu membina otot dan tulang, mereka sepatutnya menambah berat badan seiring dengan pertumbuhan umur mereka. Walaubagaimanapun, jika mereka makan melebihi had dan mengumpul lebih banyak kalori daripada yang yang sepatutnya, hal ini terang-terangan membawa kepada masalah kelebihan berat badan. Selain daripada sebab ini, terdapat beberapa sebab lain yang lazimnya membawa kepada masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak seperti:

Pemakanan yang tidak sihat

Pengambilan makanan yang tinggi dalam kalori, makanan segera, makanan yang dibakar, kerepek, minuman bergula, gula-gula dan makanan ringan daripada mesin layan diri merupakan antara penyebab obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Salah satu sebab yang dipercayai merupakan antara pemakanan yang tidak sihat adalah pengambilan snek atau makanan ringan antara waktu makan utama. Kadang kala pengambilan makanan ini menyumbang kira-kira 27% daripada pengambilan makanan harian kanak-kanak.

Genetik

Sekiranya kanak-kanak mempunyai ibu bapa yang mengalami masalah obesiti, kemungkinan besar dia juga akan mengalami obesiti. Obesiti kanak-kanak ini semakin menjadi-jadi apabila dia membesar dengan makanan yang berkalori tinggi dan tidak digalakkan untuk menjalani kehidupan yang aktif.

Masalah perubatan

Kadang kala masalah hormon dan penyakit genetik menyebabkan kanak-kanak menjadi obes. “Hypothyroidism” dan “Cushing’s syndrome” merupakan dua masalah kesihatan yang menyebabkan kanak-kanak menjadi gemuk.

Tidak aktif secara fizikal

Obesiti dalam kalangan kanak-kanak juga berlaku apabila kanak-kanak tidak keluar bemain di padang sebaliknya hanya duduk di hadapan komputer, menonton televisyen dan bermain permainan video yang mana hanya menyebabkan minda mereka aktif, tetapi tidak badan mereka. Oleh itu, mereka hanya membakar sedikit kalori dan seterusnya menambah berat badan.

Tidur tidak mencukupi

Menurut kajian, kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang secukupnya akan mengalami obesiti.

Kurang disiplin dalam pemakanan

Sekiranya kanak-kanak sudah terbiasa mengamalkan pengambilan makanan yang sudah diproses atau segera seperti keperek, piza, burger atau gula-gula, mereka pasti akan memilih untuk makan makanan sedemikian berbanding makanan yang sihat. Jadi, semua ini bergantung kepada apa yang ibu bapa sediakan untuk anak-anak terutamanya stok makanan yang terdapat dalam peti sejuk.

Keupayaan mekanisme

Apabila kanak-kanak menghadapi masalah yang sukar untuk mereka selesaikan, mereka akan beralih kepada makanan bagi mengurangkan tekanan dan akhirnya akan menyebabkan obesiti apabila mereka tidak boleh membakar lemak yang terkumpul.

Faktor sosio ekonomi

Ibu bapa yang mempunyai latar belakang miskin dan tidak berkemampuan juga berkemungkinan besar mempunyai anak obesiti disebabkan kekurangan sumber kewangan untuk membeli makanan yang sihat. Oleh itu, mereka terpaksa memberikan makanan yang sudah siap diproses dan makanan yang sedia untuk di makan kepada anak-anak. Kepentingan bersenam juga tidak diterapkan dalam diri anak mereka. Keadaan ini kebiasaannya menyebabkan kanak-kanak mengalami obesiti.

Mencegah obesiti kanak-kanak

Kesedaran daripada ibu bapa dan bantuan doktor boleh mencegah berlakunya obesiti dalam kalangan kanak-kanak melalui cara-cara berikut :

Penuhkan peti sejuk dengan makanan yang sihat : Ibu bapa sedar bahawa anak mereka kerap berasa lapar. Selain daripada menyediakan burger, ibu bapa digalakkan untuk menyediakan makanan yang lebih sedap dan berkhasiat seperti sayur-sayuran bagi menghilangkan rasa lapar tersebut. Buah-buahan seperti beri, epal dan ceri, yogurt rendah lemak dan nanchos bersama sos salsa pasti akan membantu mereka berasa kenyang dan memberi mereka hidangan ringkas yang menyihatkan.

Desak mereka untuk bermain permainan : Arahkan anak anda untuk keluar rumah dan pergi ke pusat sukan untuk bermain apa-apa permainan berpasukan atau mereka boleh berbasikal atau berenang. Kemudian, anda boleh memberi ganjaran dengan memberikan peruntukan masa yang lebih kepada mereka untuk menonton televisyen.

Jangan biarkan mereka meninggalkan sarapan pagi : Apabila kanak-kanak tidak mengambil sarapan pagi, mereka tidak boleh menunjukkan prestasi yang baik di sekolah. Selain itu, ini merupakan penyebab utama kanak-kanak mengalami masalah berat badan berlebihan.

Jangan hidangkan minuman manis kepada anak anda : Si kecil anda sepatutnya meminum susu rendah lemak dan kira-kira 4 oz jus segar setiap hari.

Menyusukan bayi anda : Sekiranya anda obes, pastikan anda menyusukan bayi anda lebih daripada tiga bulan pertama. Melalui penyusuan badan, anda dapat mengurangkan risiko anak anda mengalami obesiti. Doktor berpendapat bahawa lebih lama bayi menyusu badan adalah lebih bagus. Malah, anda boleh menyusukan anda anda sehingga dia berusia dua tahun. Dengan cara ini dan melambatkan pengambilan makanan pepejal, andan telah mengurangkan risiko obesiti pada anak anda.

Dengan menggunakan tips-tips yang telah diberikan, anda pasti dapat membina sebuah keluarga yang bahagia dan sihat serta jauh daripada obesiti. Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.