Maklumat Penuh Memo Plus Gold.

Memo Plus Gold HALAL – Klik sini untuk info penuh
Otak adalah organ yang paling kompleks dalam tubuh manusia. Sungguhpun penyelidikan bertahun-tahun sudah dilakukan terhadap proses biologi yang tersembunyi di sebalik tindakan spesifik otak, ia masih menjadi misteri dan mencabar akal manusia.

Di samping mengawal dan menyelaraskan proses penting kehidupan, otak mengatur operasi tahap tinggi seperti daya ingatan dan kognisi (pengetahuan), fungsian yang membolehkan kita berfikir, membuat kesimpulan serta bertindak.

Bagaimanapun, keupayaan mental ini (berfikir, membuat kesimpulan serta bertindak dsbnya..) semakin berkurangan dengan ketara seiringan dengan peningkatan usia dan faktor seperti tekanan perasaan boleh mempercepatkan kesan-kesan ini pada peringkat usia lebih muda. Sampai suatu tahap, kesan-kesan itu akan semakin teruk sehingga. seseorang yang masih berkeadaan kesihatan fizikal yang baik tidak dapat melakukan tugas harian yang mudah-mudah sekalipun.

Herba untuk Ingatan

Brahmi atau Bacopa monniera dalam bahasa Latin, ialah sejenis tumbuhan menjalar yang ditemui di sepanjang pinggir batas dan kolam di serata India. Herba Brahmi ini digunakan selama lebih 3000 tahun di India sebagai ubat tradisional untuk mempertingkatkan daya ingatan dan pembelajaran dalam sistem perubatan Ayurvedik India.

Seawal 800 S.M., sebuah kitab purba India, Athar Ved Samhita menyanjung nilai Brahmi dalam membantu penghafazan gita puja vedik oleh para cendekiawan. Semenjak abad kelima hingga abad kedua belas, herba perangsang daya ingatan itu digunakan oleh para cendekiawan Buddha di Universiti Nalanda, universiti antarabangsa pertama dunia dengan lebih 10,000 orang penuntut setahun.

Penyelidikan terhadap Bacopa monniera yang digunakan dalam MEMO PLUS GOLD dan penemuan pati terpiawai di CDRI

Pada tahun 1951, Institut Penyelidikan Dadah Pusat (Central Drug Research Institure – CDRI) yang kini beroperasi di Lucknow, India; telah dirasmikan oleh Pandit Jawaharal Nehru, Perdana Menteri ketika itu, menggalakkan makmal ulung ini untuk menyelidik khazanah mewah herba dan teks Ayurvedik purba India mengenai herba demi membangunkan ubat-ubatan moden dan efektif. Menjelang 1963, para ahli sains di CDRI mendapati bahawa aktiviti Brahmi berpunca daripada molekul (bahan aktif), Bakosida A & B, yang didapati mempunyai khasiat mempertingkatkan daya ingatan.

Dari tahun 1986 hingga 1996, para saintis di CDRI berkongsi penemuan Bakosida A & B bersama komuniti antarabangsa di Persidangan Penyelidikan Otak secara Saintifik Antarabangsa yang diadakan di pelbagai negara di serata dunia. Selepas ujian dan kajian klinikal bertahun-tahun, penyelidik di CDRI akhirnya berjaya menghasilkan pati terpiawai Brahmi pada tahun 1995. Sediaan ini mengandungi kepekatan optimum Bakosida A & B dan ia digunakan sebagai ubat Ayurveda yang mempertingkatkan daya ingatan.

Cara MEMO PLUS GOLD Berfungsi

Penyelidikan di CDRI menunjukkan bahawa pati Brahmi meremajakan kembali dan mencergaskan semula sel-sel otak yang rosak atau lemah, terutamanya di dalam pusat otak yang dikenali sebagai hipokampus yang terlibat dengan daya ingatan dan pembelajaran. Ia memudahkan pemerolehan, penggabungan, dan pengekalan memori serta daya ingatan terhadap tugas yang telah dipelajari. Hipokampus ialah bahagian otak yang terletak betul-betul di atas telinga dan di bahagian itulah otak terhubung dengan pembentukan daya ingatan.

Pengambilan tetap kuantiti optimum Bakosida A & B, bahan aktif dalam MEMO PLUS GOLD juga meningkatkan ingatan jangka pendek dan panjang dengan menambah aktiviti kinase protein dan sintesis protein baru khususnya dalam sel otak yang terhubung dengan daya ingatan di bahagian hipokampus. Menerusi mekanisme tersebutlah Brahmi mempertingkatkan keberkesanan transmisi impuls saraf dan merangsang aktiviti neural (yang berkaitan dengan saraf). Ia boleh memberi manfaat dalam melawan tekanan, mempertingkatkan refleks dan menambah kapasiti mental.

Brahmi tidak patut dikelirukan dengan Gotu Kola (Centelle asiatica), yang kurang molekul bakosidanya. Herba serupa yakni Gingko Biloba lazim digunakan untuk memperbaiki fungsi otak dan daya ingatan dengan merangsang peredaran, tetapi herba ini juga kurang kandungan bakosidanya.

Dr Robert Furchgott dan ekstrak Bakosida A & B

Dr Robert Furchgott, seorang ahli farmakologi tersohor New York yang berkongsi hadiah Nobel 1998 dalam perubatan fisiologi atas penemuan bahawa Nitrik oksida ialah molekul pemberi isyarat dalam sistem kardiovaskular, menjalankan ujian terhadap ekstrak Brahmi dan beliau mendapati bahawa, sebatian ini nampaknya membebaskan nitrik oksida dan menyebabkan 75 % pengenduran dalam gegelung aorta (arteri utama bagi jantung). Nitrik oksida ialah vasodilator yakni agen yang menyebabkan pelebaran lumen (ruang di dalam urat darah).

Kajian terhadap nitrik oksida menyarankan bahawa oksida ini mengawal rangkaian fungsi badan yang pada lahirnya nampak tidak terbatas, termasuklah peredaran darah & pengaturan aktiviti otak serta sebagai neurotransmiter. Kehadiran nitrik oksida dalam otak boleh membantu mencegah strok dan gangguan kognitif lain. Apabila MEMO PLUS GOLD diambil, ia mengeluarkan sedikit amaun kira-kira 200 mikrogram yang membantu mengurangkan kebimbangan lantas membenarkan fokus dan tumpuan serta membaiki peredaran darah.

Ujian Klinikal Terhadap Bakosida A & B

Banyak ujian klinikal telah dijalankan terhadap pati Brahmi atau Bacopa monniera berkaitan khasiatnya meluasnya dalam membantu daya ingatan serta fungsi kognitif lain seperti ADHD pada kanak-kanak dan AAMI dalam kes geriatrik (warga tua) di:-
Institut Penyelidikan Dadah Pusat , Lucknow, India.
Institut Penyelidikan Biokimia Wolfson, University College, London.
Swinburne University of Technology, Victoria, Australia
University of Wollongong, Wollongong, Australia.

Dalam kajian baru-baru ini tentang agen anti-amnesia (anti-hilang/pengurangan ingatan) di CDRI, saintis merumuskan bahawa pati Brahmi yang digunakan dalam MEMO PLUS GOLD adalah lebih berkuasa berbanding dengan agen lain yang tersenarai termasuklah Gingko biloba. Hasil penyelidikan dan ujian lain menunjukkan khasiat penting anti-bimbang, anti-murung dan anti- tekanan. Didapati mempunyai kesan adaptogenik (kemampuan meningkatkan kapasiti penyesuaian optimum badan/otak terhadap perubahan pada persekitaran) yang lebih kuat berbanding dengan Ginseng dan pati ini berkhasiat kuat sebagai antioksidan seperti Vitamin E.

Bagaimanakah dan mengapakah ekstrak Brahmi keluaran CDRI berbeza daripada ekstrak Brahmi yang lain?

Pada setiap kapsul MEMO PLUS GOLD, terdapat kandungan Bacosida A dan B terpiawai didalam kuantiti yang optima yang dihasilkan dari ekstrak tumbuhan Brahmi. Bacosida ini diekstrak melalui suatu proses unik, yang dibangunkan dan dipatenkan oleh Pusat Institut Penyelidikan Ubat (CDRI), sebuah institusi penyelidikan kesihatan utama kerajaan India.

Setiap kumpulan bacosida yang digunakan untuk penghasilan MEMO PLUS GOLD ini telah diuji dan disahkan mutunya oleh pihak CDRI. Hanya bacosida yang melepasi had minima piawaian kualiti CDRI sahaja diluluskan sebagai bahan untuk menghasilkan MEMO PLUS GOLD.

Pihak CDRI telah melesenkan Syarikat Lumen Marketing, Chennai, India (Lumen) hak eksklusif untuk memasarkan produk berasaskan bacosida yang diiktiraf institut tersebut ke seluruh dunia. Disesetengah negara termasuklah Malaysia, ia hanya boleh didapati dalam bentuk penjenamaan MEMO PLUS GOLD. Tiada jenama lain di dalam negara ini yang mengandungi atau mempunyai ekstrak Brahmi dari CDRI ini.

Namun kini, terdapat juga produk-produk lain dipasaran yang diperakukan kononnya mengandungi ekstrak bacosida dari tumbuhan Brahmi. Produk-produk tersebut telah didasarkan kepada hasil ujian klinikal terhadap manusia dalam penerbitan oleh Stough et. al. dan lain-lain (2001) di Universiti Teknologi Swinburne, Australia yang bertajuk “The chronic effects of an extract of Bacopa monniera (Brahmi) on cognitive function in healthy human subject” atau “Kesan kronik ekstrak Bacopa monniera (Brahmi) ke atas fungsi kognitif manusia yang sihat”. Dan juga kajian Roodenrys et.al. dan lain-lain (2002) di Universiti Wollongong, Australia yang bertajuk “The chronic effects of Brahmi (Bacopa monniera) on human memory” atau “Kesan kronik Brahmi (Bacopa monniera) terhadap ingatan manusia” untuk membuktikan kekuatan produk mereka. Walau bagaimanapun, suatu fakta penting berkenaan kajian oleh Stough et.al. dan Roodenrys et.al. itu menunjukkan bahawa mereka secara kategorinya telah menggunakan ekstrak Brahmi yang tepat dari CDRI dan ianya bukanlah dari ekstrak Brahmi yang berpunca dari lain lain sumber.

Mengapakah Bacopa monniera ini merupakan satu-satunya kandungan bahan aktif di dalam MEMO PLUS GOLD?

Tidak ada langsung bukti saintifik bahawa campuran Bacopa monniera dengan herba perubatan bagi peningkatan keupayaan ingatan, dapat memberi kesan positif kepada tahap ingatan manusia. Sebuah penerbitan dari kajian oleh Nathan P.J. et.al dan lain-lain(2004) di Institut Sains Otak, Universiti Swinburne, Australia bertajuk “Kesan campuran ekstrak Ginkgo biloba dan Bacopa monniera terhadap fungsi kognitif pada manusia yang sihat” atau “Effects of a combined extract of Ginkgo biloba and Bacopa monniera on cognitive function in healthy humans” menunjukkan yang campuran ekstrak kedua-dua bahan tersebut tidak menpunyai kesan peningkatan ingatan pada manusia yang sihat. Sebaliknya, terdapat banyak penerbitan kajian manusia dan haiwan dari pelbagai instituti di serata dunia yang menunjukkan kesan positif herba Bacopa monniera terhadap fungsi kognitif tanpa adanya bahan-bahan lain.

Bacopa monniera vs Centella asiatica?

Dua pakar ayurvedik yang dikenali diperingkat antarabangsa, iaitu Profesor K.N. Udupa dan Profesor R.H. Singh telah menetapkan secara saintifik bahawa Centella asiatica (Indian Pennyworth atau Gotu Kola dalam B. Inggeris, Pegaga dalam B. Melayu dan Vallarai dalam B. Tamil) hanya mempunyai kadar satu per sepuluh kesan peningkatan kognitif berbanding yang dimiliki oleh Bacopa monniera.

Mengapakah MEMO PLUS GOLD semestinya diambil oleh para perokok?

Sesungguhnya terdapat bukti saintifik yang menunjukkan hubungan yang rapat diantara penghisapan rokok dengan kematian akibat penyakit berkaitan rokok seperti penyakit pulmonari, penyakit kardio dan cerebrovaskular, barah dan lain-lain dengan kadar peningkatan yang membimbangkan.

Peranan radikal bebas dalam patogenisis kebanyakan penyakit telah pun didokumenkan secara menyeluruh (Church dan Pryor, 1985). Radikal bebas ini di awasi dan dikawal secara semulajadi oleh suatu keseimbangan tubuh diantara kadar penghasilan dan kadar penghapusannya oleh sistem-sistem pertahanan badan (Halliwell, 1994). Apabila terdapat pertambahan radikal-radikal bebas yang berlebihan, sistem perlindungan tisu akan gagal lalu mengakibatkan kerosakan oksidatif terhadap tisu-tisu tersebut. Berdasarkan kepada bukti saintifik yang boleh diperolehi, dapatlah disimpulkan bahawa pendedahan kepada asap rokok akan meningkatkan tekanan oksidatif kepada tisu-tisu manusia.

Asap rokok merupakan campuran pelbagai aerosol yang terdiri dari lebih 4,000 bahan racun termasuklah radikal-radikal bebas tertumpu, oksigen reaktif dan spesis pelbagai nitrogen. (Stedman, 1968)

Otak manusia sangat mudah terdedah kepada bahaya tekanan oksidatif. Ini kerana ianya kaya dengan kandungan besi bukan heme. Terdapat juga laporan mengatakan tentang peningkatan pengoksidaan lipid di dalam organ-organ tertentu termasuklah bahagian otak apabila terdedah kepada asap rokok (Baskaran et.al. dan lain-lain. 1999; Chitra et.al. dan lain-lain. 2000; Delibas et.al. dan lain-lain. 2003).

Sebuah penerbitan kajian oleh Ambarasi K. et.al. dan lain-lain di Universiti Madras, India yang bertajuk “Kesan bacosida A terhadap keadaan antioksidan otak pada tikus-tikus yang terdedah kepada asap rokok” atau “Effect of bacosides A on brain antioxidant status in cigarette smoke exposed rats (2006)” menganjurkan pendapat bahawa bacosida A yang terdapat dalam bacopa monniera boleh menjadi bahan antioksidan berkesan untuk otak. Justeru ia mungkin memiliki ciri-ciri berguna sebagai suplemen antioksidan semulajadi yang berupaya untuk mencegah kerosakan otak akibat tekanan oksidatif.

Khasiat MEMO PLUS GOLD Mempertingkatkan tahap pembelajaran dan daya ingatan, pemerolehan, pengukuhan dan pengekalan.
Menambah kecerdasan, kecergasan dan kesegaran sepanjang hari.
Mengurangkan kebimbangan dan tekanan.
Khasiat anti-penuaan dan tindakan antioksidan.
Kekurangan tumpuan (sangat berguna sewaktu menghadapi peperiksaan di sekolah).
Kes AAMI pada warga tua dan ADHD pada kanak-kanak.
Kelemahan kognitif berkaitan strok (demensia vaskular VaD).
Ketaknormalan otak dan merupakan makanan tambahan semula jadi untuk membantu mengurangkan jenis demensia lain seperti penyakit Alzheimer .
Ia berkhasiat lebih kuat dan mempunyai corak tindakan lebih baik berbanding dengan pati Withania somnifera (Ashwagandha), Gingko biloba, Ginseng dan Centelle asiatica (Gotu kola).

MEMO PLUS GOLD sesuai untuk semua peringkat usia, dan disarankan untuk pengguna dalam kategori yang menghadapi tekanan tinggi. Ia juga boleh diambil sebagai antioksidan dan makanan tambahan, untuk menenangkan minda dan tubuh bagi pengguna yang mengalami hipertensi (tekanan darah tinggi).

Dos: Bagi dewasa, satu kapsul dua kali sehari selepas makan dan bagi kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) satu kapsul sehari selepas sarapan. Pengguna disarankan supaya terus mengambil MEMO PLUS GOLD sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mendapatkan kesan yang ketara, selepas tempoh itu pengguna boleh mengambil satu kapsul sehari jika mahu.

116 Comments

  1. Tan Yong Lee
    September 6, 2012 at 1:23 am · Reply

    hi,blh saya tau berapa harga sekotak memo plus,berapa biji dlm sekotak.terima kasih.

    • memoplusadmin
      September 6, 2012 at 4:46 am · Reply

      Hi! Harga sekotak Memo Plus Gold adalah RM59.90 dan ada 60 tablet dalam sekotak.

  2. liza
    September 8, 2012 at 11:11 am · Reply

    Sy brusia 34 tahun dan nk smbung blajar lg tp trikat dgn kerja…..skiranya sy mngamalkan memoplus ni adakan kesannye same dgn kesan pengmbilan yg dambil oleh bdk2…

    • adminmemoplus
      September 10, 2012 at 4:51 am · Reply

      Hi, pengambilan Memo Plus Gold sebenarnya sesuai bagi semua peringkat umur dan kesannya adalah sama..Ia akan meningkatkan daya ingatan, tumpuan dan memberi kecergasan tambahan..bagi orang dewasa yang bekerja Memo Plus Gold membantu dalam memberi tenaga berlebihan supaya kita kekal cergas sepanjang hari..

  3. FAIZ
    September 27, 2012 at 6:46 am · Reply

    saya mula mengambil Memo Gold Plus, badan tersasa ringan dan ada perbezaanya

    • adminmemoplus
      October 1, 2012 at 1:19 am · Reply

      biasanya kesan awal yang dapat kita lihat adalah dari sudut itu..badan terasa lebih cergas dan mudah bangun tidur..malahan keletihan yang anda selalu rasai akan semakin berkurangan di gantikan dengan tenaga berlebihan..teruskan pengambilan dan selamat berjaya!

  4. Ghazali Yusof
    September 27, 2012 at 7:12 am · Reply

    untuk budak sekolah rendah berapa biji satu hari dan untuk pelajar sekolah menengah berapa biji pula

    • adminmemoplus
      October 1, 2012 at 1:21 am · Reply

      secara umumnya cara pengambilan Memo Plus Gold adalah seperti berikut : -

      12 tahun ke bawah = 1 biji sekali sehari selepas sarapan
      13 tahun ke atas = 2 biji sekali sehari selepas sarapan

      di harap jawapan ini memuaskan hati encik..terima kasih

  5. Bridgette jones
    September 29, 2012 at 2:44 pm · Reply

    Hello, anak saya berumur 28 tahun dan menghidapi Schizophrenia selama tiga tahun. Dia tidak bekerja dan selalu menghindari daripada orang lain termasuk keluarga sendiri. Selalu menyendiri dan mengurung diri di dalam biliknya. Bolehkah produk ini dapat membantu kes ini? Berapakah dosage yg perlu diambil? Adakah melebihi daripada kebiasaannya? Saya sangat risau dengan masa hadapannya. Terima kasih.

    • adminmemoplus
      October 1, 2012 at 1:39 am · Reply

      hi,untuk pengetahuan anda setakat ini tiada kajian yang menunjukkan Memo Plus Gold boleh membantu pesakit Schizophrenia tetapi sebagai satu usaha anda boleh memberikan kepada anak anda dengan dos lebih 4biji ( 2 biji 2 kali sehari). Lebih baik lagi jika anda membawa anak anda berjumpa pakar hypnotherapist untuk rawatan lanjut memandangkan usianya yang masih muda dan untuk masa depannya..Selamat mencuba!

  6. agos
    October 10, 2012 at 12:02 pm · Reply

    rm59.90 siap pos ke

    • adminmemoplus
      October 15, 2012 at 1:18 am · Reply

      Untuk pembelian secara online minimum order adalah 2 kotak dan penambahan Rm10 untuk kos pos. Harap maklum.

  7. kaderi
    October 17, 2012 at 10:57 pm · Reply

    berapa lama pengambilan memo plusgold menampakkan kesan dan apakah pentang larang semasa kita menggunakannya,adakah kita boleh minum minuman bergas dan berkafin?

    • adminmemoplus
      October 22, 2012 at 7:25 am · Reply

      Pengambilan Memo Plus Gold sedikit memerlukan masa untuk melihat kesan positif kerana ianya 100% dari herba. Tetapi selepas 3 bulan pengambilan secara berterusan peningkatan ketara dapat dilihat pada ingatan serta tumpuan penggunanya. Tiada pantang larang tertentu ketika pengambilan Memo Plus Gold tetapi adalah di galakkan untuk minum lebih air suam. Terima Kasih

  8. angel
    October 24, 2012 at 1:28 am · Reply

    harga untuk sabah termasuk postage brapa?

    • adminmemoplus
      November 7, 2012 at 1:16 am · Reply

      minimum penghantaran 2 kotak.. Rm65.90 sekotak + penghantaran Rm10..

  9. HARTINI BT MARIDON
    October 24, 2012 at 10:49 am · Reply

    salam, bagaimana sekiranya terlupa makan memo plus gold di waktu pag?

    • adminmemoplus
      November 7, 2012 at 1:15 am · Reply

      tiada masalah..boleh makan di waktu petang atau tengah hari..cuma pastikan jangan tinggalkan permakanan itu k..

  10. MahmudBalimbang
    October 26, 2012 at 9:18 am · Reply

    aslm….. Bolehkah MEMO PLUS Gold diminum dengan makanan tambahan seperti Gamat PLUS dan ubat dari doktor..??

    • adminmemoplus
      November 7, 2012 at 1:02 am · Reply

      A’skum,

      Memo Plus Gold boleh di amalkan walaupun encik mengambil makanan tambahan yang lain..jika encik perlu makan ubat dari doktor, jarakkan sahaja masa permakanan antara produk herba dan ubat dari doktor ini dalam masa 1 jam.. diharap jawapan ini dapat membantu..

      Terima Kasih

  11. eddy
    November 8, 2012 at 4:19 am · Reply

    apa syarat2 untuk menjadi ejen/pengedar? w.p labuan

    • adminmemoplus
      November 16, 2012 at 3:39 am · Reply

      kami akan email encik syarat-syaratnya k..tq

  12. dayang
    November 20, 2012 at 7:49 am · Reply

    dari pada umur berapa boleh ambik memoplus nie?kalau mahu jadi agen macam mana?

    • adminmemoplus
      November 21, 2012 at 4:50 am · Reply

      Memo Plus Gold boleh diambil seawal umur 6 tahun..ada juga kanak-kanak yang mula belajar dari peringkat awal sepert masuk ke taska juga boleh mengambil Memo ini. Oleh kerana ianya diperbuat dari 100% ekstrak herba jadi tidak perlu risau akan kesan sampingan. Jika berminat untuk menjadi pengedar kami sila emailkan no telefon anda ke ozemktg@gmail.com.. terima kasih

  13. nouelan danizs
    November 24, 2012 at 3:50 pm · Reply

    sy bru ingin mncuba prdk MPG ini.anak saya thn dpan akan mnddki exam UPSR.ank sy agak sdrhana pintar tp tak prnah failed dlm pljrn.cuma dia bnyk mnglamun dan slalu kurang mmbri tmpuan pd pljrn samada d sklah maupun d rmah..utk pngtahuan admin..swaktu kcil hingga umur 9 thn,ank sy slalu kna dmam panas n sawan..sy bnyk mngkaji prdk2 sebgini d intrnet.dan harapan sy amat tnggi,MPG dpt mmulihkan kkurangan ank sy dan dpt mncapai impian sy utk mlihat dia brjaya dlm UPSR nanti

  14. nouelan danizs
    November 24, 2012 at 4:04 pm · Reply

    dalam komen sblum ini..admin ada kata,,MPG tak ada pntg larang..tp pengedar tmpat sy dptkan MPG ini kata,,ssiapa yg mngambil MPG pntg kepada minuman berkafien sperti kopi, teh, makanan masam n jeruk.dan mesti mngambilnya dgn mnggunakan sudu plastik tnpa tersentuh dgn tangan..adakah ini benar??admin tlg trangkan jika ada pntng larang dan minuman apa yg ssuai utk ank2 sklah.TRM KSH

    • adminmemoplus
      November 26, 2012 at 2:58 am · Reply

      Memang tiada pantang larang kerana Memo Plus Gold 100% herba. Hanya produk homeopati memerlukan pantang larang seperti yang disebutkan itu. Kami ada banyak pengedar yang tidak mengambil terus dari syarikat. Mungkin kerana itu pengetahuannya tidak sebaik pengedar-pengedar kami yang telah diberi latihan dan penerangan. Jadi ada baiknya jika sebarang pertanyaan diajukan terus kepada syarikat ya..boleh juga call 03-62752020 atau email pertanyaan di ozemktg@gmail.com

      Terima kasih

  15. Amirul mukmin
    December 4, 2012 at 9:55 pm · Reply

    Salam.penerangan yang mantap, testimoni yang meyakinkan,promosi yang hebat..keberkesanan yang luarbisa..keberhasilan untuk diri ini belum lagi..semoga saya dapat menjadi salah seorang testimoni dan pengedar MEMO PLUS GOLD… :-)

  16. rokiah
    December 6, 2012 at 5:04 am · Reply

    sya ingin bertanya…..sya bru mncuba produk mpg utk anak sya.anak sya kerap mnghidap slsema dan batuk.anak sya jga mnghidap penyakit asma.adakah anak sya boleh trus mngambil mpg tanpa sbrg masalh?

    • adminmemoplus
      December 7, 2012 at 2:17 am · Reply

      Memo Plus Gold boleh di ambil walaupun anak puan penghidap asma..Ia akan membantu meninggikan imun sistem dan membantu beliau lebih sihat di masa akan datang selain meninggikan tahap ingatan, tumpuan serta kecergasan. Jadi puan boleh teruskan memberi Memo Plus Gold kepada anak puan ya..Selamat mencuba

  17. rabieah
    December 11, 2012 at 5:41 pm · Reply

    anak lelaki saya yang berusia 4 tahun masih pelat ketika bertutur. adakah produk ini dapat membantu mengatasi masalah pertuturan anak saya

    • adminmemoplus
      December 12, 2012 at 1:54 am · Reply

      Puan boleh mencuba walaupun tiada testimoni berkaitan permasalahan ini. Yang kami ada kanak-kanak yang lambat bercakap atau pendiam.. Memo Plus Gold meransang fungsi otak pengamalnya jadi pelbagai masalah dapat di atasi dan dipulihkan..cuba Memo Plus Gold ni untuk anak puan dan bantu dia normal seperti kanak-kanak lain ya..selamat mencuba!

  18. Kirana
    December 30, 2012 at 2:01 pm · Reply

    Assalamualaikum wbt, admin kan pernah berkata bahawa kesan pertama adalah dari aspek kecergasan,… saya mahu tanya bilakah aspek daya ingatan terjadi…adakah selepas mengambil MGP selama sebulan sudah bisa mempunyai daya ingatan yg kuat?? Admin tolong jelaskan..

    • adminmemoplus
      January 2, 2013 at 1:24 am · Reply

      Aspek daya ingatan akan jelas nampak maksimum 3 bulan dari tempoh pengambilan.. tetapi pastikan anak anda turut belajar bagi mendapatkan keputusan yang baik ya..Ingatan yang kuat tidak bermakna tanpa ulangkaji dan latih tubi..

  19. pn jue
    January 4, 2013 at 3:12 pm · Reply

    apa produk yg sesuai bagi anak saya yang mempunyai masalah takut, gementar, gugup ,tidak yakin dengan diri sendiri dan sekaligus boleh menguatkan otak supaya apa yang dipelajari diterima dengan baik

    • adminmemoplus
      January 7, 2013 at 1:06 pm · Reply

      Cuba Memo Plus Gold kerana ianya merupakan kombinasi dalam membantu otak dan permikiran penggunanya lebih cergas dan cerdas berbanding orang yang tidak mengamalkannya. Fungsi utama dalam meningkatkan daya ingatan, tumpuan serta kecergasan di mana peningkatan dari tahap perubahan sikap dapat juga di lihat ya. Jadi cuba dan lihatlah sendiri perubahan anak anda dalam masa 3 bulan. Terima kasih.

  20. Puan RR
    January 12, 2013 at 5:32 pm · Reply

    Cucu saya berumur 5 tahun dn di diagnose autism dan ADHD. Macamana pemakanan MPG ni? Boleh ke beliau di beri makanan ini? Dalam bentuk pil ke? Tk

    • adminmemoplus
      January 14, 2013 at 3:24 pm · Reply

      Boleh berikan kepada cucu puan. Ia berbentuk kapsul jadi jika cucu puan tak boleh menelan, bukakan kapsul terbabit dan campurkan dengan air milo, jus oren dan sebagainya.. boleh lihat testimoni dari pelajar yang menghidapi ADHD juga yang berjaya mengatasi masalah beliau dengan Memo Plus Gold di facebook kami..

  21. Ibu
    January 23, 2013 at 2:54 pm · Reply

    perlakuan hyperaktif anak sy yg berusia 6thn agak membimbangkan saya. adakah pengambilan mpg akan membantu?

    • Adminmpg
      January 23, 2013 at 4:34 pm · Reply

      semestinya..kami mempunyai testimoni yang menyokong perubahan terhadap sikap kanak-kanak hiperaktif yang berubah setelah mengamalkan Memo Plus Gold. Puan boleh lihat testimoni terbabit di ruang testimoni atau di Facebook Memo Plus Gold.. berikan secara tetap dan tumpukan perhatian yang lebih dalam melatih anak-anak ini untuk memberi tumpuan. Saya harap puan percaya dan teruskan mencuba. Terima kasih.

  22. masshuhadah
    January 23, 2013 at 7:07 pm · Reply

    adakah memo plus gold boleh mengatasi masalah senggugut?

    • Adminmpg
      January 29, 2013 at 9:17 am · Reply

      Memo Plus Gold setakat ini terbukti dapat membantu pengguna yang mengalami masalah haid yang tak teratur. Kadangkala ia juga merupakan salah satu sebab kejadian senggugut berlaku. Oleh itu ada baiknya jika anda mencuba kerana sakit apabila datnag haid yang berterusan mampu memberi kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan anda dan rahim..Selamat mencuba saya ucapkan. Terima kasih

  23. seha
    January 30, 2013 at 8:32 pm · Reply

    Boleh tak kalau kita ambil lebih dr 2. biji sehari..ada apa2effect tak?

    • Adminmpg
      February 4, 2013 at 10:37 am · Reply

      bagi pengguna yang ada masalah seperti ADHD atau lain-lain mereka boleh ambil lebih dari dua. Malahan ada juga pelajar yang ingin kesan yang cepat makan lebih dari dos yang disyorkan. Tiada kesan sampingan kerana produk ini diperbuat dari 100% herba..

  24. Aida Mohd Marikan
    February 27, 2013 at 12:33 pm · Reply

    Saya tinggal kat Kuching, ada tak stokis kat sini?

    • Adminmpg
      February 27, 2013 at 2:31 pm · Reply

      Di Kuching hubungi Pn Suliana 019-888 4848 ya. Beliau dealer kami di kawasan Kuching.

  25. Izzat
    March 2, 2013 at 11:22 pm · Reply

    Cara pemakanan die macam mane ek? Boleh terangkan sbb saye dah beli n takowt tersalah cara makan..

    • Adminmpg
      March 4, 2013 at 9:33 am · Reply

      Cara permakanan bergantung pada umur..12 tahun kebawah 1 biji sahaja sekali sehari manakala 13 tahun ke atas 2 biji sekali sehari lepas makan. Seeloknya ambil selepas sarapan pagi..

  26. seha
    March 5, 2013 at 9:21 pm · Reply

    kenapa saya makan ubat nie rasa mengantuk ye?sebelum nie tak de pun

    • Adminmpg
      March 6, 2013 at 9:52 am · Reply

      Sesetengah orang akan mempunyai tindak balas begitu mungkin terlalu letih atau tidak cukup rehat sebelum itu. Tukarkan waktu permakanan anda ke waktu sebelum tidur ye. Anda akan merasa lebih segar keesokkan harinya ya..

  27. emyraidid
    March 6, 2013 at 2:01 pm · Reply

    salam….mau bertanya…saya mempunyai seorang anak lelaki yang lahir tidak cukup bulan…sekarang anak saya tu sudah berumur tujuh tahun dan sedang bersekolah di tahun satu….masalahnya di sini adalah tumbesaran anak saya tu tidak seperti kanak-kanak yang seusia dengannya di mana saiz tubuh badannya agak kecil, kurus dan kurang selera makan berbanding dengan kawan-kawannya sehingga dia selalu di ejek oleh kawan-kawannya dengan memanggil “KECIL”…akan tetapi dari segi kecergasan dan keaktifan, dia seperti anak-anak yang lain, CERGAS DAN AKTIF. Mohon penjelasan…. adakah dengan pengambilan Memo Plus Gold dapat menyelesaikan masalah anak saya ini serta dapat membantu kecergasan otaknya…?????

    • Adminmpg
      March 7, 2013 at 9:37 am · Reply

      Memo Plus Gold mampu membantu sesiapa sahaja untuk mempunyai otak yang aktif dan ingatan yang kuat asalkan penggunaan secara berterusan. Selain itu ia juga membantu tumpuan dan kecergasan pengguna yang mengamalkannya. tentu sekali anak anda akan merasai perubahan ketara dari sebelum pengambilannya..

  28. alifbawau
    March 6, 2013 at 8:30 pm · Reply

    saya dari Bintulu Sarawak teringin nak mencuba memo plus gold ni,saya bertanya beberapa soalan?
    1.di Bintulu ada ejen ker
    2.ada kah sesuai memo plus gold untuk anak saya yang berumur 3 tahun ?
    3.berapa biji kah untuk memujarabkan kesan nya ?
    4.adakah memo plus gold ini perlu di ambil setiap hari ?
    5.berapa kah harga termasuk wang pos jika saya beli terus dari website ini ?

    • Adminmpg
      March 7, 2013 at 9:43 am · Reply

      1. Bintulu boleh beli dari dealer kami Ms Alice Hu 019-8787 944
      2. Memo Plus Gold digalakkan bagi anak-anak yang sudah mula belajar bagi meningkatkan ingatan, tumpuan dan kecergasan mereka.
      3. Bawah dari 12 tahun memerlukan 1 biji kapsul sahaja setiap hari selepas sarapan.
      4. Ya. Memo Plus Gold perlu diambil setiap hari. Anggap ia sebagai makanan tambahan. Selagi kita ambil selagi itulah kesan kebaikkannya dapat kita lihat.
      5. Minimum pembelian 2 kotak = Rm65.90 x 2 + Rm10 (poslaju)..

      Saya harap ianya dapat menjawab segala persoalan anda. Terima kasih dan selamat mencuba.

  29. Azie
    March 12, 2013 at 8:44 am · Reply

    Apa syarat2 untuk menjadi ejen/pengedar? mersing, Johor

    • Adminmpg
      March 12, 2013 at 11:47 am · Reply

      Pn Azie boleh hubungi stokis yang berkenaan Pn Hajah Parilah 012-650 6307 untuk bahagian Johor/Melaka. Beliau akan membantu dan memberitahu cara-cara untuk menjadi dealer ye..Terima kasih

  30. roshabella
    March 13, 2013 at 8:46 am · Reply

    klau harga dekat sarawak termasuk penghantaran,berapa?

    • Adminmpg
      March 13, 2013 at 2:49 pm · Reply

      Jika belian melalui online minimum 2 kotak Rm131.90 tambah postage Rm10. Boleh juga beli dari dealer berdekatan anda di sana dengan melihat senarai stokis kawasan Sarawak. Terima kasih.

  31. marilyn
    March 18, 2013 at 4:08 pm · Reply

    salam sejahtera,

    Saya nak tau,ada kah MPG ni mengganggu selera makan ? Terima kasih

    • Adminmpg
      March 19, 2013 at 10:01 am · Reply

      Hi,
      Memo Plus Gold tidak akan menganggu selera makan kerana ianya merupakan herba untuk mengaktifkan minda kita sahaja. Selain memberi kecergasan, tumpuan dan ingatan yang kuat.

      Harap maklum. Terima kasih.

  32. roshabella
    March 19, 2013 at 8:42 pm · Reply

    hi..kalau di miri,di manakah saya boleh dapat membeli memo plus gold?

    • Adminmpg
      March 20, 2013 at 10:32 am · Reply

      Hi..di Miri boleh dapatkan Memo Plus Gold di Dreamcom Ind 085-425 855 ya..tq

  33. zalida
    March 23, 2013 at 9:20 am · Reply

    Saya tinggal di Seri Manjung Perak.Saya berminat nak jadi ejen,cam ne ye….

    • Adminmpg
      March 25, 2013 at 10:15 am · Reply

      Untuk menjadi ejen puan boleh hubungi terus pejabat kami di 03-6275 2020 atau emailkan ke ozemktg@gmail.com. Berikan no telefon anda supaya senang kami menghubungi anda..

  34. shaufi
    April 5, 2013 at 4:58 pm · Reply

    Salam,

    Saya ingin tau,adakah herba ini memberi kesan bagi pesakit pesakit darah tinggi,buah pinggang,masalah lemah dan sakit jantung serta angin dalam badan?

    • Adminmpg
      April 8, 2013 at 3:04 pm · Reply

      Salam,

      Ia akan membantu menurunkan tekanan darah bagi pesakit darah tinggi manakala tidak akan memberi kesan memudaratkan ke atas lain-lain penyakit yang dihidapi. Memo Plus Gold mempunyai fungsi penyembuhan di mana ianya akan melebarkan pembuluh darah supaya darah di dalam bandan kita dapat mengalir lebih lancar lagi. Dan oleh kerana ianya herba, ia tidak akan menjejaskan organ dalaman atau perkhumuhan untuk pengambilan jangka masa panjang.
      Diharap jawapan saya dapat membantu anda. Terima kasih

  35. wan
    April 5, 2013 at 10:52 pm · Reply

    anak saya umur 4 thn ,boleh tak campur dengan susu formula semasa nak tido

    • Adminmpg
      April 8, 2013 at 3:00 pm · Reply

      Kami tak galakkan campur dengan susu kerana rasanya akan berubah dan kemungkinan anak puan/tuan akan menolak susu terbabit. Boleh dicampurkan dengan air seperti milo, jus oren, madu atau scott emulsion pun boleh..

  36. lily
    May 7, 2013 at 3:13 pm · Reply

    Hai admin, bolehkah kalau saya campurkan dalam segelas milo panas? adakah kesan sampingan / khasiatnya akan hilang? Thanks..

  37. Adminmpg
    May 27, 2013 at 4:03 pm · Reply

    Boleh, cuma pastikan kacau dulu minuman tersebut sebelum minum. Tiada kesan sampingan dan khasiatnya tetap ada..

  38. nurul
    June 5, 2013 at 6:22 pm · Reply

    salam . . produk ni betul2 berkesan ke ?

  39. Adminmpg
    June 7, 2013 at 10:14 am · Reply

    Salam Cik/Puan….
    * Produk ini telah pun berada di pasaran hampir 17 tahun.
    * Produk ini juga telah dibuat kajian awal terlebih dahulu dengan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan telah pun mendapat pengiktirafan.
    * Kami mempunyai testimoni-testimoni yang menyokong pernyataan ini. Cik/Puan boleh lihat testimoni-testimoni di ruang testimoni atau di Facebook Memo Plus Gold.
    * Memo Plus Gold ini merupakan Memory Leader supplement di Filipina dan terdapat juga di Thailand, Australia, Singapura, Indonesia, Perancis dan beberapa negara lagi.
    * Kebanyakkan supplement dipasaran, keberkesananya akan nampak setelah 3 bulan Cik/Puan mengamalkannya.
    * Atau dengan mudah Cik/Puan boleh terus google sahaja, saya pasti Cik/Puan dapat melihat sendiri dengan yakin.
    Saya harap, jawapan saya dapat membantu Cik/Puan..Terima Kasih

  40. Ibu prihatin
    June 10, 2013 at 2:37 pm · Reply

    anak saya berumur 6thn ada masalah lambat bercakap,hyperaktif & kurang tumpuan dlm belajar.

    bole tak saya beri anak sy makan MPG 2kali sehari?

  41. Adminmpg
    June 10, 2013 at 3:43 pm · Reply

    Semestinya boleh puan…MPG ini adalah makanan untuk otak. MPG dapat meningkatkan daya ingatan dan tumpuan. MPG juga dapat mengurangkan keresahan ,tekanan dan kegelisahan serta meningkatkan konsentrasi. MPG dapat memberi kesan relax/rehat dan keupayaannya dapat mendorong fungsi otak bagi mengurangkan kegelisahan, jadi ia dapat merawat hyperaktif ini.
    Kami mempunyai testimoni yang menyokong perubahan terhadap sikap kanak-kanak hiperaktif yang berubah setelah mengamalkan Memo Plus Gold. Puan boleh lihat testimoni terbabit di ruang testimoni atau di Facebook Memo Plus Gold.. Puan boleh memberikan 2 kali sehari kerana MPG adalah 100% herba dan tiada kesan sampingan….berikan secara tetap dan tumpukan perhatian yang lebih dalam melatih anak-anak ini untuk memberi tumpuan. Saya harap puan percaya dan teruskan mencuba. Terima kasih.

  42. Ibu prihatin
    June 11, 2013 at 3:57 pm · Reply

    ini adakah bermakna sikap anak saya yg hyper & kurang daya tumpuan akan menjadi lebih terkawal jika mengamalkan MPG ini?

  43. Adminmpg
    June 12, 2013 at 10:19 am · Reply

    Puan..jika puan inginkan maklumat yang lebih terperinci puan boleh terus hubungi pihak oze 03-62752020 @ puan boleh berikan no. telepon puan diblog ini untuk kami hubungi. Terima Kasih

  44. emilia
    June 19, 2013 at 11:56 am · Reply

    anak saya umur 12tahun,lelaki,luarannya dia nampak normal..tp dia dalam kategori masalah pembelajaran..seorang autisme.penyakit sawan masih ada lagi.sekarang makan ubat hospital epilim200mg.2x sehari.nak tahu adakah dia sesuai untuk makan memo plus atau macamana.boleh terangkan dengan lebih lanjut/no phone saya 0145013159

  45. noorazlina abu bakar
    July 4, 2013 at 12:12 pm · Reply

    dimanakah saya boleh mendapatkan memo plus gold nie tanpa membeli on line, saya tinggal di selayang

    • Adminmpg
      July 9, 2013 at 9:24 am · Reply

      Puan boleh mendapatkan Memo Plus Gold di farmasi sekitar Bt Caves dan Sri Gombak seperti Samudera Timur, Farmasi Ikhlas atau Unipharm Pharmacy. Selain itu boleh juga hubungi dealer kawasan terbabit Pn Sabariah 013-3975256 ya..Terima kasih dan selamat mencuba

  46. Sazali Bin Abd Shukor
    August 11, 2013 at 12:59 pm · Reply

    Salam. Saya berminat untuk menjadi ejen/stokis di daerah kota tingi / mersing / endau – johor. Bagaimanakah cara dan syarat@2nya. bantuan diemailkan kepada saya info lengkap mengenainya. Bantuan amat dihargai. tk & salam.

    • Adminmpg
      August 12, 2013 at 10:51 am · Reply

      Untuk menjadi pengedar kawasan Johor @ Melaka bolehlah menghubungi Pn Hajah Parilah di talian 012-650 6307..Terima kasih

  47. hars9922
    September 6, 2013 at 1:36 pm · Reply

    Saya membeli produk mpg di farmasi berhampiran tempat kerja saya.cuma saya bimbang takut terbeli produk yang tidak original.bagaimana nak pastikan produk yang tulen??

    • Adminmpg
      September 9, 2013 at 9:27 am · Reply

      sila lihat pelekat hologram di kotak. Jika ada maka ianya yang asli. Kotak Memo Plus Gold juga di baluti plastik lutsinar.

  48. hars9922
    September 11, 2013 at 4:04 pm · Reply

    Adik saya seorang penghidap agoraphobia.sgt sukar baginya untuk bergaul dan kemana-mana.dapatkah produk ini membantu mengatasi masaalah stres dan fobia ini??pernah adakah testimoni untuk pesakit seperti ini??

    • Adminmpg
      September 13, 2013 at 2:24 pm · Reply

      setakat ini tak pernah ada pengguna kami yang mempunyai penyakit sedemikian. Untuk masalah stress memang membantu kerana Memo Plus Gold melancarkan peredaran darah di seluruh tubuh dan juga otak. Oleh yang demikian stress dapat di elakkan. Untuk masalah fobia pula tiada testimoni sehingga kini. Mungkin anda boleh mencuba dan memberitahu kami bagaimana perkembangan adik anda kemudian. Terima kasih.

  49. hars9922
    September 13, 2013 at 4:16 pm · Reply

    Terima kasih atas respon pihak anda.insyaAllah saya akan cuba dan laporkan perkembangan semasa dari pihak kami.

    • Adminmpg
      September 17, 2013 at 9:15 am · Reply

      Sama-sama dan kami harap adik anda akan bertambah baik keadaannya. In sha Allah.

  50. ash
    October 3, 2013 at 3:46 pm · Reply

    boleh ka ubat ni menhilangkan sifat tidak yakin pada diri sendiri, rasa cemas yang melampau ? boleh diberi penjelasan agar sya yakin untuk memilih ubat ini

  51. ash
    October 3, 2013 at 3:53 pm · Reply

    berapa cepatkah kesan ubat ini kerana bulan 11 ni sya ada peperiksaan penting
    tolong beritahu sejujurnya kerana sya pernah ditipu oleh ubat lain

    • Adminmpg
      October 9, 2013 at 4:15 pm · Reply

      Memo Plus Gold memerlukan sekurang-kurangnya 3 bulan untuk meningkatkan daya INGATAN pengamalnya. Selain itu, ia harus di makan secara berterusan. Walaubagaimanapun Memo Plus Gold hanya membantu INGATAN menjadi kuat dan usaha dalam pembelajaran hendaklah di sertakan sekali untuk hasil yang bagus. TQ

  52. hars9922
    October 20, 2013 at 4:52 pm · Reply

    Salam.Saya ingin berkongsi pengalaman setelah mengamalkan pengambilan produk mpg lbh kurang 2 bulan hasilnya amat positif.sikap bekeng(panas baran) menunjukkan perubahan ketara (mungkin dicetuskan oleh stress melampau).sekarang anak isteri dan pekerja saya sudah boleh bergurau berseloroh.saya hairan kerana pada tanggapan sifat ini adalah semulajadi dan tak dapat diubah.sekarang fikiran tenang dan hidup lebih ceria.pada mulanya saya hanya ingin merawat masaalah pelupa dan keletihan melampau berdasarkan testimoni yang saya baca disini yang juga hasilnya positif.Alhamdulillah produk mpg saya sifatkan +++ dalam satu.sekarang saya satu keluarga mengamalkan produk ini.thanks.

    • Adminmpg
      October 21, 2013 at 1:27 pm · Reply

      Alhamdulillah dan Terima kasih atas testimoni anda.Teruskan penggunaan ye.

  53. umi
    November 22, 2013 at 6:37 pm · Reply

    Saya berusia 38 tahun.saya didiagnosis mempunyai simptom parkinson.saya cepat gementar dan tubuh badan akan menggeletar jika diperlukan membuat presentation dihadapan org ramai.boleh kah produk ni membantu mengurangkan permasalahan yg saya hadapi

    • Adminmpg
      November 26, 2013 at 9:45 am · Reply

      hi..anda boleh mencuba. Kebanyakkan masalah yang kita hadapi pada tubuh badan berpunca dari otak kita. Oleh kerana fungsi Memo Plus Gold dalam mengaktifkan balik sel-sel otak penggunanya mungkin ia akan memberi manfaat kepada anda. Anda boleh ambil dos lebih iaitu 2 biji 2 kali sehari selepas makan. Makan setiap hari selama 3 bulan untuk melihat kesannya terhadap penyakit anda ye. Selamat mencuba dan tolong update kami perkembangan anda. Tq

  54. meena
    December 26, 2013 at 9:13 pm · Reply

    hi i would like to know more abput taking memo plus for me n my kids age 9 n 7. Both my gurls are very forgotfull. And lazy.

    Do let me know and im interest oni it.

    Thank u

    • Adminmpg
      December 27, 2013 at 11:31 am · Reply

      Hi!

      Memo Plus Gold is a product who can do wonders to consumer who taken it daily. It helps in activating your brain as well as giving you better memory and retention. Because of that thousands has benefited from it. With great memory you can score easily during exam and studying also become easier. So, do give it to your children and see the different between 3 to 6 months afterwards ya..tq

  55. maisara ismail
    February 25, 2014 at 4:47 pm · Reply

    Bolehkah ibu mengandung mengambil memo plus gold ini?

    • Adminmpg
      February 26, 2014 at 1:53 pm · Reply

      tidak digalakkan jika sebelum mengandung tidak pernah makan Memo Plus Gold. Ini kerana herba memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan badan kita. Jadi jika sebelum ini anda tidak pernah makan herba ini maka memang tak di galakkan. Tetapi, anda boleh makan selepas melahirkan anak nanti. Apabila menyusukan bayi anda secara tidak lansung kebaikkan herba ini dapat di kongsi bersamanya.

  56. Afeeqa
    March 10, 2014 at 1:10 pm · Reply

    Mcm mana ye jika saya nak jadi ahli atau agen oze marketing

    • Adminmpg
      March 10, 2014 at 1:26 pm · Reply

      Hi kami tiada keahlian kerana bukan syarikat MLM. Untuk menjadi pengedar sila emailkan details anda seperti nama, no telefon dan kawasan anda ke email kami ozemktg@gmail.com..Terima kasih

  57. Kukui
    March 22, 2014 at 1:10 am · Reply

    hi,
    memo plus gold ada jual dekat pharmacy tak?(miri area)

    • Adminmpg
      March 24, 2014 at 10:12 am · Reply

      Di Miri boleh beli dari Pn Sannyah 019-8443757 ya. TQ

  58. awin
    April 12, 2014 at 1:16 pm · Reply

    ASqpp62cbXxW saya nak tanya dekat sibu sarawak mana nak dapat produk ni?

    • Adminmpg
      April 14, 2014 at 10:48 am · Reply

      Di Sibu boleh hubungi pengedar saya Ms Hii 016-867 2993 ya. TQ

  59. Zaila
    April 22, 2014 at 8:39 pm · Reply

    Assalam…..anak saya akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini…..nak tanya…kalau di kuantan, dimana boleh saya dapatkan MPG Ni?

    • Adminmpg
      April 23, 2014 at 3:26 pm · Reply

      Wsalam. Di Kuantan boleh dapatkan dari Farmasi Lee di Jln Air Putih atau Farmasi Voon di Jln Berserah ya. TQ

  60. Shaza Amani
    April 27, 2014 at 8:58 pm · Reply

    Stokis or dealer di kaw rawang selangor

    • Adminmpg
      April 28, 2014 at 9:26 am · Reply

      Di Rawang boleh ke farmasi ya seperti Zona Pharmacy, Greenland Pharmacy dan Alpha Pharmacy. TQ

  61. nina
    May 5, 2014 at 12:53 am · Reply

    as salam..

    anak saya berumur 4 tahun..sudah mula pergi ke tadika dari awal tahun. boleh tak dia makan mpg?
    di bangkok ada jual tak?
    tq

    • Adminmpg
      May 5, 2014 at 10:38 am · Reply

      Wsalam.. jika puan mahu boleh saja berikan. Kalau di Thailand di jual dengan nama D-Braime k..TQ

  62. vivie roy
    August 19, 2014 at 8:53 pm · Reply

    Hello…klau kat sabah,ada tak jual kat mana2 pharmacy..bahagian kota kinabalu?

    • Adminmpg
      August 20, 2014 at 2:23 pm · Reply

      Di Kota Kinabalu boleh hubungi Hajah Zuraidah 012-8262118 atau ke Amelin Beauty House di Api-Api Centre ya. TQ

  63. dyan rafafi
    September 2, 2014 at 7:16 pm · Reply

    assalamu alaikum,
    sikit mo bertanya apakah MEMO GOLD PLUS ada di jual di indonesia. thanks

    • Adminmpg
      September 3, 2014 at 1:49 pm · Reply

      Wsalam..Maaf kami tiada jualan di Indonesia. TQ

  64. Siti
    September 18, 2014 at 12:08 pm · Reply

    Assalam…blehkh MPG ini diambil waktu period??tq..

    • Adminmpg
      September 19, 2014 at 10:07 am · Reply

      Wsalam..Memo Plus Gold boleh diambil setiap masa ya. Tak kira ketika period dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>