Tip Capai Kejayaan : PERASAAN INGIN TAHU

Posted on April 16, 2016 · Posted in Teknik Membelajar Efektif

Tanda-tanda kebijaksanaan seseorang pelajar itu dapat dilihat  daripada sifat  ingin tahu yang tinggi dalam pelbagai perkara, khususnya berkaitan pelajarannya. Sifat itu jelas terzahir di kalangan pelajar ataupun individu yang berfikiran kritikal dan gemar melahirkan pelbagai pertanyaan dan persoalan tentang pelbagai perkara. Sifat ingin tahu yang mendalam menunjukkan kematangan berfikir seseorang.

Seseorang pelajar yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi sentiasa ketagih dan dahagakan maklumat tambahan dan penerangan lebih lanjut berkaitan sesuatu perkara.

1. Pelajar yang mempunyai sifat ingin tahu biasanya kerap mengajukan  soalan kepada gurunya  supaya mereka lebih jelas dan memahami konsep, kemahiran, formula atau teori sesuatu mata pelajaran.

2. Pelajar yang tidak minat bertanya atau mengajukan soalan  sering dilabelkan sebagai pelajar yang bersifat pasif. Mereka ini dikatakan banyak berdiam dan semasa menjalankan  proses pembelajaran bersama guru. Begitu juga selepas waktu pembelajaran. Proses pencerapan ilmu yang diterima secara bulat-bulat tanpa pemikiran kritis dalam penerimaan ilmu, membuatkan mereka enggan mengajukan sebarang bentuk soalan kepada guru ataupun rakan-rakan yang lebih mahir. Tidak berupaya menggerakkan minda bagi mewujudkan  persoalan dan pertanyaan membuatkan ilmu yang diperoleh mereka ini terhad.

3. Berbeza daripada pelajar  yang bersikap ingin tahu, mereka terangsang mencari maklumat tambahan daripada pelbagai bahan bacaan, ataupun bahan visual. selain rajin bertanya kepada orang yang lebih arif mengenainya.

4. Selain itu, perasaan ingin tahu yang tinggi dalam diri pelajar mampu diterjemahkan melalui keberanian dan keyakinan diri pelajar itu. Pelajar yang mempunyai semangat ingin tahu mudah terdorong dengan sifat-sifat positif seperti kreatif, rajin, tidak berasa malu untuk bertanya, tidak angkuh serta penuh komitmen.

5. Mereka tidak mudah berasa malu menampilkan kemahuan mereka, asalkan mereka berupaya mengatasi kelemahan itu. Pelajar seumpama ini tidak khuatir dengan ejekan ataupun diperlekehkan pelajar lain kerana mengajukan soalan yang didakwa mereka kononnya ‘soalan bodoh’.

6. Pelajar yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi mampu menguasai sesuatu perkara dengan cepat dan mudah. Ini kerana sifat ingin tahu mereka mendorong kepada pencarian lebih banyak maklumat

7. Pelajar yang mempunyai perasaan ingin tahu sentiasa berada di hadapan berbanding pelajar yang tidak gemar bertanya, ataupun tiada inisiatif mendapatkan maklumat. Ini disebabkan mereka mempunyai kefahaman yang tinggi pada satu-satu perkara hasil kekuatan sifat ingin tahu mereka.

 

Sumber : www.ekuntum.com.myMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.