Testimoni.

Nama: Adik Mohd Izul Afik Bin Zulkifli (013-5200475)
testimoni Adik Afik
Alamat : Pasir Putih, Ipoh.
“Adik Afik terlibat dengan kemalangan, dan mengalami kecederaan di otak sebelah kiri dan menyebabkan badan sebelah kanan tidak boleh bergerak. Setelah mengambil Memo Plus Gold kurang dari 2 minggu , bapa beliau memaklumkan beliau sudah boleh menggerakan tangan beliau dan sekarang adik Afik sudah boleh mengangkat tangan dan berdiri. Sangat mengagumkan dan bapa beliau dan seluruh keluarga sangat gembira.”

Nama : En Azrin B. Mohd ( Tel : 016-287 6400)
testimoni En Azrin B. Mohd
Adik beliau terlibat dengan kemalangan motosikal dengan lori pada tahun 2006 di Taman Sentosa, Klang dan mengalami kecederaan pada otak sebelah kiri. Badan sebelah kanan tidak boleh bergerak dan hilang ingatan.

Terlantar di Hospital Klang selama 2 tahun. Puas berubat dan pergi berurut tetapi masih tidak dapat berjalan sendiri. Adik beliau perlu memegang dinding dan jika cuba berjalan sendiri akan jatuh semula selepas 3 @ 4 langkah.

Setelah pengambilan Memo Plus Gold selama 3 bulan keadaannya mula berubah. Adik beliau sudah boleh berjalan dari hadapan hingga ke belakang tanpa sebarang bantuan walaupun masih dalam keadaan cacat. Tahap ingatan adik beliau juga semakin pulih. Paling mengejutkan ibu beliau pula adalah apabila adik beliau ingat bagaimana menaiki motosikal walaupun terjatuh di simpang akibat tidak dapat mengawal berat badannya lagi. Sehingga kini keluarganya masih memberi adik beliau makan Memo Plus Gold dan berharap keadaan adik beliau akan kembali normal.

Nama : Pn.Bakhipah Bt Abd Ghani
testimoni Pn.Bakhipah
Tempat : Felda Lepar Hilir Satu, Gambang, Kuantan
Puan Bakhipah adalah seorang guru berusia 57 tahun dan menghidap penyakit stres yang kronik. Beliau mengalami simptom kemurungan, kelesuan dan kecelaruan fikiran dan terpaksa bercuti sakit selama lebih 6 bulan. Rawatan doktor pakar menunjukkan beliau mengalami sindrom kematian sel-sel dalam tubuh. Selepas hanya sebulan mengamalkan Memo Plus Gold, kesihatan Puan Bakhipah telah pulih hampir sepenuhnya dan beliau kini kembali bertugas.

`Saya rasa sangat cergas dan tidak boleh berhenti melakukan kerja. Saya sudah boleh melakukan aktiviti menjahit pakaian berjam-jam tanpa henti. Saya rasa sangat gembira dengan perubahan diri setelah pengambilan Memo Plus Gold. Terima kasih Oze Marketing yang memperkenalkannya kepada saya”, kata beliau.

Nama: Puan Noraini Mohd ( 04- 2270364) Tempat : Pulau Pinang

testimoni Puan Noraini Mohd“Puan Noraini telah menjalani pembedahan saraf tunjang pada tahun May 2000. Selepas pembedahan, beliau hilang keupayaan untuk berjalan . Pelbagai ubat dan rawatan telah beliau jalani, dan pada tahun lalu beliau menjalani pembedahan sekali lagi bagi memasukkan plat besi di tulang belakang beliau. Masih menjalani fisioterapi di Hospital Pulau Pinang dan masih tidak boleh bangun berdiri dan berjalan.Beliau mengalami kemurungan dan stress yang teruk daripada keadaan fizikal beliau. Setelah mula mengambil Memo Plus Gold dan Arthrid @ Eaziflex dalam masa 2 minggu sudah menampakkan kesan yang ketara.Beliau sudah boleh menjalani latihan fisioterapi di hospital dengan keupayaannya sendiri dan telah menjalani kehidupannya dengan lebih ceria dan bersemangat. Beliau akan terus mengambil Memo Plus Gold dan Arthrid/Eaziflex.”

Kisah seorang ibu yang dikurniakan seorang anak yang menghidap Hyper-Aktif

testimoni Pn.SitiSetiap ibu di dunia ini mengimpikan kejayaan anak masing-masing. Begitu jugalah impian saya sebagai seorang ibu kepada Nur Alyaa’ Maisarah yang berusia 8 tahun.Saya, Pn.Siti berasal dari Pulau Pinang ingin berkongsi dengan anda kisah kejayaan dan cabaran yang saya lalui dalam mencapai impian tesebut. Anak saya merupakan seorang pelajar yang cemerlang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan prestasinya pada waktu itu cukup memuaskan. Namun begitu, pada bulan Disember 2010, dia diserang demam panas dengan suhu badan mencecah sehingga 40 darjah selsius. Saya merasa begitu cemas dan segera membawa Maisarah ke Hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut serta mendapatkan rawatan.

Rentetan daripada itu, doktor yang melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap anak saya telah memaklumkan bahawa serangan tersebut telah menyebabkan permasalahan dalam pembelajaran anak saya. Doktor menyatakan bahawa anak saya akan mengalami masalah dalam memberi tumpuan kepada pembelajarannya. Sehubungan dengan itu, anak saya mengalami gangguan tingkah laku dan kemungkinan besar akan menghidap sindrom hyperaktif atau kurang daya tumpuan dan hiperaktif. Doktor menasihati saya supaya bersabar dan tabah menghadapi situasi tersebut. Berita tersebut merupakan suatu tamparan dan kejutan yang hebat buat diri saya. Perasaan saya berkecamuk dan fikiran saya bercelaru memikirkan masa depan anak saya yang suram dan cabaran besar yang perlu saya lalui dalam mendidik anak saya. Saya diselubungi kekecewaan dalam menangani masalah ini.

Namun saya tidak pernah berputus asa. Sebagai seorang ibu, saya mencuba pelbagai kaedah rawatan demi membantu anak saya membina kembali keupayaan memberi tumpuan dalam pembelajaran. Saya mula mencuba beberapa jenis produk berbentuk jus juga vitamin untuk perkembangan otak yang diwar-warkan boleh memulihkan masalah kanak-kanak , hyperaktif dengan harapan anak saya akan pulih seperti sedia kala. Namun semua itu tidak juga mendatangkan hasil. Keadaan Maisarah masih tiada peningkatan, beliau masih mengalami kesukaran mengenalpasti abjad.

Apabila sesi persekolahan bermula, saya mengalami satu lagi kejutan. Pihak sekolah memaklumkan bahawa tingkahlaku Maisarah yang cenderung mengganggu rakan-rakan serta adakala mengoyakkan buku di sekolah adalah diluar kawalan para guru. Saya seringkali terpaksa ke sekolah kerana menerima aduan demi aduan dari para guru. Apabila keputusan peperiksaan penggal pertama diumumkan, Maisarah gagal dalam kesemua matapelajaran. Saya berasa tertekan dan malu dalam menghadapi masalah ini. Kadang kala saya menangisi sitiuasi ini akibat perasaan kecewa dan putus asa.

Pada suatu hari, saya terdengar suatu rancangan tajaan yang keudara di salah satu radio tempatan kegemaran saya. Rancangan tajaan oleh Oze Marketing Sdn Bhd yang memasarkan Memo Plus Gold sebagai makanan yang mengaktifkan sel-sel otak begitu menarik perhatian saya. Hati saya terdetik dan gerak hati kuat mengatakan mungkin ini penyelesaian kepada masalah yang saya hadapi.

Seterusnya, saya segera mengambil kesempatan menghubungi Pn.Norlina bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang produk dan wakil jualan di kawasan berdekatan. Pihak syarikat lantas merujuk saya kepada stokis yang berhampiran dengan rumah saya. Setelah menceritakan peristiwa yang berlaku terhadap Maisarah, beliau mengesyorkan Memo Plus Gold kepada anak saya dan menunjuk ajar kaedah pemakanan yang betul. Saya memastikan yang Maisarah tidak tertinggal mengambil Memo Plus Gold setiap hari selama 3 bulan tanpa henti. Maisarah meneruskan pembelajaran seperti biasa seterusnya menduduki peperiksaan penggal kedua di sekolahnya. Apabila keputusan diumumkan, saya dimaklumkan oleh Maisarah yang guru kelas ingin berjumpa saya. Saya merasa cemas memikirkan perihal tersebut.

Namun apabila saya bertemu dengan guru kelasnya, saya dikejutkan dengan berita keputusan peperiksaan Maisarah yang CEMERLANG. Dia mencapai gred A dalam kesemua matapelajaran , serta dapat menguasai bahasa cina dengan baik dan daripada mendapat nombor terakhir dalam kelas beliau mampu dapat nombor 4 untuk peperiksaan akhir tahun baru baru ini. Saya kaku seketika dan tidak percaya dengan apa yang ditunjukkan oleh guru tersebut tetapi itu adalah KEBENARANNYA. Inilah saat-saat yang begitu saya nantikan. Saya lantas menghubungi Pn.Norlina untuk berkongsi khabar gembira ini dengan beliau. Beliau berasa sungguh gembira dan mencadangkan agar saya berkongsi pengalaman serta membantu orang yang senasib dengan saya.

Tanpa berfikir panjang, saya mengambil keputusan menjadi pengedar produk Memo Plus Gold dengan niat ikhlas membantu seramai mungkin mereka yang mengalami masalah yang sama seperti saya dan juga menolong anak-anak hyperaktif mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan .

Saya amat berterima kasih kepada Syarikat Oze Marketing kerana mengeluarkan produk yang hebat dan berkesan untuk pengukuhan daya ingatan dan perkembangan minda ini. Kini, anak saya semakin cerdas dan bijak serta merupakan pelajar yang cemerlang setiap tahun. Sebagai ibu yang bertanggungjawab dan mengimpikan kejayaan anak, itulah satu-satunya harapan saya. Malah dengan menjadi pengedar produk Memo Plus Gold juga membantu saya menjana pendapatan yang lumayan setiap bulan dengan memasarkan produk ini kepada mereka yang memerlukan.

Bak kata pepatah, “jika tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. “Nak seribu daya, tak nak seribu dalih”. “Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan”. Memo Plus Gold merupakan suatu pilihan yang tepat untuk diri saya dan seisi keluarga. Saya telah berjaya mengubah nasib anak saya.

Mereka yang berminat mendapatkan maklumat lanjut http://www.youtube.com/watch?v=fT5_jbypmdw tentang produk itu boleh menghubungi Pn. Norlina Mohamed di talian 019-260 7660 .

5 – Sebab Mengapa Anak Anda Mungkin Seorang yang Pintar

Di sini berita baik bagi ibu bapa!
“Anak anda telah masuk ke dunia ini lengkap dengan komputer canggih yang boleh diprogram untuk mencapai apa sahaja.” Ya, ini benar. Dan ia diguna-pakai bukan sahaja kepada anak anda, tetapi juga kepada kita semua. Kita semua ada apa yang perlu untuk berfungsi ketahap optimum – untuk menjadi pelajar terbaik, untuk menjadi yang terbaik dalam kerjaya, dan untuk berfungsi dengan efisien dalam setiap bidang hidup kita.

Perlukan bukti?
Lihatlah segala perkara dan sistem yang baik sekeliling kita, PC anda, internet, satelit, kapal angkasa, telefon bimbit, sidang video, sistem penjagaan kesihatan yang moden, pembangunan dalam bioteknologi, dan jutaan lain-lain perkara yang menakjubkan yang membuat hidup kita lebih mudah dan menghiburkan. Semua ini dikandung dan dicipta oleh otak manusia.

Yang paling penting untuk diperhatikan disini ialah terdapat tuan punya otak yang kreatif ini disangka seorang yang membosankan dan sederhana sahaja semasa mereka kanak-kanak! Contoh yang terbaik ialah Thomas A. Edison yang diisytiharkan pelajar yang membosankan dan lembab oleh guru-gurunya. Jadi, mana-mana kanak-kanak yang normal boleh belajar untuk menghasilkan sesuatu yang menakjubkan, untuk mencapai kejayaan yang luar biasa.

Masih tidak percaya? Oleh itu di sini terdapat lima sebab yang kuat mengapa anak anda boleh menjadi seorang yang berjaya: <0L>
Anak anda memang dilahirkan menjadi pemenang. Sesiapa yang berjaya dilahirkan di bumi ini sediakalanya pemenang. Menakjubkan. 2 Anak anda punyai komputer yang paling berkuasa, otak, yang boleh diprogram untuk memcapai apa sahaja. 3 Kuasa otak anak anda tidak terhad. Ini bukan hanya pandangan saya. Ia adalah juga pendapat ramai para saintis dan pakar-pakar tentang otak manusia. Dengan menggunakan kuasa otak dengan efisien, anak anda boleh belajar apa sahaja dan boleh mencapai kejayaan. 4 Anak anda telah pun mencapai banyak kejayaan yang signifiken. Tidak, saya tidak membesar-besarkan. Cuba kira semua kemahiran atau kerja atau hobi yang anak anda telah belajar sehingga kini. Seperti menunggang basikal, bermain bola atau tenis, melukis gambar, berucap, membuat kraf tangan dan sebagainya. Juga, kira berapa pertandingan dan ujian atau peperiksaan yang anak anda telah lulus sehingga hari ini. Bukan itu sahaja. Tambah beberapa kemahiran yang anak anda telah belajar di sekolah. Seperti membaca, menulis, mengira dan lain-lain. Anda pasti mendapat senarai yang panjang bagi pencapaian anak anda. Ya, semua ini adalah pencapaian dan kejayaan anak anda. Setuju, semua pencapaian ini mungkin bukan sesuatu yang menggegarkan dunia. Tetapi ia juga penting. Sebab ia menunjukkan yang anak anda ADA kebolehan untuk belajar. Ada kuasa untuk mencapai kejayaan. 5 Ia cuma memerlukan matlamat yang spesifik dan plan tindakan yang praktikal untuk mencapai kejayaan. Tidak ada perkara ajaib yang lain. Dan sesiapa termasuk anak anda boleh lakukannya. Jika anda lihat pada kelima-lima sebab di atas mengapa anak anda boleh menjadi seorang yang cemerlang, anda akan sedar yang tidak ada perkara yang mustahil. Dengan kepercayaan dan latihan yang betul, anak anda boleh buat apa sahaja. Mencapai mana-mana tahap kejayaan. Dan hari ini, anda boleh buat sesuatu untuk merangsang anak anda ke arah itu. Cuba bincangkan kelima-lima sebab di atas dengan anak anda. Tak kiralah samaada anak anda setuju atau tidak. Bincang sahaja informasi yang positif. Mengapa? Sebab apabila kita bercakap atau berbincang tentang perkara yang positif dan informasi dengan anak-anak kita, kita dengan secara otomatiknya memprogram minda mereka dengan perkara positif. Dengan otomatiknya juga kita membuat mereka sedar tentang perkara-perkara yang baik, yang mana akan membina pengaruh yang baik pada pemikiran dan kelakuan mereka kini atau kemudian. Jadi anda lihat, walaupun anak anda tidak menggunakan informasi di atas sekarang, otak anak anda tentu telah terdedah kepasa informasi yang positif. Dan ini selalunya langkah yang pertama untuk kejayaan yang besar. Masuklah kedalam pemikiran “SAYA BOLEH CAPAI APA SAHAJA” dan kekal di situ selamanya. Bantulah anak anda keluar dari penghidupan yang biasa dengan Memo Plus Gold hari ini!

21 Comments

  1. adminmemoplus
    November 16, 2012 at 3:47 am · Reply

    kami ada beberapa testimoni berkenaan kanak-kanak autism yang menggunakan Memo Plus Gold.. perubahan yang dapat dilihat amat memberansangkan tetapi harus sabar kerana perlu mengamalkan Memo Plus Gold dalam jangka masa yang lama sebelum kesan dapat di lihat..

    Oleh kerana Memo Plus Gold membantu otak secara amnya, maka Autism dan ADHD antara keadaan yang mendapat kebaikkan dalam penggunaan Memo Plus Gold..Terima kasih

  2. Anifah
    November 25, 2012 at 1:57 pm · Reply

    Macamana dengan anak2 yang ada masalah pembelajaran seperti down sindrom? Ada testimoni?

    • adminmemoplus
      November 26, 2012 at 2:54 am · Reply

      setakat ini tiada testimoni bagi Down Syndrome. Testimoni yang kami ada hanyalah bagi kanak-kanak hiperaktif dan juga keadaan yang lain. Tapi puan boleh mencuba juga kerana Memo Plus Gold merangkumi semua kebaikkan dari segi mencergaskan badan, meningkatkan daya ingatan dan juga membantu tumpuan..

  3. Roslin Taanyit
    April 7, 2013 at 11:50 am · Reply

    Saya mempunyai anak sangat aktif/kurang tumpuan/kurang tatabahasa berbanding umur sebenar/masalah membaca. bolehkah produk memo plus membantu. umur anak saya ni 13 tahun. gagal semua subjek UPSR. semoga pihak puan dapat membantu atau beri idea. Tq

  4. asmadi
    August 17, 2013 at 1:25 am · Reply

    Boleh kah anak saya yang berumur 4 tahun mengambil memo plus gold?

    • Adminmpg
      August 19, 2013 at 9:40 am · Reply

      Sebenarnya Memo Plus Gold di galakkan pemberiannya untuk kanak-kanak yang sudah mula belajar supaya mereka lebih cepat tangkap dan tajam pemikiran. Oleh itu kami tidak menggalakkan pemberian kepada anak yang masih belum belajar lagi. Tetapi jika ibubapa berminat untuk memberikan tiada kesan buruk atau masalah akan timbul kerana Memo Plus Gold merupakan 100% herba.. Permakanan secara berterusan akan membantu perkembangan otak, meningkatkan imun sistem badan dan kesihatan secara amnya..

  5. Pn Azila
    September 27, 2013 at 12:07 pm · Reply

    Anak saya berumur 6 tahun. Jika melihat kepada pembelajaran dia, pd usia 4 tahun dia telah mampu mengenal huruf, dan sekarang pada usia 6 tahun, dia sudah boleh membaca. Masalah yang saya hadapi, anak saya seorang yang hyperaktif dan tidak boleh duduk diam. Dia juga menghadapi alergi pada kulit. Saya sudah rujuk doktor tetapi, dr juga tdk dpt pastikan punca alergi kulit tersebut dn perlu buat ujian kulit. Pada usia 6 bulan, anak saya pernah ditahan di wad kerana demam panas dan chikunguya. Soalan saya adakah memo gold boleh diberikan pada usia 6 tahun? dan dapat merawat sakit alergi kulit?.. . Bolehkah memo gold dimakan bersama-sama dengan vitamin lain seperti vitamin C?

  6. zura83
    October 3, 2013 at 5:34 pm · Reply

    Slm.umur anak sy 3thn.dia seorang yg agk hyper,tdk bleh diam dan cepat boring dlm melakukn sesuatu.Ubt ni sesuai x utk pmasalahan yg d hdapi!

  7. Noor aini
    November 8, 2013 at 11:01 am · Reply

    tima kasih ya.. mana boleh saya dapat memo plus gold kt area nilai n9 ada pengedar x?..

    • Adminmpg
      November 12, 2013 at 10:54 am · Reply

      sama-sama. Di Nilai dapatkan dari farmasi terpilih seperti Sia-sia Pharmacy di Tesco, Multipurpose Pharmacy di Tmn Semarak dan Aiman Pharmacy di Jln Besar Nilai. TQ

  8. Noor aini
    November 12, 2013 at 10:39 am · Reply

    maaf ya nak tanya 2 biji sekali sehari atau 1biji 2 kali sehari?..

    • Adminmpg
      November 12, 2013 at 10:55 am · Reply

      berikan saja 2 biji sekali sehari ye..

  9. hasmah
    December 4, 2014 at 9:48 pm · Reply

    salam.. saya berusia 25 tahun dan menghadapi masalah cepat lupa apa yang dibaca. setiap kali mid term ketika belajar pasti saya harus membaca tajuk yang sama berulangkali walaupun telah membacanya beberapa kali untuk menghadapi final exam..

  10. hasmah
    December 4, 2014 at 11:32 pm · Reply

    maaf nk tau.. macammana cara nak tau kalau produk tu tiruan atau tidak.. biasalah zaman sekarang ada je pihak yang nak ambik untung dengan hasilkan produk tiruan..

    • Adminmpg
      December 8, 2014 at 3:19 pm · Reply

      Boleh ke Facebook kami Memo Plus Gold.. boleh ke album penerangan bagaimana anda boleh mengelak dari membeli Memo Plus Gold yang palsu. Kami juga sedang mengadakan jualan penghabisan stok untuk pengguna Facebook ya. TQ

  11. Sebastian
    December 29, 2014 at 9:26 am · Reply

    Salam sejahtera. Saya masih mempunyai kemusykilan berkenaan cara pengambilan. Saya pernah terbaca, pengambilannya bagi orang dweasa adalah dua kali sehari, iaitu sebiji selepas sarapan pagi dan sebiji pada sebelah malam, perlu dijarakkan 3 jam sebelum tidur. Dalam satu ruangan yang lain, saya terbaca yang pengambilan bagi orang dewasa adalah dua biji sekali. Mohon pencerahan tentang kaedah pengambilan yang betul.

    • Adminmpg
      December 29, 2014 at 2:18 pm · Reply

      Salam sejahtera. Sebenarnya mana-mana cara pengambilan juga betul asalkan setiap hari minimum 2 biji di ambil. Kadangkala kita terlupa jadi mudah jika terus ambil 2 biji terus. Yang penting pengambilan adalah berterusan setiap hari ya. Terima kasih!

  12. qaseh diana
    June 19, 2015 at 10:16 am · Reply

    Saya nak tanya kat mana nak dpt kan
    produk memo plus gold ni di kawasan telok panglima garang selangor…..

    • Adminmpg
      June 24, 2015 at 10:47 am · Reply

      Di kawasan Telok Panglima Garang dapatkan di farmasi Ariv di sebelah balai polis ya. TQ

  13. Nazrul Hakim bin Mohamed kassim
    February 1, 2016 at 9:06 pm · Reply

    Nak tanya budak yg menghadapi periksa seperti spm pt3 n upsr boleh amal kan ni tak?
    Dan harga memo plus sekotak berapa ya?

    • Adminmpg
      February 19, 2016 at 10:03 am · Reply

      sesiapa sahaja boleh makan Memo ya. Harga semenanjung Rm59.90 + 6% gst. TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>