Dalam Sanskrit, perkataan Ayurveda terdiri dari kata-kata ayus, bermakna ‘hidup’, dan veda, bermakna ‘berkaitan pengetahuan’ atau ‘sains. Ayurveda menekankan kegunaan tumbuhan semulajadi dan herba bagi merawat penyakit.
Konsep Perubatan Tradisional Ayurveda adalah ia akan meyembuhkan penyakit dari dalam ke luar. Bermakna penyembuhan adalah berkekalan dan juga tanpa kesan sampingan memudaratkan kepada organ dalaman yang lain. Seorang pesakit perlu dibimbing untuk memenuhi semua syarat penggunaan herba yang betul supaya mendapat hasil optima dan khasiat herba yang diamalkan.
Syarat Penggunaan adalah seperti berikut :-
- Keyakinan
- Amalan yang berterusan
- Munculnya krisis penyembuhan (Healing Crisis)
- Dos yang mencukupi dan teratur.
Krisis penyembuhan (healing crisis) adalah tanda-tanda yang menunjukkan herba sedang bekerja yang dikenali sebagai Direction of Cure (DOC). Beberapa DOC yang muncul akibat penggunaan herba antara lain:-
Bertambah keluar penyakit.Seringkali kita menjumpai seseorang yang menggunakan herba mengalami healing crisis, dimana nampak semakin bertambah penyakit yang keluar, seperti Migrain bagi pengguna Memo Plus Gold, gatal-gatal di kulit bagi pengguna Cogent db+ dan sakit di sendi bertambah bagi pengguna EaziFlex.
Berpindah penyakit dari bahagian tertentu kepada bahagian yang lain. Kita juga sering lihat perubahan beberapa penyakit seperti pelajar yang makan Memo Plus Gold untuk meningkatkan ingatan tetapi sebaliknya menyembuhkan tonsil yang dihidapinya.
Terasa sakit di bahagian pinggang dan telapak kaki. Sistem saraf yang mempengaruhi keadaan ini dimana rasa sakit akan terasa seolah-olah berpindah turun ke bawah terutama di sekitar pinggang dan langsung ke telapak kaki. Telapak kaki dihubungkan ke wilayah refleksi bagi perawatan seluruh tubuh.
Mengulangi sejarah kesakitan. Pengulangan simptom yang tidak disedari telah keluar di suatu masa dahulu.
Pusat Penyelidikan Ubat ( CDRI), India telah di tubuhkan selepas India merdeka pada 1951 melakukan kajian menyeluruh ke atas setiap herba dan menemui 2 molekul penting dalam Bacopa Monnieri / Brahmi dan menamakan ia sebagai Bakosida A & B. Proses pengekstrakkan standard ke atas kedua-dua molekul ini telah di bangunkan dan dipatenkan oleh CDRI.
Pada masa kini, pengeluaran CDRI Brahmi melalui proses ketat dan diawasi oleh KERAJAAN INDIA sendiri bagi mengawal kualiti, keberkesanan dan ketulinan setiap kapsul yang dikeluarkan.
Saya nak beli Memo plus gold secepat mungkin. Ada tk stokis yang terdekat dengan Banting Selangor.
Di Banting dapatkan di Farmasi Penawar atau Farmasi Dinamik di Jln Bunga Pekan Banting. TQ