Gaya Hidup Sihat, Cara Semulajadi.
Digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit otot dan sendi-sendi
Eaziflex dirumus secara tradisional mengikut perubatan Ayurvedic. Ia mengandungi Salai gunggul – sejenis resin yang diperolehi daripada pokok Boswellia serrata yang digunakan untuk melegakan sakit otot dan sendi-sendi. Eaziflex didapati dalam bentuk kapsul.
Ambil 2 biji kapsul Eaziflex 2 kali sehari untuk mendapat kelegaan cepat dan berkesan. Boleh didapati disemua farmasi utama.
Soal jawab dan perbincangan tentang Eaziflex
Apakah dia Eaziflex?
Eaziflex adalah satu persediaan herba semulajadi yang membantu dan mengurangkan sakit-sakit otot dan sengal-sengal sendi. Ianya terdapat dalam bentuk kapsul untuk dimakan.
Apakah tanda-tanda seseorang itu mengalami masalah sakit-sakit otot dan sendi?
Mereka akan merasa kesakitan teruk dibahagian sengal-sengal sendi terutamanya di kaki dan tangan. Mereka tidak dapat menggerakkan kaki atau tangan mereka dengan selesa. Juga bahagian-bahagian ini akan nampak kemerahan, kerepuhan dan radang.
Apakah ramuan-ramuan utama Eaziflex?
Ramuan-ramuan utama dalam Eaziflex adalah Piper Longum dan Salai Gugul untuk menolong melegakan kesakitan.
Bagaimanakah cara penggunaan Eaziflex?
Setiap orang yang mengalami masalah sakit-sakt otot atau sendi perlu makan persediaan herbal Eaziflex dalam bentuk kapsul 2 kali setiap hari, selepas makan.
Apakah sukatan pengambilannya?
Seseorang perlu mengambil 2 biji kapsul Eaziflex setiap hari 2 kali sehari, iaitu sebelah pagi dan pada waktu malam, selepas makan.
Berapa lamakah seseorang harus mengambil Eaziflex?
Ianya bergantung kepada keadaan masalah individu. Sekurang-kurangnya seseorang mesti mengambil Eaziflex untuk 3 bulan secara berterusan. Untuk keadaan yang lebh serius, kami syorkan supaya Eaziflex diambil sekurang-kurangnya untuk 6 bulan berterusan.
Apakah ada-apa makanan yang perlu dielakkan semasa tempoh pengambilan Eaziflex?
Memang ada. Makanan yang perlu dielakkan adalah seperti makan berasid, makanan masam seperti oren dan limau dan juga makanan yang mengandungi protin yang tinggi seperti kacang soya, tauhu, taugeh dan daging merah.
saya nak tnya.. harga untuk Kapsul Eaziflex berapa sekotak? tahan tuk berapa lama?