Nilai Pembelajaran di Rumah

Posted on February 15, 2014 · Posted in Kemahiran Keibubapaan, Pengetahuan am, Teknik Membelajar Efektif

Kita semua sedar betapa pentingnya mempunyai pelajaran dan bagaimana arus kemodenan ini mengaitkan kejayaan kepada tingginya tahap sijil yang di pegang oleh seseorang. Tapi, apakah maksud sebenar dalam mempunyai pelajaran ? Apakah maksud sebenar kejayaan? Siapa yang dapat menentukan samada kita berjaya atau tidak ? Apakah pelajaran dan kejayaan membolehkan kita gembira tanpa pengalaman ?

article 7Tiada jawapan yang pasti terhadap semua soalan di atas, tetapi kebanyakkan keluarga berpendapat selagi anak-anak mereka cemerlang di dalam pelajaran maka ia juga membuka jalan bagi mereka untuk berjaya. Walaubagaimanapun, pelajaran di sekolah bukanlah segala-galanya. Tidak semestinya dengan mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan akan menjamin kejayaan.

Hampir semua kanak-kanak pergi ke sekolah untuk belajar sesuatu yang di bina untuk mereka dan setiap program tidak semestinya relevan kepada kehidupan seharian di luar.  Sebagai ibubapa, kita perlu membantu anak-anak kita untuk mengemudi kehidupan mereka ketika di usia muda. Apa yang anak kita lakukan untuk memuaskan diri mereka dan cara mereka menghormati orang lain merupakan pengajaran sebenar yang akan di guna pakai pada kehidupan sebenar berbanding apa yang mereka pelajari di sekolah.

Kadangkala kunci kepada pembelajaran dan kehidupan yang boleh di ajar kepada anak sebagai seorang ibubapa adalah dengan mengajar mereka perkara yang di perlukan untuk hidup bermasyarakat. Pengajaran ini berbeza dengan pelajaran yang di ajar di sekolah kerana setiap ajaran dari ibubapa boleh di praktikkan di dalam kehidupan semasa. Manakala pelajaran yang di perolehi di sekolah hanya di gunakan apabila bekerja nanti. Pengajaran yang boleh kamu berikan kepada mereka boleh di sampaikan dalam bentuk hobi, permainan dan juga aktiviti luar seperti berbasikal atau merentas hutan. Mungkin dengan ini mereka dapat memikirkan perkara yang mereka sukai serta menambah pengetahuan tentang teknik untuk hidup.

Walau apapun perkara yang kita ajari kepada mereka bukanlah kerana ianya amat penting untuk di ketahui oleh semua orang. Kita mengajar mereka kerana mereka harus tahu arah tujuan kehidupan mereka bermula dari kecil. Perkara seperti budaya, bahasa dan bagaimana mencari kawan pula adalah perkara yang akan mereka belajar berdasarkan pengalaman bersama orang di sekitar mereka. Pelajaran juga tidak perlu di risaukan kerana dengan mengambil bahagian bersama masyarakat sifat ingin tahu anak-anak akan terserlah dan mereka akan mula belajar untuk meningkatkan pengetahuan sendiri.

Sebagai ibubapa, kita juga perlu memberi tekanan kepada mereka untuk berjaya. Lakukannya dengan bijaksana supaya mereka seronok menerima cabaran yang kita berikan. Cabar mereka sepertimana kita mencabar diri kita untuk berjaya. Beri mereka lihat sedikit jawapan daripada persoalan yang kita utarakan kepada mereka. Pastikan penemuan yang menarik supaya mereka berminat untuk mempelajari dan bertanya soalan. Jika kita nampak benda menarik dan bersejarah, tunjukkan kepada mereka dan tanya soalan yang susah yang pastinya menguji minda mereka untuk mencari jawapan. Galakkan mereka menyoal dan menyertai perbualan tentang perkara-perkara yang lebih mencabar berbanding usia mereka supaya mereka tidak hanya duduk di dalam kepompong dunia sendiri.

Apabila persoalan seperti “bagaimana” harus kita didik anak kita, jawapan yang pasti adalah, “sebagaimana yang kita boleh”. Asalkan pengajaran yang kita terapkan itu dengan tujuan yang baik, menyeronokkan dan menarik minat mereka, kita berada di jalan yang betul. Kerana itulah perkara yang akan kita jumpa di sepanjang hidup kita. Pengajaran asas yang di lakukan bermual di rumah menyediakan mereka untuk menghadapi kehidupan luar yang semakin mencabar.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.