Membina Keyakinan Diri Anak Anda

Posted on March 11, 2014 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Ini merupakan salah satu perkara yang ibubapa mahu beri kepada anak mereka dan salah satu perkara yang mereka rasa tidak tahu bagaimana untuk melaksanakannya iaitu menaikkan keyakinan diri anak mereka. Keyakinan diri adalah seperti cermin, mudah retak dan tidak tahu bagaimana untuk di bina semula. Keyakinan diri merupakan segalanya tentang diri kamu termasuklah keyakinan di dalam perhubungan, keyakinan terhadap tubuh kamu dan keyakinan dengan pekerjaan. Jadi bagaimana kamu boleh memupuk perkara ini di dalam hidup anak kamu?

Kita mengajar anak-anak kita bahawa jujur dan amanah merupakan perkara paling baik sejak dari mereka kecil lagi. Ini juga mengikat kita sebagai ibubapa di dalam mengajar anak-anak kerana mereka percayakan kita sebagai ibubapa. Keyakinan diri mereka berkait rapat dengan kebolehan kita untuk bertindak jujur ketika berhadapan dengan mereka. Sebagai contoh, jika anak kamu tidak mempunyai kebolehan di dalam bidang seni jangan mereka cerita dengan memuji kebolehan mereka melukis. Anak kamu akan menyedari kamu tidak berkata benar dan seterusnya mereka akan tidak mudah percaya apabila kamu mengeluarkan kata-kata positif di masa akan datang. Tidak kiralah samada ketika itu kamu berkata benar. Sebaliknya katakan sesuatu yang benar terhadap usaha yang mereka telah lakukan di dalam menyiapkan lukisan terbabit. Berikan komen yang menunjukkan kamu tidak mengadili mereka seperti, “ Kamu benar-benar menggunakan imaginasi dengan melukis bunga menggunakan pelbagai warna”. Ini dengan ringkas hanyalah menyatakan pemerhatian kamu dan bukanlah menyatakan perkara yang tidak benar bekernaan lukisan terbabit.

Juga, fahami yang anak kamu dan kelakuan mereka adalah dua benda yang berbeza. Ini memang sesuatu yang amat susah untuk di bezakan terutamanya apabila anak kamu melakukan perkara yang membuatkan kamu merasa mereka tidak selamat atau membuatkan kamu separuh gila merisaukan mereka. Tetapi, apabila kamu mendisiplinkan kelakuan anak kamu ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri mereka secara positif. Mengapa? Jika anak kamu merasakan kamu marah kepada mereka berbanding kelakuan mereka maka ini akan memberi impak negatif terhadap keyakinan diri mereka. Menggunakan teknik “saya” ketika bercakap dengan mereka dapat membantu.  Sebagai contoh katakan, “Saya tidak suka kamu meletakkan mainan kamu merata-rata di lantai” berbanding “ Kamu seorang budak yang suka menyepahkan alat mainan. Perbezaan ayat terbabit memberikan perbezaan samada kamu menyerang kelakuan mereka ataupun diri mereka sendiri.

Biarkan anak kamu melakukan sedikit keputusan mereka. Kanak-kanak di dalam situasi di mana semua orang biasanya sentiasa menyuruh mereka melakukan sesuatu tanpa member mereka peluang untuk membuat keputusan. Apabila kanak-kanak di berikan peluang untuk membuat pilihan, walaupun hanya perkara kecil, mereka belajar untuk bergantung kepada diri mereka sendiri. Kamu tidak mahu anak kamu membesar dengan bergantung kepada orang lain untuk panduan. Pilihan mudah seperti apa yang harus di pakai ( kamu boleh menawarkan beberapa pilihan) atau memilih makanan boleh membuatkan mereka mampu berfikir tanpa sebarang bantuan.

Galakkan anak kamu untuk mencuba benda baru. Walaupun tiada kesalahan dalam menggalakkan potensi sedia ada untuk membantu membina keyakinan diri mereka, ia juga penting bagi mereka untuk berekperimentasi untuk mencari kelebihan lain yang mereka ada. Mencuba sesuatu perkara baru membantu mereka mengatasi ketakutan terhadap perkara yang mereka tidak ketahui dan membantu mereka belajar untuk mengatasi perasaan ketika berjaya atau gagal.

Jika seorang kanak-kanak tidak belajar perkara baru, ini boleh  mendatangkan masalah terhadap hidup mereka di masa hadapan.

Lagipun, tidak semua orang hidup di dunia ini di mana semuanya sama setiap hari. Hidup sentiasa berubah, samada kamu berpindah ke bandar lain ataupun memulakan pekerjaan baru. Jika anak kamu mempunyai pengalaman dalam mencuba perkara baru, walaupun kecil, perubahan hidup yang lebih besar di masa akan datang akan menjadi lebih mudah seperti meninggalkan rumah untuk ke kolej dan juga memulakan pekerjaan.

Ini adalah beberapa perkara kecil yang mampu membantu pembentukkan keyakinan diri anak kamu. Perkara paling penting kamu perlu ingat adalah ini merupakan proses yang berterusan. Perkara-perkara kecil tetap di ambil kira walaupun nampak tidak penting sekarang. Ambillah masa untuk mengenalpasti kelebihan anak kamu dan dengan beberapa teknik yang kamu lakukan secara konsisten pastinya membantu anak kamu menjadi seorang yang sihat dan sangat berkeyakinan di masa hadapan.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.