Perjalanan Kehidupan

Posted on April 3, 2014 · Posted in Pengetahuan am

Ramai yang mengatakan mereka mahu membunuh diri tetapi mereka tidak mahu mati. Petikan di atas sama seperti kehidupan, mengelirukan dan sangat komplek tetapi ia bukanlah satu alasan. Kehidupan kadangkala boleh menjadi sangat sukar dan kadangkala ramai yang tersungkur kerana cabaran yang terlampau hebat. Tapi kamu perlu sentiasa mengekalkan sikap positif.

Kehidupan tidak selalunya adil tetapi Tuhan hanya memberikan kamu cabaran yang kamu boleh hadapi sahaja. Belajar dari kesilapan, ambil risiko dan gapai impian kamu. Kehidupan hanya sekali. Sayangi diri kamu, sayangi segalanya di sekeliling kamu dan buat perubahan yang baik dengan kehidupan seseorang.

Belajar memberi dan menerima kasih sayang. Sayangi kawan kamu, sayangi keluarga kamu dan jangan teragak-agak untuk menyatakan betapa pentingnya mereka kepada kamu. Masa kita di dunia ini mungkin berakhir esok hari, jadi ada baiknya jika kita meluahkan apa yang terbuku di hati sebelum terlambat.

Belajar untuk meluangkan masa untuk diri kamu. Belajar yang kehidupan merupakan satu perjalanan yang perlu di nikmati setiap saat. Kamu tidak boleh hidup dengan ketakutan. Kamu perlu yakin dan teruskan perjalanan walaupun dengan seribu kepayahan. Kita tidak boleh kembali ke masa lampau, tetapi kita masih di kurniakan kenangan untuk mengingati peristiwa yang berlaku di masa lepas. Jangan sedih apabila peristiwa yang baik berlaku tetapi rasa gembira kerana ianya terjadi. Kamu harus meneruskan perjalanan dan jangan di sekat oleh kenangan. Kadangkala kamu pasti tertanya-tanya tentang mengapa manusia bertindak seperti itu?

Apabila segalanya berjalan lancar tiada siapa ingat pada Tuhan. Hanya ketika mengalami krisis kita mencari pertolongan darinya. Mengapa ini yang terjadi? Dan juga ada ketika kamu memberikan kasih sayang terhadap orang lain dan mereka buang kasih sayang itu ke tepi. Kamu mempercayai kawan-kawan kamu tetapi mereka tidak membantu di saat kamu susah. Mengapa?

Jawapannya, segalanya itu merupakan norma kehidupan. Dalam kehidupan kamu ada kalanya kamu akan menemui ketidakadilan tetapi jangan risau. Selagi kamu tidak menyusahkan orang lain atau menyakiti sesiapa, kamu tidak akan di belenggu kekesalan. Perhatikan halangan yang datang dalam hidup kamu dan hadapi ia. Jangan berputus asa kerana sampai masanya kamu akan berjaya juga.

Sayangi hidup kamu dan nikmati perjalanan kamu.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.