Rutin untuk Kegembiraan

Posted on April 1, 2014 · Posted in Pengetahuan am

Rutin harian merupakan perkara yang kamu ulangi setiap hari dan akhirnya menjadi perkara yang membosankan. Oleh itu kamu boleh menjadikan rutin harian kamu lebih gembira supaya hari kamu juga bermula dengan senyuman.

Mempelajari dan Mengaplikasi Kemahiran KeibubapaanKamu boleh mulakan rutin harian yang menggembirakan dengan mengemas katil setiap pagi. Dengan memastikan cadar kamu berada di tempatnya dan selimut kamu terlipat rapi setiap pagi, kamu akan merasa hidup kamu lebih teratur walaupun bilik kamu bersepah. Secara psikologinya kamu juga akan merasa lebih tenang kembali ke rumah dan melihat katil kamu tersusun rapi  dan sedia untuk di gunakan.

Rutin kedua yang pasti menggembirakan kamu adalah dengan mengambil sarapan seperti coklat panas bersama roti. Coklat telah terbukti dapat membuatkan seseorang rasa gembira dan kenyang. Selain itu, dengan mengambil sarapan kamu akan merasa lebih bertenaga untuk memulakan hari kamu.

Rutin yang menggembirakan tidak perlu menjadi satu aktiviti yang logik atau perlu di lakukan. Kamu juga boleh mencipta sesuatu yang menyeronokkan supaya hari kamu lebih baik. Sebagai contoh, hubungi ibubapa kamu setiap hari jika kamu tinggal jauh untuk perbualan, atau bersenam di taman yang cantik ataupun mencari hobi sesuai yang boleh kamu lakukan sekerap mungkin.

Rutin kecil boleh memberikan satu perbezaan yang besar di dalam hidup kamu. Setiap hari ada isu kecil atau besar untuk kita hadapi seperti masalah kerja, jalanraya yang sesak, anak-anak sakit, pelanggan yang tidak berpuas hati dan lain-lain. Dan kita juga tidak mempunyai kawalan untuk setiap masalah yang kita hadapi.Oleh itu, mempunyai rutin harian yang mudah dan menggembirakan dapat memberikan kamu sedikit kawalan terhadap kehidupan kamu.

Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.