Peranan Kawan dalam Kecemerlangan

Posted on April 7, 2014 · Posted in Pengetahuan am
Kecemerlangan di dalam hidup atau pelajaran banyak bergantung kepada persekitaran kita. Terutamanya kawan atau sahabat. Banyak gejala tidak sihat berpunca dari pergaulan yang juga tidak sihat. Oleh itu ibubapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk disiplin dan menjaga batasan pergaulan anak-anak terutamanya yang masih di bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Mari kita lihat apa pesanan Imam Ghazali tentang KAWAN ini dan ambil iktibar tentang cara-cara kita memilih kawan di dalam kehidupan. Kerana kawan itu mencerminkan diri kita juga.
1. Pilihlah kawan yang berakal, jangan pilih kawan yang bodoh kerana ia akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.
2. Pilihlah kawan yang berakhlak, jangan pilih kawan yang jahat kerana akan di ransang nafsu jahatnya.
3. Pilihlah kawan yang soleh, jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.
4. Pilihlah kawan yang berserdahana, jangan pilih kawan yang tamak kerana akan jadi racun berbisa kepada sikap pemurah.
5. Pilihlah kawan yang bercakap benar, jangan pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.