Tumpuan Meningkat Berlipat Ganda

Posted on August 5, 2014 · Posted in Testimoni

Tumpuan Meningkat Berlipat Ganda

Saya, Divesh Ragavan, merupakan anak kedua di dalam keluarga. Saya bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Segambut, Kuala Lumpur ketika di Tahun Enam. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya, bagaimana Memo Plus Gold telah mengubah hidup saya dalam membantu memastikan pembelajaran dan kecergasan diri saya sentiasa berada pada tahap yang optimum.

Semuanya bermula sewaktu saya berada di darjah empat di mana guru-guru sekolah saya telah melantik saya sebagai pengawas. Seperti mana yang diketahui umum, tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pengawas adalah sangat besar. Sebagai seorang pengawas, saya perlu cekap bertindak dan berfikiran tajam dalam membuat tindakan atau keputusan. Setiap tindak-tanduk saya juga sentiasa diperhatikan sebagai kayu ukur. Sebaik sahaja melangkah ke tahap dua, jadual harian saya semakin padat apabila saya terpaksa meluangkan beberapa jam lebih daripada kebiasaan demi menghadiri aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Setahun telah berlalu. Saya menghadapi hari-hari yang sibuk dan penuh kepenatan tanpa sebarang rungutan atas dasar tanggungjawab. Namun, hari demi hari, lebih banyak lagi tanggunjawab harus saya pikul. Saya juga telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan catur, pertandingan pidato, pertandingan syarahan dan juga pameran sains pada peringkat kebangsaan. Jadual harian saya semakin padat. Saya bangun seawall jam 5.30 pagi setiap hari dan hanya pulang ke rumah kira-kira pada jam 6.00 petang. Hampir 12 jam masa saya habiskan di sekolah. Jadual sebegini sememangnya menuntut saya untuk menjadi sentiasa cergas dan aktif. Kadang kala, saya juga perlu menghadiri kelas tambahan pada waktu malam di sekolah. Sampai pada suatu ketika saya berasa seperti berada di awang-awangan kerana badan saya terlalu letih dan otak juga tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Memang pepatah ada mengatakan bahawa “Alah bisa tegal biasa”. Namun malangnya, pepatah itu tidak menjadi untuk diri saya.

Tumpuan Meningkat Berlipat Ganda

Saya sering mengadu keletihan dan kepenatan setiap kali pulang dari sekolah. Selera makan saya juga menurun akibat terlalu penat. Tumpuan dan fokus saya juga kerap kali terganggu. Jauh di sudut hati saya, saya dapat merasakan bahawa saya tidak lagi mampu untuk bergiat aktif di sekolah seperti dahulu. Ibu mana yang tidak risau melihat perubahan yang sebegini rupa dalam diri si anak. Pelbagai cara dilakukannya untuk melihat saya kembali aktif seperti sediakala namun semuanya sia-sia belaka. Pada suatu hari, rakan kepada ibu saya telah memperkenalkan Memo Plus Gold kepada ibu. Menurut rakannya itu, Memo Plus Gold merupakan makanan tambahan yang mampu untuk meningkatkan kecergasan, membantu dari segi mengingat, menghafal dan menambahkan tahap fokus, lebih-lebih lagi pada pelajar macam saya. Dengan harga yang berpatutan RM59.90 bagi 60 biji kapsul sekotak tidaklah membebankan untuk memperolehnya. Sejurus selepas itu, saya mula mengamalkan pengambilan Memo Plus Gold dalam diet harian saya.
Selepas dua bulan, saya dapat merasakan perubahan dalam diri saya. Saya sudah tidak terlalu letih dan penat sebaik sahaja pulang dari sekolah. Badan saya berasa lebih cergas dan bertenaga. Menghadiri kelas malam juga tidak lagi menjadi satu masalah atau bebanan kerana kini saya dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dan kekal fokus untuk satu jangka masa yang lama. Ibu bapa dan keluarga saya ternyata gembira dan berpuas hati melihat perubahan yang saya alami. Kini, kakak dan adik perempuan saya turut mengamalkan pengambilan Memo Plus Gold dalam diet harian mereka. Saya turut memperkenalkan produk ini kepada rakan-rakan saya di sekolah supaya kami semua dapat sama-sama belajar dengan lebih bertenaga dan lebih aktif di sekolah.

Perubahan demi perubahan berlaku. Saya kini boleh kembali tersenyum apabila berjaya mencatatkan keputusan yang cemerlang di dalam ujian bulanan dan peperiksaan. Ini dapat dilihat apabila gred saya mula meningkat daripada B kepada A dalam sesetengah subjek, seperti Bahasa Melayu, Pendidikan Moral dan Pendidikan Seni. Saya juga amat bersyukur apabila berjaya merangkul tiga tempat teratas dalam kebanyakan pertandingan yang saya sertai. Apa yang lebih menggembirakan saya ialah apabila impian saya menjadi kenyataan. Usaha saya telah membuahkan hasil apabila saya memperoleh 7A dalam Ujian Penilaian Menengah Rendah (UPSR) dan sekaligus diberi penghormatan untuk menerima Anugerah Tokoh Murid semasa berada dalam Tahun Enam.

Tumpuan Meningkat Berlipat Ganda

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada ibu saya kerana telah memperkenalkan Memo Plus Gold kepada saya. Ternyata produk ini telah mengembalikan kecergasan dan fokus dalam menjalani rutin harian yang sangat padat ini. Saya telah pun merasai hasilnya dan anda semua juga patut mencubanya!

Oleh Divesh Ragavan
Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.