3 min Hilangkan Migrain

Posted on August 3, 2015 · Posted in Pengetahuan am

Sakit kepala ataupun migrain? Bahagian atas dan belakang kepala terasa berdenyut-denyut, pening-pening lalat secara tiba-tiba? Migrain memang boleh membuatkan anda hilang perhatian terhadap suasana sekeliling, dan membantutkan hari gembira anda.

Bila migrain menyerang, biasanya kita hanya akan makan ubat dan tidur dengan harapan sakit akan hilang selepas bangun. Namun bagaimana pula jika anda alergik terhadap ubat migrain? Atau sakit masih berlaku walaupun telah berkali-kali makan ubat.

Berikut adalah alternatif lain yang penulis peroleh dari portal Siraplimau yang boleh dicuba:

Bahan:

  • Sedikit kulit lemon
  • Jus perahan lemon
  • Garam Himalaya

Note: Garam adalah baik untuk kesihatan anda kerana ianya meningkatkan kadar serotonin yang khasiatnya dapat membuatkan sistem imun anda kuat.

Cara penyediaan:

  • Campurkan jus lemon dengan beberapa kulit lemon dalam mangkuk.
  • Masukkan bersama dengan kira-kira dua sudu besar garam Himalaya.
  • Campur dalam segelas air.
  • Cuba untuk minum semuanya dengan sekali teguk kerana rasanya tidak enak.

Selepas anda selesai minum, dalam masa beberapa minit kesakitan akan berkurangan atau akan hilang.

Note: Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, ambil garam dalam kuantiti yang berpada-pada.

Sumber : wanista.comMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.