Susu + Kunyit : Penyelesaian Alam Semulajadi

Posted on August 5, 2015 · Posted in Pengetahuan am

Susu sememangnya terkenal sebagai minuman yang memiliki banyak manfaat. Daripada anda mencampurkan gula, krim ataupun coklat ke dalam susu, apakata anda cuba campurkan kunyit ke dalamnya. Kombinasi ini sejak dahulu lagi dipercayai memiliki banyak manfaat kesihatan, seperti berikut:

1. Mengubati batuk dan selesema

Kunyit kaya dengan zat antiseptik dan anti radang yang akan membantu anda memerangi infeksi yang terjadi akibat batuk dan selesema. Campuran susu dan kunyit dikatakan sangat efektif dalam menyembuhkan sakit kerongkong dan batuk kering.

2. Detoks tubuh

Susu dan kunyit akan menjadi detoks yang sangat baik bagi tubuh. Ia membantu menyingkirkan toksin akibat gaya hidup yang tidak sihat dari badan anda.

3. Meredakan rasa sakit

Campuran dua bahan ini akan membantu meredakan rasa sakit, bengkak dan juga luka pada tubuh. Minuman ini akan menguatkan tulang dan juga otot serta memperbaiki fleksibiliti tubuh.

4. Menghilangkan kesakitan ketika menstruasi

Bagi kaum wanita yang kerap mengalami rasa sakit pada perut ketika menstruasi, campuran dua bahan ini akan menjadi satu resepi yang boleh menghilangkan rasa sakit dan membuatkan tubuh anda tenang.

5. Melangsingkan tubuh

Kunyit juga memiliki manfaat dalam melangsingkan tubuh. Komposisi zat yang terkandung dalam kunyit boleh memecahkan lemak, sekaligus menjadikan tubuh anda lebih langsing dan sihat.

 

Sumber : wanista.comMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.