Pistachio – Kacang Penuh Kebaikkan

Posted on August 12, 2015 · Posted in Pengetahuan am

Kekacang sememangnya tidak asing lagi dengan pelbagai manfaat yang baik untuk tubuh. Kali ini kami ingin memberikan banyak alasan supaya anda lebihkan makan kacang Pistachio. Ingin tahu kenapa? Nah, ini rahsianya:

1) Bagus untuk mata

Kacang Pistachio mampu meningkatkan pandangan mata anda dan mencegah penyebab utama kepada masalah buta.

2) Bagus untuk kesihatan otak

Pistachio kaya dengan vitamin B6, yang sangat penting untuk otak anda. Vitamin ini mencegah kerosakan otak dengan meningkatkan pengaliran darah ke otak. Hal ini akan meningkatkan memori dan fokus anda pada sesuatu.

3) Mengurangkan kolesterol

Pistachio juga membantu mengurangkan kadar kolesterol jahat dalam darah anda. Ia sekaligus mencegah risiko serangan jantung dan strok. Pistachio juga membantu dalam mengurangkan masalah tekanan darah tinggi dan diabetes.

4) Awet muda

Pistachio menunda penuaan dan membuat anda kelihatan awet muda. Antioksidan yang ada dalam pistachio membantu mencegah dan menunda penuaan dengan menghapuskan radikal bebas dari tubuh.

5) Memberikan tenaga

Pistachio menyediakan nutrisi penting untuk tubuh anda. Ia memberikan tenaga kepada badan anda untuk melakukan aktiviti harian.

 

Sumber : Wanista.comMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.