Semasa mengandung, semuanya kelihatan sangat indah. Bayi anda bakal dilahirkan tidak lama lagi dan anda rasa anda sudah bersedia untuk untuk menjadi ibu bapa. Hampir semua buku dan tips tentang bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang baik telah anda baca. Namun, tiada apa dapat menyediakan anda untuk menghadapi keseronokan sebenar bergelar ibu bapa. Walaubagaimanapun, anda perlu sedara bahawa sebanyak mana pun kegembiraan yang anda kecapi, pasti ada kesusahan yang akan ditempuhi. Terdapat beberapa masalah sering dihadapi oleh para ibu yang baru melahirkan anak. Menangis tanpa henti, muntah susu, dan sebagainya merupakan karenah bayi yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, jika anda rasa sudah bersedia untuk menimang cahaya mata, siapkan diri anda sebaiknya.
Menjaga anak terutamanya bayi yang baru dilahirkan merupakan tugas yang agak berat terutamanya dalam beberapa bulan pertama di mana waktu tidur dan waktu menyusunya yang tidak menentu. Bayi anda mungkin akan mula menangis jika anda melakukan sedikit kesilapan. Ada sesetengah ibu bapa berasa bahawa mereka tidak mampu untuk menjadi ibu bapa yang baik apabila hal sedemikian berlaku. Janganlah berputus asa. Anda sepatutnya menyedari bahawa menangis merupakan satu-satunya cara untuk bayi berkomunikasi. Jika bayi anda inginkan sesuatu, mereka akan menangis. Jika bayi anda lapar, mereka akan menangis. Keadaan sukar ini hanyalah untuk seketika kerana anda pasti akan mengenali rentak bayi anda tidak lama selepas itu. Sabar merupakan kunci utama dalam usaha untuk menjadi ibu bapa yang baik. Oleh itu, belajarlah bersabar jika anak anda mula menangis.
Ada kalanya bayi menangis untuk mendapatkan perhatian. Masa yang paling sukar bagi setiap ibu bapa ialah semasa anak-anak anda masih belum tahu bercakap kerana kita perlu memahami apa yang mereka cuba sampaikan melalui tingkah laku mereka. Anda sememangnya bernasib baik jika mempunyai ibu bapa atau saudara yang boleh membantu menjaga bayi anda bersama-sama. Anda juga manusia biasa, kadang kala pasti hilang sabar dalam melayan karenah anak kecil anda. Namun, saat yang paling manis ialah apabila anda mula merindui si kecil anda sebaik sahaja anda berjauhan dengannya. Antara tips berguna dalam penjagaan bayi ialah anda boleh memujuk anda anda yang sedang menangis dengan menyanyi. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang mendengar alunan yang sama berulang-ulang kali akan berasa tenang. Jika bayi anda terus menangis tanpa diketahui sebabnya, tips yang boleh anda gunakan ialah dengan memeluk bayi anda. Ibu bapa yang baik harus mengenali anak-anak mereka secara luaran dan dalaman. Anda seharusnya ingat untuk memastikan anak sendawa selepas menyusu. Jika tidak, anak anda mungkin menangis kerana berasa tidak selesa.
Walaupun kini anda boleh menjumpai pelbagai cara untuk memberhentikan tangisan bayi di internet, namun ketahuilah bahawa cara yang terbaik ialah dengan memahami tangisan anak anda. Terdapat perbezaan diantara tangisan bayi yang lapar dan tangisan bayi yang sakit. Belajar untuk membezakan tangisan anak anak merupakan salah satu aspek yang penting dan perlu dikuasai oleh semua ibu bapa. Dalam proses belajar untuk menjadi ibu bapa yang baik, nikmatilah keseronokannya kerana menjadi tiada apa yang dapat menggantikan keseronokan menjadi seorang ibu atau bapa.



