13 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG

Posted on October 6, 2014 · Posted in Teknik Membelajar Efektif

KENAPA ada pelajar lebih berjaya berbanding pelajar yang lain? Apakah yang bermain dalam fikiran mereka?Bagaimana mereka mengatur kehidupan? Bagaimana pula mereka mengatasi masalah harian?Adakah kejayaan itu hanya milik mereka yang mempunyai tahap IQ yang tinggi sahaja?Bagaimana ada pelajar yang dapat belajar dan mendapat 17A1 dalam peperiksaannya?Adakah semua ini suatu kebetulan memang wujudnya satu jalan?Buku ini ditulis bagi menjawab pelbagai persoalan yang wujud dalam diri pelajar.

Berikut adalah beberapa perkara yang membezakan antara pelajar yang berjaya dengan pelajar gagal:

MATLAMAT ATAU SASARAN. Pelajar berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas. Mereka tahu apa tujuan mereka belajar. Mereka tahu berapa ‘A’ yang mereka mahukan ataupun berapa peratus markah setiap subjek yang mereka mahukan. Mereka juga tahu hendak mengambil jurusan apa semasa di universiti, mahukan kerjaya yang bagaimana dan sebagainya.

PERCAYA.Pelajar cemerlang percaya mereka dapat cemerlang.Hanya faktor masa sahaja yang dapat mem­buktikan semua usahanya. Mereka tidak pernah ragu-­ragu dengan kemampuan mereka bagi melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban bagi berjaya.

TUMPUAN.Pelajar berjaya memberikan tumpuan pada setiap perkara yang mereka lakukan. Mereka juga tahu kepentingan memberi tumpuan dalam kelas dan cara hendak memberikan tumpuan itu. Mereka juga memberikan tumpuan semasa melakukan ulang kaji.

PERANCANGAN.Pelajar berjaya mempunyai pe­rancangan belajar yang teratur dan tahu memanfaatkan masa sebaik-baiknya. Mereka juga tahu menilai masa dan cara bagi menghargainya. Mereka mempunyai jadual yang berkesan yang membolehkan mereka memantau ke­majuan tahap penguasaan pelajaran mereka.

STRATEGI BELAJAR. Pelajar berjaya kerana mereka mempunyai strategi belajar yang berkesan serta teknik belajar yang mantap.Mereka mengamalkan pelbagai teknik belajar seperti teknik mengingat dan teknik meng­ambil nota yang baik.Di samping itu, mereka juga belajar secara berkumpulan.

MENJAGA MASA. Pelajar berjaya tidak membiarkan masanya berlalu begitu sahaja.Mereka mempunyai jadual harian dan jadual belajar. Jadual Harian ialah jadual yang digunakan bagi merancang aktiviti seperti sekolah, tuisyen, ulang kaji, riadah, rehat, tidur, berkawan dan sebagainya. Jadual belajar pula ialah jadual yang digunakan bagi merancang pembelajaran anda.
PERGAULAN.Pelajar berjaya berbaik-baik dengan semua orang. Tetapi mempunyai hanya beberapa orang rakan karib yang berkongsi matlamat yang sama dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

PEMANTAUAN.Pelajar berjaya sentiasa memantau prestasi akademik mereka dan membuat post-mortem bagi memperbaiki setiap kelemahan yang ada. Mereka juga tahu apa yang perlu dilakukan setiap kali ada perkara yang kurang jelas ataupun tidak difahami. Mereka selesai­kan setiap masalah, persoalan dan perkara yang tidak di­fahami itu dengan serta merta.

HUBUNGAN BAIK DENGAN GURU. Pelajar berjaya rapat dengan guru-guru dan sentiasa tidak segan untuk bertemu dengan mereka bagi mendapatkan bantu­an. Mereka tahu apa yang mahu ditanya dan cara me­manfaatkan khidmat guru-guru yang ada. Namun begitu, mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada guru. Mereka tahu apa yang patut dilakukan bagi meningkatkan sendiri penguasaan mereka dalam sesuatu subjek.

KONSISTEN ATAU ISTIQAMAH. Pelajar berjaya adalah mereka yang bukannya rajin hari ini tetapi malas esoknya. Hari ni mereka rajin belajar sehingga mengalah­ kan Nur Amalina Che Bakri tetapi esoknya malas sekali. Perasaan rajin dan malasnya naik turun umpama roda.Sebaliknya, pelajar berjaya adalah mereka yang konsisten atau istiqamah dalam belajar.Buat sedikit tetapi ber­terusan.Mereka meletakkan sasaran tertentu. Misalnya mahu menghabiskan 10 muka surat setiap hari ataupun menjawab 50 soalan setiap hari. Istiqamah membentuk tabiat dan tabiat pula membentuk peribadi.

PERSISTENT. Pelajar cemerlang tidak mudah ber­putus asa dan berpuas hati selagi tidak dapat menyelesai­kan masalah ataupun soalan yang susah serta mencabar minda. Mereka berusaha mendapatkan jawapannya sama ada dengan bertanya pada guru, merujuk pada kawan, membaca buku-buku tambahan dan sebagainya.

SANGGUP BERKORBAN. Remaja mana tidak suka­kan hiburan dan keseronokan.Tetapi pelajar cemerlang mengekang perasaan mereka daripada berhibur dan berseronok secara melampau sehingga menjejaskan pelajaran.Mereka sanggup berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan perasaan. Mereka belajar lebih lama berbanding pelajar lain, lebih gigih, bersungguh-sungguh, sanggup membelanjakan wang yang banyak bagi tuisyen dan membeli buku-buku tambahan serta tidak terlibat dengan cinta monyet yang melalaikan.

 AGAMA NOMBOR SATU.Bagi pelajar beragama mereka faham hakikat hidup ini sebagai suatu ibadah.Mereka juga sedar kepentingannya meminta guru menghalalkan setiap ilmu serta memohon restu guru dan ibu bapa supaya pelajaran yang diperoleh itu mendapat keberkatan.Mereka juga menitikberatkan ibadah harian dan sentiasa berdoa supaya hidup mereka berada dalam rahmat Tuhan.

Sumber : scoreatips.wordpress.comMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.