6 Perkara Menjelikkan Akibat Pengambilan Air Soda

Posted on May 12, 2015 · Posted in Pengetahuan am, Uncategorized

Pastinya kamu sedia maklum kesan buruk pengambilan air soda terhadap badan kamu, tapi sejauh manakah keburukkan itu memberi kesan ke atas tubuh badan kamu. Jom kita lihat artikel ini ya..

Kita semua sering mendengarnya tetapi tidak mahu mempercayainya terutama apabila ia berada di hadapan mata dan menggoda nafsu kita untuk mengambilnya. Samada di atas meja atau di dalam peti sejuk, pasti kamu ada air soda yang sedia di minum. Keburukkannya memang telah lama di war-warkan tetapi sedihnya tahap kesedaran kita masih lagi rendah.
Oleh itu jom kita lihat kesan menjelikkan yang berlaku ke atas tubuh badan kita seandainya soda dijadikan minuman pilihan. Mungkin selepas ini kamu akan berhenti minum dan menggantikannya dengan jus buahan yang lebih berkhasiat.
  • Tulang dan Gigi - Asid Phosphoric merupakan agen penghakis yang boleh kita temui di dalam baja, sabun dan dye. Ia juga boleh ditemui di dalam air cola. Pernahkah kamu dengar Cola digunakan untuk membersihkan besi chrome? Secara amnya, seseorang yang sering minum air soda akan mengalami pengurangan kalsium dan lebih fosforus menyebabkan pembentukkan tulang terbantut dan menuju ke arah osteoporosis. Minuman yang manis juga menyebabkan kaviti dan kerosakkan pada gigi kamu. Pastinya kamu memerlukan temu janji dengan doktor gigi sedikit masa lagi jika kamu tidak berhenti minum air soda ya.
  • Hormon kesuburan - satu kajian di Universiti Harvad menunjukkan BPA ( satu komponen yang boleh dijumpai dalam kebanyakkan botol soda) boleh mengurangkan kesuburan. Ini bukan sahaja perkara yang perlu di risaukan wanita, lelaki juga mungkin terlibat juka mereka minum air soda dari tin aluminium.
  • Minda - soda penuh dengan gula yang meningkatkan kandungan gula dalam darah, meningkatkan risiko nyanyuk dan mengganggu dengan kebolehan otak untuk mencipta memori. Jika kamu minum soda diet, aspartam juga boleh menyebabkan kamu mendapat sakit kepala, mata kabur dan masalah ingatan.
  • Mood - FDA telah mengaitkan aspartam dengan kemurungan teruk. Kemurungan memberi kesan ke atas 6.7% dewasa di Amerika setiap tahun. Dengan pengambilan aspartam, risiko peningkatan adalah sebanyak 36%. Jika kamu sentiasa merasa sedih, murung, tidak berguna dan hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dulunya menarik minat kamu maka tiba masanya kamu tinggalkan terus pengambilan air soda dan dapatkan nasihat dari pakar.
  • Perut - Kajian menunjukkan dengan menggantikan air soda yang penuh bergula dengan air biasa kamu boleh mengurangkan kegemukkan di perut kamu.
  • Penuaan - University of California San Fransisco (UCSF) telah mengkaji dan menjumpai bukti yang pengambilan 20 auns soda setiap hari boleh memendekkan usia kamu sebanyak 4.6 tahun. Pengambilan soda juga boleh menyebabkan penyakit jantung, diabetis dan beberapa jenis kanser. Pastinya itu menjadikan kamu lebih cenderung untuk minum air sahaja kan..

Jadi, inilah sebabnya kamu harus memberhentikan pengambilan soda dan bertukar kepada alternatif yang lebih sihat seperti air biasa atau jus buahan sahaja.

 

Olahan dari : http://familyshare.com/health/6-disgusting-things-soda-is-doing-inside-your-body?Saborn

Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.