7 Tips Kurang Makan

Posted on July 28, 2015 · Posted in Pengetahuan am

Siapa di sini yang sentiasa perut lapar dan meragam? Terpaksa mengambil makanan atau makanan ringan agar tidak pula menyebabkan gastrik. Hasilnya, tubuh semakin meningkat berat badan. Jadi, apa cara bagi mengurangkan portion ketika makan tanpa mudah merasa lapar?

Sebelum menjamu selera ;-

1. Pastkan anda minum segelas air suam terlebih dahulu. Dengan meminum sebelum makan akan sekaligus memastikan yang anda tidak akan makan terlalu banyak.

2. Pakai baju yang cukup ketat untuk pastikan diri hanya mengambil makanan mengikut keperluan perut anda.

3. Banyakkan mengambil sayuran dalam menu makan anda. Ianya satu cara yang pantas untuk mengehadkan pengambilan kalori dalam tubuh sekaligus mencepatkan rasa kenyang.

4. Makan secara perlahan boleh mengurangkan portion makanan anda. Sekali-sekala selangkan sesi makan dengan air agar kenyang dengan lebih cepat dan lama.

5. Jangan makan terus dari bungkusan atau kotak makanan ringan. Pengkaji dari Universiti Cornell mendapati bahawa majoriti orang memakan 50% lebih chips tanpa mereka sedari portion sebenar yang disarankan. Jadi pastikan anda menyemak butiran kandungan kalori makanan tersebut terlebih dahulu.

6. Ambil sup sebagai pembuka selera. Sup sebenarnya boleh mengurangkan pengambilan kalori. Bahkan, anda merasakan penuh dan kenyang dengan lebih cepat.

7. Ambil pencuci mulut manis selepas makan. Ianya sangat berhasil dalam memastikan selera makan anda tahan lebih lama dan tidak mudah lapar.

Sumber : Majalah EH/ Wanista.comMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.