Lidah Buaya adalah salah satu tumbuhan antara 250 spesis Aloe yang terdapat dalam dunia. Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi. Penggunaan lidah buaya dalam bidang kecantikan bukanlah sesuatu perkara yang baru. Ketahui khasiat dan kelebihan lidah buaya kepada pemakai:
PELEMBAP
Gantikan moistoriser anda dengan gel lidah buaya sebelum mengenakan mekap. Ia mampu mencegah kulit dari kekeringan. Bagi lelaki pula, gunakan gel lidah buaya sebelum bercukur kerana ia mampu membantu merawat luka kecil ketika bercukur.
ANTI PENUAAN
Vitamin C dan E dalam gel lidah buaya mampu merawat kulit secara semulajadi dan menjaga dari terhidrat.
SINARAN MATAHARI
Setelah seharian kulit terdedah ketika berlibur di pantai, rawat kulit anda dengan menyapu gel lidah buaya. Ia mampu memberi kelembapan pada kulit yang terdedah dengan sinaran matahari.
KESUBURAN RAMBUT
Secara tradisionalnya, lendir lidah buaya digunakan untuk menyuburkan rambut dengan menyapu pada kulit kepala secara berkala. Kemudian bilas rambut anda dengan bersih.
Sumber : www.eh.com.my



