Cantik dengan Lidah Buaya

Posted on September 26, 2014 · Posted in Pengetahuan am

Lidah Buaya adalah salah satu tumbuhan  antara 250 spesis Aloe yang terdapat dalam dunia.  Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi. Penggunaan lidah buaya dalam bidang kecantikan bukanlah sesuatu perkara yang baru. Ketahui khasiat dan kelebihan lidah buaya kepada pemakai:

PELEMBAP

Gantikan moistoriser anda dengan gel lidah buaya sebelum mengenakan mekap. Ia mampu mencegah kulit dari kekeringan. Bagi lelaki pula, gunakan gel lidah buaya sebelum bercukur kerana ia mampu membantu merawat luka kecil ketika bercukur.

ANTI PENUAAN

Vitamin C dan E dalam gel lidah buaya mampu merawat kulit secara semulajadi dan menjaga dari terhidrat.

SINARAN MATAHARI

Setelah seharian kulit terdedah ketika berlibur di pantai, rawat kulit anda dengan menyapu gel lidah buaya. Ia mampu memberi kelembapan pada kulit yang terdedah dengan sinaran matahari.

KESUBURAN RAMBUT

Secara tradisionalnya, lendir lidah buaya digunakan untuk menyuburkan rambut dengan menyapu pada kulit kepala secara berkala. Kemudian bilas rambut anda dengan bersih.

Sumber : www.eh.com.myMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.