Terdapat pelbagai perkara dan dugaan perlu dihadapi dalam usaha untuk membesarkan anak-anak yang mana menuntut ibu bapa untuk melakukan pelbagai pengorbanan. Apabila menghadapi masalah, ibu bapa pasti akan terus mencari tips-tips yang berguna dalam mendidik anak-anak dari pelbagai sumber. Salah satu tempat yang menjadi rujukan dalam proses pencarian ini ialah Terapi Keluarga. Golongan professional yang menyediakan perkhidmatan ini umumnya mempunyai pandangan yang berharga mengenai dinamik keluarga yang tidak berfungsi seperti yang sepatutnya dan turut menawarkan khidmat nasihat, tips penjagaan anak dan sesi kaunseling bagi semua ahli yang berminat.
Keluarga yang mempunyai anak yang bermasalah digalakkan untuk mendapat khidmat nasihat daripada Ahli Terapi Keluarga sebagai satu jalan penyelesaian dalam usaha untuk mencari tips penjagaan anak yang berjaya. Tidak kiralah apa jua jenis masalah yang perlu diselesaikan, menggunakan khidmat ahli terapi sememangnya amat membantu dan memberikan faedah kepada kedua ibu bapa dan anak-anak yang terlibat. Anak-anak dalam semua peringkat umur mempunyai kecenderungan semulajadi untuk memberontak terhadap ibu bapa dan pihak berkuasa dan masalah ini akan semakin memuncak apabila mereka semakin meningkat dewasa. Mengikut tips penjagaan anak yang dicadangkan oleh ahli terapi merupakan satu wadah penyelesaian untuk menghadapi hari muka.

Ahli terapi yang berhadapan dengan masalah peribadi klien akan cuba sedaya upaya untuk membantu mengurangkan situasi yang tidak dikehendaki daripada menjadi semakin serius. Apabila situasi sudah semakin serius dan menjejaskan keseluruhan mahupun sebahagian besar ahli keluarga yang lain, perkhidmatan yang disediakan akan merangkumi kaunseling yang signifikan bersama ibu bapa dalam usah untuk membina kaedah tips penjagaan anak yang dirasakan sesuai untuk membina semula dan mengekalkan hubungan yang sihat dalam kalangan setiap ahli keluarga. Tips penjagaan anak ini akan memberikan garis panduan kepada kedua ibu bapa dan anak untuk mewujudkan peraturan yang akan dipatuhi oleh semua ahli keluarga.
Apabila sesebuah keluarga berhasrat untuk mendapatkan khidmat kaunseling daripada ahli terapi bagi mengetahui tips keibubapaan yang berjaya, mereka haruslah melakukannya dengan minda dan hati yang terbuka. Ahli terapi tidak boleh menentukan masalah sebenar dan bagaimana untuk membantu membina semula keluarga yang bermasalah sekiranya pihak yang terlibat tidak memberikan kerjasama sepenuhnya seperti yang telah dicadangkan. Semua maklumat sama ada baik atau buruk perlu didedahkan kepada ahli terapi semasa sesi terapi dijalankan bagi mengetahui akar umbi permasalahan tersebut dan mencari jalan penyelesaian yang bersesuaian. Proses ini juga berfungsi untuk memudahkan penyesuaian dalam perancangan yang dibina sekiranya persekitaran memerlukan perubahan.
Bukan semua ahli terapi mengendalikan isu-isu keluarga kerana sesetengahnya lebih menumpukan kepada masalah individu yang mana mungkin merupakan sebahagian daripada pakej tips keibubapaan yang mereka bangunkan. Sesi terapi individu dicadangkan untuk anak anda sahaja atau untuk ibu bapa mahupun kedua-duanya sekali. Sekiranya cadangan ini dibuat maka ia seharusnya diikuti kerana jika tidak tips penjagaan anak yang dicipta sebelum ini berpotensi untuk menghadapi kegagalan. Sebab utama kita merujuk ahli terapi ialah bagi membetulkan apa yang salah dan membangunkan satu kaedah untuk menangani masalah ini daripada berterusan. Sekiranya langkah-langkah tertentu atau cadangan tidak diikuti, hal ini akan menggagalkan keseluruhan matlamat dan boleh membawa kepada komplikasi yang lebih teruk, bukannya hasil yang diinginkan.
Bincanglah segalanya dengan ahli terapi yang mengendalikan kes anda dan keluarga anda. Tips keibubapaan yang sesuai hanya akan berjaya sekiranya mereka mahu untuk berjaya. Meninggalkan maklumat yang penting hanya akan melambatkan proses atau membiarkannya tidak lengkap yang mana tidak akan bertindak secara efektif seperti yang sepatutnya. Berbincang mengenai masalah peribadi dan masalah keluarga dengan orang yang tidak dikenali secara rapat mungkin situasi yang agak memalukan. Walaubagaimanapun, ahli terapi sudah biasa berdepan dengan pelbagai masalah keluarga yang mana memerlukan maklumat yang secukupnya untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Sekiranya anda mempertimbangkan untuk menggunakan khidmat ahli terapi bagi mendapatkan tips penjagaan anak yang dirasakan perlu, ianya terpulang kepada anda untuk mendapat semua maklumat yang dirasakan perlu.
Sumber : Adakah anda menghadapi masalah dengan salah seorang mahupun beberapa orang anak anda yang mana memerlukan anda untuk menggunakan tips keibubapaan dalam menyelesaikannya? Pertimbangkanlah untuk menggunakan Ahli Terapi Keluarga kerana golongan professional seperti ini sememangnya sangat berbakat dalam penyediaan tips-tips keibubapaan kepada kita.



